Selasa, 20 Februari 2018

Mesin jahit & Mesin Jahit Tepi Brothers

Ya Allah... Sungguh!!!! Sekian lama aku idamkan sebuah mesin jahit, akhirnya kini aku miliki Syukurnya tak terhingga, bangga dengan diri sendiri kerana hasil titik peluh sendiri dari simpanan duit kelim tahun lepas maka ia dapat direalisasikan.

Malah untuk membelinya pun aku tunggu tanggal 15 Februari bersamaan tarikh lahir aku sebagai hadiah untuk diri sendiri maka mudah untuk mengingatkan aku ulang tahun mesin ni.

Bukan hanya mesin malah mesin jahit tepi sekali aku beli. Dapat la diskaun dan beberapa barang percuma aka free gift. Mesin jahit tepi tu sebenarnya, untuk memudahkan aku untuk menjahit, tak perlu nak keluar mencari tempat untuk jahit tepi, buang masa kadang kala perlu tunggu atau ambil masa untuk ambil semula selepas hantar ke kedai. 

Niat tu memang nak menjahit, kalau tidak menjadi sumber pendapatan sampingan  sekali pun memadai dapat menjahit untuk diri sendiri. Menjahit ni macam-macam, langsir pun boleh, macam-macam la cuma untuk tahun ni slow sikit kerana anak aku perlukan perhatian kerana nak exam.

Ada kenangan dah sejarah sebenarnya. Aku ada booking untuk beli mesin jahit, deposit 200, boleh bayar bulanan atau cash tapi liat nak bayar secara bulanan. Sudahnya simpanan dah cukup aku aku person inchage rupanya dah tak kerja. bern la 200 tu. 

Ada hikmah sebenarnya disebalik peristiwa itu. sebab harga mesin jahit tu 2 ribu lebih, mesin sahaja, warnanya memang kesukaan aku la kan hijau haha dengan kursus sekali yang dikatakan percuma tetapi indah khabar dari rupa. Pusat latihan menjahit tu akan kenakan bayaran untuk projek-projek jahitan yang mereka ajar. Barang keperluan juga kene beli sendiri. 

Alhamdulillah la, sebab yang ini 2 ribu lebih pun siap dengan mesin jahit tepi. Tunggu next projek la. Mampukah aku manjadikan kain kepada sepasang baju yang berkualiti hihihihi. Kualiti tu maknanya cantik setaraf tukang jahit haaa gitu... lepas ni aku post jahit baju je la.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA