Sabtu, 9 April 2022

Breakable Chocolate Heart By Me

 

coklat ketuk yang pertama aku buat untuk officemate.


Inilah dia yang dinamakan Breakable Chocolate Heart malay say "Coklat Ketuk" say yaa  not translate hehehe. Inilah projek selepas bouquet. Kisahnya ada seseorang post didalam salah satu group di FB. Peh punya le berkenan, gigih cari apa nama dia, rupa-rupanya sejenis coklat.




Tak cukup hanya disitu aku teruskan mencari, aku cari mold dia di Lazada. Pun susah juga sebab tak tau nama. scroll punya scroll, cari punya cari alhamdulillah jumpa, apa lagi terus beli di Lazada sampai terbeli 2 pulak tu heee. Kemudian cari pulak tutorial buat dia. Memang susah la nak dapat. Macam tak ramai yang kongsi, banyaknya yang dah siap je. Tapi jumpa jugak, itu la yang disebut, "usaha tangga jaya" yang penting jangan putus asa. Yang bestnya bila dah dapat cari, tak payah cari pun ko boleh jumpa hahahaha kan poyooo macam tu.





Memang banyak la belajar nak buat coklat ni. Nama pun coklat memang aku tak pernah terfikir nak buat coklat, mana pernah peduli mahupun teringin nak belajar. Aku pun bukan suka makan coklat, aku makan coklat yang mahal jeee heeeee. Tapi kan dek kerana berkenan dengan 1 posting orang aku terus usaha satu persatu. Bahannya, warnanya deconya, hiasanya, eeeemmm semuanya perlukan ilmu. 






Bahan untuk buat coklat ni tak la banyak sangat hanya 2 bahan je iaitu coklat dan pewarna. Coklat yang digunakan coklat putih aku pilih beryl's yang agak popular sekarang, coklat premium juga, bukan cap ayam yeeee. Tapi di overses memang ada coklat yang memang siap warna, tinggal cairkan je, lagi senang. Beberapa Tips juga aku dapat. Nak buat coklat ni dia punya musuh air. Tak boleh kene air dia keras, salah pewarna dia keras. Tengok je la gambar yang pertama tu, itu je mula2 tahu. Itu pun tak sangka jadi sebab coklat da keras tapi tetap tepek kat mold, tak sangka jadi. kan dah kata usaha tangga jaya kikiki. Jadi Sebelum buat tu aku pastikan semua bahan iaitu mold dalam keadaan kering. Nak buat coklat ni mudah rasanya kalau selalu buat. Hanya guna kaedah double boil. Kalau sampai cair, kemudian masukkan pewarna. Masa ni pun perlu berhati-hati juga, sebab wap air boleh masuk ke coklat dan menyebabkan dia jadi keras. Keras dalam erti kata lain tak cair meleleh. kerana waktu cair la kita nak tuang di mold hingga sekata keseluruhan mold tu dan buat 2 layer atau lebih, bila dah siap baru la kita panggil dome. 





Manakala pewarna bukan sebarangan salah pewarna nanti coklat keras, hanya pewarna berasaskan minyak sahaja sesuai untuk buat coklat begini. Haaa! nampak aku belajar lagi tambah ilmu... Ada antaranya pewarna yang hanya beberapa gram sahaja tetapi  harganya berbelas ringgit, kerana itu harganya mahal. Selain itu aku jugak belajar untuk menghasilkan warna gold dan warna nude seperti gambar diatas, kebetulan ada group FB offer untuk join, maka aku cedok ilmu-ilmu mereka untuk diadaptasikan di coklat aku pulak. 






Da pandai sikit-sikit aku belajar lagi deco pulak, biasa la aku kan kedekut sikit, mana mau nak belajar PJJ v/s berbayar ni. Bende ada free buat apa keluar duit...ah gituuu... apa lagi tengok FB, whatapp group dari pinterest. Sangat terinspirasi, tapi tetap memerlukan modal kene la ada mold, sikit-sikit beli... ikut tema. Walhal meniaga tak lagi. Itu le aku suka keluar modal dulu, jadi ke tidak belakang cerita. Tak tahu la esok-esok, rezeki kan Allah dah atur. Orang buat macam tu aku nak try jugak. Tengok mold macam ni, aku pun beli nak buat jugak. Lama2 berpuluh mold ada dalam koleksi aku. Selain itu. Buah strawberi pun dijadikan sebahagian deco. Siapa sangka buah yang masam, bila bergabung dengan coklat jadi sedap, macam pasangan yang serasi. Dato Siti dah bagi tau lama aku je yang leka hahahaha....







Sehingga sekarang pun aku masih tak puas hati hasil tangan aku. Tak mudah yeee nak buat coklat ni, pada aku la. Orang lain tak tau. Sebab bila terdedah suhu bilik yang panasdome dia boleh retak@pecah fuh seksa nak . Dome tu adalah coklat yang siap bercetak tu la. hanya beberapa lapis sahaja, selebihnya kelongsong.









































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA