Rabu, 27 November 2013

Istikharah




Pejam celik, pejam celik sekarang dah  nak habis bulan November aku mula bimbangkan pasal anak, tahun depan nak sekolah dimana. Akyik berfikir dan berfikir, masih tak de kata putus, dalam kecelaruan ni, perkara yang penting untuk aku buat adalah solat Istikharah,  dan lama aku berniat tapi tak berkesempatan dengan kesibukan kerja dan keterlupaan yang berleluasa apabila usia semakim tua.

Namun apabila betul2 sedia, dapatkan maklumat dari sumber2 yang mudah, aku cuba dengan Istikharah dengan 2 niat yang berbeza tetapi tetap berhubung kait dengan masa depan.

Pertamanya berkaitan jodoh, memang betul la kita hanya merancang, apa yang ditemui tak semestinya jodoh kita. Untuk meleraikan kekusutan buat ajelah keputusan muktamat, untuk memilih "biarlah begini". Mungkin aku tak bersedia, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tak perlu tambah kusut difikiran. Walaupun terpaksa melukakan hati seseorang. 

Keduanya berkaitan tempat kerja. Memang cukup buat aku berbelah bahagi, kekal atau mohon pindah, borang mohon pindah dah diisi, dokumen untuk mohon kuarters pun dah lengkap. Akhirnya permohonan kuarters aku majukan. 




Dalam keadaan mengharapkan petunjuk, pelik jadinya dengan mimpi yang tak sepatutnya, orang kata mimpi ni mainan tidur @ mainan syaitan manakala petunjuk tidak semestinya akan hadir dalam mimpi sahaja dan adakalanya melalui gerak hati dalam buat keputusan.

Apa yang pasti selepas 4 hari berturut2 solat Istikharah, semuanya buat kepala aku jadi ringgan, rasa tenang. Aku serahkan segala-galanya kepada takdit, membiarkan semua berjalan dengan izin-Nya dan aku redha. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA