Dah nak raya pun kan lagi dua tiga hari lagi. Sekejapnya masa berlalu, dah nak raya. Seperti tahun-tahun yang lalu puasa itu perkara biasa, berbuka itu berubah tempatnya. Syukur Alhamdulillah ada jugak masjid yang menganjurkan berbuka puasa, maka aku pun lega. Makanya aku berbuka puasa dan berterawih di Masjid Bandar Baru Uda pada tahun ni.
Walaupun suasananya agak berbeza, tapi tetap happy, walaupun adakalanya aku rasa sukar untuk mengurus masa. Tapi alhamdulillah jugak, sehari dua aku dah boleh agak, tempat parking kalau tak ada kosong aku tunggu je, sebab kebanyakkan kereta parking hanya sementara je untuk ke bazar ramadhan berhampiran kemudian keluar. Jadi senang la sikit, hanya perlu sabar.
Yang berbuka di masjid tidak la seramai mana, jadi ruang perempuan dan lelaki tak jauh, masih boleh main mata la kalau gatal. Tapi i tak gatal kikikiki. Cuma last sebelum cuti bendera berkibar, bertentang mata juga la dengan imam yang memimpin tahlil sebelum berbuka. Bukan nak manapan muka dia pun, cuma bila mata memang dia didepan mata hanya 3 ke 4 saff orang berbuka je jaraknya. Jadi tak nak dia malu aku pun pandang le tempat lain apa lagi pandang le makanan, dah serupa orang yang lapowwww nowww pulak kan. nak wat ca neee.... imam tu da la hensem muda pulak tu, melting jap... hahahaha tak ...tak... kita sedo la diri kita tak layak untuk orang sebaik dia, kita sendiri pun sedang dalam memperbaiki diri dari dalaman atau rohaniah pun masih tidak sesempurna mana.
Kerana masjid ni bukan la sebesar masjid besi yang aku agung-agungkan tu, jarak tandasnya dengan ruang solat wanita sangat la dekat seperti masjid-masjid biasa. Tak la semput dan berebut-rebut nak ambik wuduk mahupun nak naik tangga. Alhamdulillah senang. Yang tak boleh lawan ada air macam cowey, entah apa brand pun aku tak tahu, aku siap bawak botol kosong, isi air penuh-penuh kadang-kadang habis sebotol 500ml, aku tambah lagi bawak balik, ajeee tak senonoh heheeeee... Kat sini pun setiap hari dapat bubur lambuk, jadi aku bawak balik untuk buat sahur, jadi la buat alas perut minum pulak air nabez, kadang-kadang ada rezeki dapat la bawak balik nasi lebih berbuka.
Makanan berbuka pun sedap belaka walaupun berbungkus, maklum le masih dalam suasana pendamik covid lagi kan, mask pun masih pakai seperti biasa. Cumanya yang berbeza dan ketara adalah waktu berbuka di sini terus berbuka. Keadaan ini buat aku jadi kelam kabut, kerana di Masjid besi bila azan makan sebutir dua buah kurma, kuih dan teguk sedikit air kami solat Magrib berjemaah terlebih dahulu, jadi solat-solat sunat agak teratur, dapat la solat sunat rawatib magrib. Tapi disini aku tak terkejar untuk Qabliyah Magrib, lepas makan nak ambil wuduk tub-tub dah nak solat magrib yang sempat bakdiyah jeee.
Oleh kerana itu lah aku ambil wuduk siap-siap dari rumah mahupun pejabat baru ke masjid Uda. Sebab nak solat tahiyatul masjid dulu. Rasa rugi kalau tak buat, da sememangnya solat itu bila berada di rumah Allah sahaja kan. Tapi pernah sekali aku datang lewat MasyakAllah malunya.... tub-2 nampak ada sorang minah tu dia pun lambat, maka aku pun mengekori dia jalan dengan selambanya.
Satu perkara yang aku tak selesa kat ini, maklum le johorean kan, ramai pulak mak cik-mak cik tegur, balik mana? duduk mana? kerja apa? dengan suami ke? alaaaa..... LEMAHHHH...... Sampai aku pun kenal sorang Datin ni. ramah-tamah dia, ramai orang kat masjid tutup lampu la suruh keluar masjid kikiki.... Dia pulak seronok kenal dengan aku. Dia kata ketawa boleh jadi geng.. PULAKKK.... hahahahaha OK la cerita dah habis.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan