Isnin, 4 Julai 2011

Ikan Bersos masakan Ida



bahan-bahannya :

1. 1 senduk kecil lada kisar
2. 5 senduk sos cili
3. 1 biji bawang putih (dikisar)
4. 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
5. 3 ekor ikan (yang telah digoreng)
6. sedikit minyak
7. perasa garam dan gula
8. sedikit air


caranya :


Gorengkan bawang besar beberapa minit dan angkat. kemudian tumis bawang putih, masukkan lada kisar dan perasa garam dan gula, kacau sedikit kemudian masukkan air, masukkan sos kacau sehingga pekat atau sebati dengan air, kemudian masukkan ikan di gaul-gaul dengan sos, kemudian masukkan bawang besar yang telah digoreng tadi. Dah pun siap untuk dihidang dan makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA