Tiba-tiba diserang sakit pinggang. Pada mulannya ingatkan kerana minum air buah tembikai ais. Ye la selama ni mana la suka dengan air tembikai ni, buah nya pun aku kurang minat. Kalau jamuan tu makan la sikit buat syarat, tapi kalau banyak pilihan memang tak pandang langsung. Tapi bila disebut-sebut air itu air ini semasa program gotong-royong buat bubur lambuk aku jadi kecur dan teringin pulak. Sudahnya aku pun beli la air tembikai dengan kuih kole kacang favorite aku tu, masa nak ke masjid.
Rupanya- bila fikir punya fikir, ada kemungkinan sakit pinggang kerana aku angkat bubur lambut. Bukan angkat periuknya. tapi yang dah siap masuk mangkuk nak dialihkan ke meja lain untuk bungkus. Ah! itu la rupanya punca. Mana tidaknya nama mau nak angkat 4 mangkuk sekali jalan. Sudahnya aku ambik dulang masukkan bermangkuk2 bubur lambuk tu susun dalam dulang lebih kurang 21 mangkuk. Sekali tak pe, lepas beberapa kali aku terasa lain macam. Ah sudah!! dah la aku 1st day puasa, gotong-royong buat bubur lambuk pulak dari pagi ke petang rehat sekejap-sekejap, malam tu dah terasa sakit pinggang sikit-sikit. Semalam la paling ketara sakitnya x boleh bawak bincang, sampai ke hari ni dah agak berkurang. Alhamdlillah.
Kurang-kurang pun sakitnya sama je.... tak dapat di ayatnya macam mana rasa sakit dia. Tapi tetap gigih ke masjid dan berterawih penuh. Mujur la ada minyak yang angin yang diberikan penceramah jemputan masa buat bengkel pada 2019. Lama simpan nak guna takut hahaha... lagi satu bau dia memang minyak angin sangat. jadi tak sedap nak pakai nanti bau kurang menyenangkan orang sekeliling.
Macam-macam betul masalah aku ni....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan