Selasa, 5 April 2022

Sedih


Bulan-bulan puasa ni seronok da. Dah nak raya tak lama lagi. Cuma aku ni sentiasa ada je yang buat hati rasa sedih sayu. Kadang kerana kekurangan sendiri, kadang-kala kerana kecuaian sendiri. Tapi sebenarnya apa yang berlaku bukan keinginan aku.

Macam-macam ujian bila aku berpindah bukan setakat hati tak happy, meniaga dah stop, kewangan pun semakin meruncing, belanja makin tinggi. simpanan makin menyusut. Pendapatan segitu jeee... . Masalah macam-macam, tak selesai-selesai. Kat rumah pun aku tak happy juga. Aku hanya melalui hari-hari dengan hati yang tak de maknanya.

Sedih, aku sedih, aku nak nangis dan aku menangis saat ini, aku tak mampu. Tak siapa yang faham dan tau apa yang aku rasa dan lalui. Suka atau tidak memang ini yang aku perlu hadapi. Kadang malas nak fikir. Biarkan je masalah tu. hanya sabar je. Aku tahu bila tiba masanya. Semua pasti akan ada jalan. 

Tapi hati manusia seperti aku, yang kurang berkawan tak de tempat nak meluah, kadang kala terlalu sesak memikirkan masalah sendirian. Rasa penat, rasa nak menjauhkan diri dari semua. Tak nak susahkan sesiapa. Masalah memang perkara biasa, mungkin ujian dariNya sebelum Dia beri pelangi. Cuma aku terasa beratnya bila masalah bercabang-cabang hanya mengharap keajaiban Allah berikan. Aku mampu atur kewangan aku, tapi aku tak tahu, akan datang apa yang akan berlaku dengan masalah-masalah yang aku hadapi ni.

Adakah kerana masih tak redha kerana dipindahkan, aku hanya ikut jalan yang ditakdirkan untuk aku. Bila jadi macam ni, mmang aku fikir apa salah aku apa dosa aku. Kadang kita sedar dosa kita, kadang dosa tanpa disengaja. Mungkin taubat masih tidak diterima. Kadang-kala rasa masa hidup  mungkin tak lama lagi. Allahu Akhbar, aku harap yang namanya hutang aku dapat selesaikan sebelum aku tutup mata, itu je harapan aku. Ibadat sedaya upaya aku lakukan yang termampu. Cuma terawih masih belum berkesempatan seawal 1 hari terawih aku tak dapat mengerjakannya. Anggap je ni masa untuk cuti dan bersyukur atas rehat yang diberikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA