Ahad, 8 Mei 2022

Jadi Juruacara

Alhamdulillah niat dihati memang teringin sangat nak jadi Juruacara seperti zaman kegemilangan di tangkak dulu. Makanya, masing-masing bercuti. Aku sahaja yang beriya-iya kerja, cuti raya sampai hari rabu je, khamis dah bekerja macam biasa. 

Jadinya, tak ada orang nak bekerja. Bos pun offer aku jadi MC. Mula-mula bimbang juga, maklum la. Menteri yang datang. Aku kalau boleh nak start dari DO dulu. Ceh! macam down level dulu. bila orang dah yakin, DO dah yakin maka nak ke level seterusnya. Tetapi jika mereka tak berminat maka aku akan akur dan senyap je la. 

Dapat la lepas gian selepas beberapa tahun menyepi dan berehat dari jadi MC. Niatnya nak lagi dan lagi dan lagi. Maklum le mengisi masa lapang dan kekosongan sejak duduk di Johor ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA