Isnin, 3 Oktober 2022

Aku dan D

Sejak tinggal di JB ni, aku macam tiada hala tuju. Akhirnya aku buat keputusan mencari pasangan hidup. Mencuba dan terus mencuba. Apa yang aku ingin ceritakan adalah tentang seorang lelaki yang bukan orang Malaysia. Ye la, dah nama pun JB, berjiran dengan Singapore, maka orang sanalah dia yang aku kenali.

Selasa, 23 Ogos 2022

TikTok Pulak

Percaya atau tidak akhirnya aku terjebak jugak dengan tiktok ni.... Alahai... layankan je la asalkan tidak mengganggu hidup orang lain, tetapi kalau ada rasa terganggu lantak p sama dia. Aku hanya meneruskan hidup aku seperti biasa.

Isnin, 27 Jun 2022

Cari Teman

Sebenarnya Aku nak luah semua yang aku pendam, sedih dan duka. Tapi Aku tahu ada yang membaca dan bimbang akan ditertawakan.

Cuma yang pasti, sekarang Aku ingin mencari teman mengisi kekosongan untuk menghabiskan sisa hidup aku yang berbaki sementara tinggal di JB ni.

Isnin, 13 Jun 2022

Nasib Aku

Sejak aku berpindah ke JB ni banyak perkara tidak menyebelahi aku. Banyakkkk... memang banyak yang buat aku sedih. Adakah keputusan aku ni salah. Mulanya memang aku tak mahu, tapi tak tahu kenapa aku pergi jugak ke Johor ni, seolah-olah menganggap ikut saje takdir, walhal kenaikan gaji bukan banyak pun lebih RM10 je kenaikan setahun, kesiankan. 

Ahad, 8 Mei 2022

Jadi Juruacara

Alhamdulillah niat dihati memang teringin sangat nak jadi Juruacara seperti zaman kegemilangan di tangkak dulu. Makanya, masing-masing bercuti. Aku sahaja yang beriya-iya kerja, cuti raya sampai hari rabu je, khamis dah bekerja macam biasa. 

Rabu, 4 Mei 2022

Raya Raya Raya... Selamat Hari Raya

Setelah sebulan Ramadhan dilalui, tiba lah masanya semua menyambut hari raya. Walaupun ramai dalam keadaan terkejut kerana awal sehari dari tarikh yang diramalkan, apa pun raya tetap raya. Aku seperti biasa beraya dengan baju raya yang berhelai-helai banyaknya dengan tema tahun ini hijau, yaaa... walau baju tak hijau tapi tudung aku tetap hijau, itu le aku. 

Jumaat, 29 April 2022

Ramadhan Tahun Ini

Dah nak raya pun kan lagi dua tiga hari lagi. Sekejapnya masa berlalu, dah nak raya. Seperti tahun-tahun yang lalu puasa itu perkara biasa, berbuka itu berubah tempatnya. Syukur Alhamdulillah ada jugak masjid yang menganjurkan berbuka puasa, maka aku pun lega. Makanya aku berbuka puasa dan berterawih di Masjid Bandar Baru Uda pada tahun ni. 

Selasa, 12 April 2022

Sakit Pinggang

Tiba-tiba diserang sakit pinggang. Pada mulannya ingatkan kerana minum air buah tembikai ais. Ye la selama ni mana la suka dengan air tembikai ni, buah nya pun aku kurang minat. Kalau jamuan tu makan la sikit buat syarat, tapi kalau banyak pilihan memang tak pandang langsung. Tapi bila disebut-sebut air itu air ini semasa program gotong-royong buat bubur lambuk aku jadi kecur dan teringin pulak. Sudahnya aku pun beli la air tembikai dengan kuih kole kacang favorite aku tu, masa nak ke masjid.

Sabtu, 9 April 2022

Breakable Chocolate Heart By Me

 

coklat ketuk yang pertama aku buat untuk officemate.


Inilah dia yang dinamakan Breakable Chocolate Heart malay say "Coklat Ketuk" say yaa  not translate hehehe. Inilah projek selepas bouquet. Kisahnya ada seseorang post didalam salah satu group di FB. Peh punya le berkenan, gigih cari apa nama dia, rupa-rupanya sejenis coklat.

Khamis, 7 April 2022

Bouquet aka Surprise Planner

 

untuk seseorang yang membantu....

Cantik tak cantik tak.... cantikkk laaaa.... hehehehe...... Ini adalah 1 daripada bouquet yang pernah dibuat. Alhamdulillah, penerimanya suka maknya sekali suka, cantik katanya, "pandai Idah buat" ye laa.... idah ni multi skill tau, macam-macam skill ada yang tak semua orang tahu hehehehehe..... Bukan angkuh tapi gurau..... siapa lagi nak bahagiakan diri kita kalau bukan diri sendiri. Inilah dia salah satu kebahagian buat aku, selain dapat membahagiakan orang lain apabila menerima Surprise dari yang tersayang. Walaupun aku sendiri tak pernah sekali pun dapat, tapi aku seronok dapat buatkan tempatan customer.


design ikut kepada sendiri, 2-3 jam jugak buat.

Puncanya adalah bila aku nak bagi hadiah pada bestfriend aku sempena birthday dia. Wow! memang mahal untuk kenagan dan gembirakan seorang kawan aku pun kirimkan hadiah untuk dia. Dari situ la timbul niat nak buat jugak, birthday dia bulan 6. Start bulan 7 aku dah mula beli barang bouquet sikit-sikit. 

bouquet terkini untuk anak kawan, sambil merasmikan wrapping paper merah yang baru beli. 

Sementara itu aku belajar buat bouquet dari youtube, berkali-kali jugak rewind huhu siap save kat phone. Alhamdulillah terang hati mudah untuk terima walaupun tidak belajar secara bersemuka. Ada yang aku buat ikut kepada sendiri je asalkan jadi. 

Selebihnya belanja je la gambar-gambar lama. Jadi la, nak niaga area JB ni tak tahu nak mula dari mana.


ni 1st bouquet aku buat, untuk pegawai di KLN. Memang la tak helok, namapun pertama kan, hodohnya x boleh bawak bincang hahaha.


ni money bouquet, RM1 40 keping, tak siapa pun tempah, saja asal skill.


ini adalah tempahan pertama, seronoknya hati berbunga-bunga, siap dengan kek batik sekali. siapa tak suka.







bauquet convo untuk budak-budak habis belajar sekolah rendah nak naik menengah.













Bouquet strawbery coklat, sedap ye, kene cuba dulu baru tau.
















bouquet belon flower ni memangpayah nak buat, ini sample je, nak jual tak berani, takut angin keluar.

OK jom ke Belon pulak, belon dan box yang ini agak tinggi jugak harganya. stiker "Happy Birthday" tu je paling murah RM5. so sesiapa nak menempah, jangan berkira sangat. Tak mampu beli coklat bagi terus hahahaha.... bende-bende macam ni penghargaan untuk yang tersayang, so jangan berkira sangat. Aku ni Sebab x de pasangan, kalau tak spender pun akubuatkan bouquet kikikiii.... acah je gileee bende tu nak bagi, macam x de bende lain yang bermacam-macam bende yang boleh di bagi sekurang-kurangnya ciuman hahahaha apa pulak aku merepek bulan-bulan puasa ni adoiii la..... tapi mesti pasangan seronok kalau dapat macam ni. Kalau tak menghargai memang sembelih je la.


Belon bouquet pertama buat untuk asyraaf. Memang dapat teguran dari group FB yang buat bouqquet. ALhamdulillah aku terbuka untuk ditegur untuk perbaiki hasil tangan yang sangat boomm... tu kan perasan tak pe hahahaa


ni buat untuk kawan, belum ada tempahan, buat untuk kawan-kawan kemudian gambarnya dijadikan bahan promosi.















ini untuk my best friend, dah tak sanggup nak bagi lagi sebab ni kes dia tinggi berbanding bouquet.



























Selasa, 5 April 2022

Sedih


Bulan-bulan puasa ni seronok da. Dah nak raya tak lama lagi. Cuma aku ni sentiasa ada je yang buat hati rasa sedih sayu. Kadang kerana kekurangan sendiri, kadang-kala kerana kecuaian sendiri. Tapi sebenarnya apa yang berlaku bukan keinginan aku.

Isnin, 28 Mac 2022

Projek Pelamin Mini (Pelamin anganku musnah)




Hahaha.... tajuk tak tahan, malah tak ada kene mengene pun dengan diri sendiri. Tetapi tetap ceritanya mengenai pelamin. sejak duduk JB ni aktiviti memang dah tak sama. Tapi itu la, ada je bende yang aku nak buat. Kali ni projek buat pelamin pulak. Bukan aku yang nak kawin pun.

Ahad, 20 Februari 2022

Positif Covid-19


Siapa sangka, siapa menduga haaaa lirik lagu tu hahaha... Eh! Boleh gelak pulak. Eemmmm..... Nak kata apa, dah positive. Aku pun Tak pasti datangnya dari mana. Malah weekend x ke mana pun, hanya ke kedai makan je, itu pun yang dekat depan kondo. 

Rabu, 16 Februari 2022

41


Allahu Akhbar, aku dah 41 leee.... Banyaknya umur aku. Cepatnya masa berlalu. Anak pun dah besar. Still x banyak berubah, hanya tua tu makin terasa.

Jumaat, 4 Februari 2022

Suka v/s duka

Setiap ujian Allah tu, pasti ada hikmahnya. Kerana itu aku selalu bertenang dan bersahaja. Kadang kala kawan-kawan yang Eh!! boleh releks2 ek? haaa gituww.... Nak buat macam mana lagi, dalam usia sekarang ni, dengan pelbagai dugaan yang aku lalui hanya mampu berserah. Cuma kadang kala rasa sedih tu kita tak boleh nak sembunyi dan tak boleh tipu diri sendiri. Kadang kala sedih juga jika mohon pertolongan tetapi tidak diendahkan. Inilah kehidupan, kadang kala... semuanya bejalan lancar. Kadang kala ada sahaja yang tidak kene.

Ahad, 9 Januari 2022

Tahun Baru

Selamat Datang 2022. Sempena tahun baru, hampir semuanya baru. Menetap ditempat baru, Pejabat baru walaupun da buruk heee. Officemate semua baru walaupun 50% da ada yang kenal sejak dulu. Rumah baru walaupun menyewa bilik dan kenalan-kenalan baru didalam rumah tu. 

SESEDAP RASA