Selamat Datang 2022. Sempena tahun baru, hampir semuanya baru. Menetap ditempat baru, Pejabat baru walaupun da buruk heee. Officemate semua baru walaupun 50% da ada yang kenal sejak dulu. Rumah baru walaupun menyewa bilik dan kenalan-kenalan baru didalam rumah tu.
Tetapi pembuka tirai 2022 ni, aku sedih. Sedihnya Ya Allah tak terungkap. Mungkin aktiviti kurang dan berubah 100% sebegitu jauh juga lah perbezaan seperti jauhnya Putrajaya ke Johor Bahru. Kalau dulu masa sangat terhad, rehat yang kurang, aku dengan aktiviti buat kek batik, projek baru bouquet dan coklat ketuk. Tiba-tiba bertukar ke JB.
Nah!! aku jadi sunyi tiba-tiba tiada tempat menggadu, kawan-kawan yang rapat da jauh. Kawan baru di tempat baru pun tak boleh cakap sembarangan, confirm sampai. Jadi pendam je.
Baru beberapa hari di JB x sampai pun sebulan aku dah lain macam. Kononnya nak control makan, nak berjimat. Maklum le aku nak pindah dari Putrajaya ke JB, nak pakai banyak duit, simpanan sikit-sikit aku dah sedut. Masa ni la nak bayar road tex kereta, masa ni jugak la tayar kereta dah botak sampai nampak benang, servis kereta terpaksa KIV dulu. Aku balik Putrajaya setiap 2 minggu sekali semata-mata kerana kucing. Masih tak ada yang sudi nak ambik. Balik bagi makan, bersihkan perkakas makanan, buang taik dia eemm..... terpaksa selagi tak ada yang sudi terima kucing aku ni.
Berbalik kepada control makan tu. Akibatnya aku bukan setakat sakit perut, sampai masuk angin naik ke kepala. MasyaAllah seksa betul. Sampai sekarang sakit kepala kadang kala menyerang. Aku buat tak layan je sebenarnya. Tapi bila lambat breakfrist atau tak breakfrist aku dah risau. Memang sakit ke kepala le jawabnya. Bila lapar mula la cari makan. Sudahnya sekarang ni aku kerap makan.
Untuk hiburkan hati, aku beli makanan kucing, bila balik atau nak pergi kerja aku panggil kucing yang memang biasa berkeliaran kat condo tu, bagi makan. tengok kucing makan pun dah hiburkan hati aku. Minggu ni aku balik, aku bawak buku checklist amalan. Aku harap dapat la aku penuhkan buku tu. Tapi kesunyian aku ni masih terasa. Apa kan daya aku manusia biasa, hanya melalui hidup ini begini.
Doa!! tak payah cakap la. Sampaikan ada doa yang biasa dibaca sampai 1 tahap aku berhenti berharap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan