Selasa, 12 Jun 2018

Black Tote Bag Vincci



Pilihan handbeg kali ni namanya Tote Bag hehehe rasanya banyak mpilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Kerana tak ada handbeg maroon yang berkenan la menyebabkan aku tukar warna dari maroon ke hitam.


Makanya beg ini jadi pilihan, kerana 2 in 1. Nampak besar tetapi didalam ada pouch dengan tali yang panjang sesuai untuk berjalan shopping. Itu la buat aku berkenan dan pembelian yang agak berbaloi rasanya. Alhamdulillah, puas hati.

Selepas aku balik rumah, dan selepas beberapa hari, aku baru sempat nak tengok handbeg ni. Rupanya warna maroon yang aku tengok, dan yang aku kata besar rupanya sama dengan yang ini. Allahu Akhbar. Tak sangka pulak. Tak pe la tak ada rezeki. Lain kali je la. Nak beli lagi membazir nanti.  Cukup la ni. Ini pun da ada dua dengan 1 harga.

Beng ni memang simple, tak ada zip, dan sebenarnya bahaya sikit sebab senang orang nak seluk, tapi atas kebijaksanaan masing-masing la nak guna. Aku bercadang beg ini untuk dibawa ke pejabat je, atau untuk kerja. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA