Ahad, 15 Julai 2012

Milik Siapakah Hati Ini



Milik siapakah hati ini

Bagai berkurun lama kesepian ...........



Lirik lagu ini cukup dalam maknanya bagi aku, namun apa yang merisaukan adalah gangguan dan tuduhan yang tak mampu aku terima.


Aku sedar siapa diri ini, dan aku berdiri di atas kakiku sendiri untuk menjalani kehidupan ini. Apa kan daya manusia sememangnya mampu berkata apa jua, walau hakikatnya tiada apa-apa. Aku Redha andai ini juga dugaan-Nya.


Hakikat kehidupan tidak seindah mana, tetapi ia boleh diindahkan dengan pelbagai cara dan usaha. Namun begitu setiap hasrat atau keinginan perlukan pengorbanan. Sejauh mana untuk aku mampu bekorban, sejauh mana mampu aku mengorbankan atau aku dikorbankan dalam sebuah pengorbanan atau aku yang terkorban dalam satu tujuan.


Tiada manusia tanpa keinginan, tiada manusia yang tiada harapan, tiada manusia tanpa impian, namun sejauh mana impian mampu jadi kenyataan.


Apa jua keadaan, aku mengharapkan tiada kesulitan, malah dipermudahkan segala urusan, tidak mahu rasanya gangguan. Semoga Allah mendenggar dan sesungguhnya juga Allah yang lebih mengetahui.


Moga aku temui pelengkap dalam menyempurnakan kehidupan, didalam keredaan dan kerahmatan-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA