Rabu, 15 Ogos 2018

Mood Malas

Eemmmm.... entah la sejak kebelakangan ni aku malasnya. Sangat malas tak seperti biasa. Memang betul la malas ni bukan di buat main-main. Kalau dah malas nak buat sesuatu pun memang tak menjadi daaa malas kan. Adoiiii,....
Sejak sebelum ramadhan lagi aku punya penyakit malas ni hadir. Memang rasa nak buat tapi apa pun tak jadi. Malas nak kemas, rasa nak mengemas tu ada tapi malas itu menghalang untuk aku laksanakan kerja-kerja yang aku suka buat semasa ada di rumah, seperti biasa sebelum-sebelum ni.

Maklum la, aku ni rajin mengemas pun bermusim, musimnya masa weekend. Jadi masa tu la aku berhempas pulas membanting tulang empat kerat ini untuk mengelap, mengemas, menyapu, mengemop, membasuh balkoni, melipat baju. 

Tapi sekarang masak pun aku da malas, kalau boleh malas nak masak. Tapi bila kenangkan keluar duit makan kat luar hari-hari sakit jugak. Baik masak walaupun goreng bawang dengan ikan bilis dengan kicap. Gigihkan jugak memasak, semata-mata untuk berjimat cermat. 

1 perkara yang patut aku bersyukur adalah dengan anak aku, dia masak apa pun dia makan, kalau dah malas sangat aku masak nasi, suruh dia buat telur dadar. Pandai la dia. Dia pun tak kisah bila aku suruh makan macam tu je. 

Memang betul la malas ni bukan boleh di betulkan kalau bukan dari diri sendiri. Cuma macam mana nak merajinkan diri dari sifat malas ni. Rasanya nak kene ada buah hati baru mood rajin tu ada semula hahahaha..... 

Sekian. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA