Ahad, 17 Julai 2016

Jamuan v/s Tetamu


Minggu lepas aku cuti seminggu. 4 hari raya dah balik ke Putrajaya. Rancanganya hanya nak mengemas rumah, MasyaAllah sampai hari ahad kemas tak sudah-sudah. Sempat jugak buat jamuan untuk kawan-kawan terdekat aka kawan kaki gosip.


MasyakAllah, nak masak nak jamu kawan-kawan pun diduga jugak. Cobaaaannnn... Al-kisahnya aku nak rebus tulang buat sup, orang pandai kan!! aku pegi tutup periuk, bila dah mendidih melimpah ruah pulak  air rebusan tulang tu sampai short dapur elektrik aku tu. Wah!!! kelam kabut aku mencari dapur baru beli yang murah2 je, mujur ada tong gas. dalam sebok-sebok tu jugak aku terpaksa naik ke pejabat sekejap sebab nak buat SKT.


Tapi tak cukup disitu, siap dapur pasang dengan tong gas yang lama dulu tu aku start memasak dimulakan dengan menggoreng ayam berempah yang telah aku perap semalaman. Baru nak mula menumis bahan untuk daging deng-deng tub2 gas habis pulak, Yaa Allah!!! macam-macam hal le pulak. Berlari aku ke kedai runcit, dah le aku start masak lambat. Bangun jam 6, menyapu dan mengemop dulu baru ke Pasar.


Sudahnya masak jam 9 lebih. Huh!!! macam talicaplin memasak, dengan daging yang aku tambah baru nak potong nak tumbuk rencahnya. Akhirnya daging deng deng masak jam 12. Aku masak daging deng-deng dulu baru masak nasi pudina, Last aku masak lodeh. siap 12.30 tapi dapur berkecah, tetamu pertama la dapat tengok tayangan exclusive dapur aku yang tunggang langgang. Terpaksa buat muka tak de ada apa-apa perasaan, walaupun aku malu dengan keadaan dapur yang tak tentu arah.

Biasanya orang tengok rumah aku kemas je, tapi sebelum kemas teburai barai. Tapi sempat la kemas, aku campak dapur aku ke laundry area. Kikiki so tempat dapur clear, letak barang-barang yang agak banyak le jugak. Alhamdulillah selesai dan dapat la kemas sementara menunggu tetamu yang lain.

Yang paling best aku anak beranak ke pasar dengan tak mandi aka nak cepat ter. Tetamu da datang pun still kemas dapur, tetamu pulak yang suruh mandi kikiki. Mana taknya, cakap da berkali-kali nak mandi tapi tak mandi-mandi, hok aloh, dah buat kije sorang-sorang memang le tak cukup kaki tanggan.


Alhamdulillah semua suka dengan juadah simple yang aku buat. Menu baru yang aku belajar nasi mak ko ijo hehehehe.... Nasi Pudina. Lebih seronok lagi asyraaf "ibu ni macam chef la, ibu boleh jadi chef, kalau ibu jadi chef mesti ibu kaya... untung yap dapat ibu...." haaah gitu pulak bujang aku ni. Ayat ngalahkan orang tua. Entah dia faham ntahkan tidak apa yang dia cakap. mau tak huntungnya banyak pengalaman ni, kikikikikiiii. Tak pe la yang penting dia happy tengok ibu dia dah cukup.


Tapi yang aku tak sangka, aku mampu buat dalam masa yang singkat. Nasib baik pinggang dan susur atur dah buat dulu. In syaa Allah Tahun depan boleh buat lagi. Asyraaf bantu le jugak suruh ambik daun pandan kat bawah pun nak nangis, sebok nak tengok karton. Suruh potong buah jambu nak pulak tolong, ada la dia bantu sikit-sikit itu pun aku suruh pakai sarung tanggan plastik tu, aku ni cerewet jugak.

Ni komen, kawan-kawan aku, nanti kalau cakap sedap kata aku perasan pulak. kikikiki.... Aku meman suka memasak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA