Khamis, 15 Ogos 2013

Diet la kononnya


Tengok housemate pakai koyok kaki  = foot patch, aku pun teringin, kebetulan kat tangkak ada jual, aku pun beli, teruja nak tengok keputusannya selepas pakai semalaman, Mak ai!!!!! hitam dan berminyak. Koyok ini bertujuan membuang lemak dan toksin dalam badan. 

selepas 6 X

Seronok mula2 pakai, bangun tidur badan rasa ringan, tapi bila dah berhari2 masih mcm tu lagi mak ai!!!! risau le pulak. Dulu2 pernah pakai tapi tak de le banyak macam tu, sikit je tu pun bahagian tepi pad tu, la ni sungguh2 tak sangka dan kene percaya. 

Maklum la dulu berapa je berat aku sekarang mak aii!!! da macam tut!!... huhuhu... tu pasai sakit tumit kaki. Sakit kat tumit kaki pun membuatkan aku risau. Naik kerja lepas raya aku cari maklumat tentang punca sakit tumit kaki. Alhamdulillah info yang boleh dipercayai dan boleh diterima. Maklum le sebelum ni mintak tolong kawan, infonya agak pelik, sebab aku tak de masalah seperti yang dikatakan. Tu pasal cari maklumat sendiri, puas hati.

So, sebagai langkah pencegahan awal, aku pun buat keputusan untuk diet, tak sangka dah 3 hari aku tak mkn malam, bukan la tak makan langsung, minum air kosong, takat kuih raya 2 ke 3 ketul tu ada la. Nekad la mcm ni, nak diet jugak.


Hari ni jumaat, macam biasa nak balik kampung, ambik kesempatan p the store hehehe nak p timbang je berat berapa, dari dulu bujang2 sampai sekarang kat situ le tempat aku suka timbang dan aku rasa percaya dan sahih la timbang tu hehehee... Aku nak tengok dalam sebulan berapa kg boleh turun. In Syak Allah, mudah2an semuanya berjalan lancar.






  

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. u ni siapa??? kalau nak komen elok2 sikit boleh tak????

      Padam
  2. Balasan
    1. IT'S ok, tapi jangan sama kan i dengan u .... i tengok blog u....

      Padam
  3. Boleh caya ke dgn Koyok tu Idah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe, saya pun tak tau misah, tapi memang membuang toksin dalam badan....

      Padam

SESEDAP RASA