Isnin, 13 Jun 2022

Nasib Aku

Sejak aku berpindah ke JB ni banyak perkara tidak menyebelahi aku. Banyakkkk... memang banyak yang buat aku sedih. Adakah keputusan aku ni salah. Mulanya memang aku tak mahu, tapi tak tahu kenapa aku pergi jugak ke Johor ni, seolah-olah menganggap ikut saje takdir, walhal kenaikan gaji bukan banyak pun lebih RM10 je kenaikan setahun, kesiankan. 

Aku pindah dengan harapan yang tinggi dapat la kuarters di Johor ni secepat mungkin seperti mana di Putrajaya. Hanya sebulan je isi online pihak BPH call nak dokuman sokongan kerana aku telah dapat kuarters. Sangat puas hati kerana kuarters yang aku dapat ni sangat besar malah bahagian tepi pulak tu. 

Rupanya keadaan sangat berbeza, di Johor masih manual isi borang seperti biasa, aku telah hantar permohonan kuarters semasa aku melapor diri di JB pada 18 November 2021. lebih kecewa bila engkau nak follow up, tiba-tiba borang engkau hilang, Allah haiiii... lagi lambat la turn aku. Sedih bila orang johor balik bekerja di negeri sendiri tapi sangat tidak terbela, walhal aku dah sertakan surat rayuan, apa pun tak ada tindakan. 

Lebih kurang 6 bulan aku di JB. Masalah besar yang aku hadapi sekarang RUMAH. Masalah ini juga la yang membelenggu diri aku berbulan-bulan, berdebar-debar menunggu....  Allah sedih sangat. Aku dapat maklum balas dari BPH yang permohonan penanguhan serah kuarters tidak diluluskan. Malah surat pertama je yang dibenarkan iaitu 3 bulan. 

Apa yang menyakitkan hati dengan BPH ni, aku hantar email pada 9 November 2021 dia balas dengan surat bertarikh 19 Januari 22, sampai kepada makluman aku pada 30 Januari 22, Alhamdulillah. Aku buat penanguhan kali ke 2, melalui email juga pada 16 Mac 22. Surat BPH sampai untuk makluman aku pada 1 Jun 22. Walhal tarikh surat 27 April 22. Kemudian tak dapat tangguh ayat dia "tempoh perlanjutan terdahulu kekal" dalam erti kata lain hanya 3 bulan sahaja dan tarikh genap 3 bulan dinyatakan pada 14 Februari 22. Sekarang dah bulan berapa? Serius bodoh punya kerja, dah la respon lambat, email pertama dan kedua nak malas makan masa 2 bulan lebih.

Mahu tak keruan aku dalam membuat keputuan. Mana aku nak letak barang-barang dalam kuarters yang banyak tu. Rumak Emak? Emak aku pun kata nak letak mana? akak aku pun kata ayat yang sama. Sedih tak sedih aku nak hadap masalah ni.

Rumah sekarang aku hanya menyewa bilik je, semua kelengkapan rumah dah ada. Memang tak boleh nak bawak barang aku. Nak sewa rumah lain, aku pulak yang tak mampu nak bayar sorang-sorang. Mahal tu sewa rumah kat JB ni. Bayar sewa rumah tinggi2 lepas tu aku makan nasi sesuap.... eemmm..... sedih.

Aku cuti panjang sikit kali ini untuk mengemas rumah, keputusannya aku nak jual barang-barang dalam rumah, hanya TV dan chiller je sayang. Yang lain suka atau tidak memang nak jual. Paling risau kabinet TV dan water fauntain. Sebelum sampai ke Putrajaya, dengan rasa sedih dan terkilan aku edit gambar untuk iklan perabut beserta harga. Tak sangka, sambutan sangat mengejutkan. Hampir semua barang terjual kecuali Water fountain dan tilam. puas jugak fikir, mana nak aku campakkan. Hanya fridge dan washing mas

Berhari-hari di Putrajaya, tapi malas sungguh nak kemas rumah, tapi kemas jugak la sikit2 yang mana sempat, buang mana-mana tepung yang dah lama tak guna, banyak da semuanya dibuang. Agak celaru jugak nak mula mengemas, tak tahu nak start dimana dulu. Tak sanggup rasanya. Barang-barang dalam rumah tu aku usaha dengan titik peluk sendiri, tak de bantuan keluarga, pinjam-pinjam duit orang, atau tajaan mana-mana pihak. Tapi hasil OT dan TNT yang aku simpan sikit-sikit. Dah banyak beli barang. Berbelas ribu jugak duit habis demi memenuhi impian sendiri. bila dah hampir sempurna, bakal lenyap semuanya.

Akhirnya aku balik semula ke JB, hasrat untuk menjual perabut tak jadi. Aku masih mengharap keajaiban berlaku untuk aku. Lelah rasanya menanggung tekanan dan beban perasaan malah kewangan. Sedih.... yang tidak mengalami tak tau apa yang sebenar-benarnya apa yang aku rasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA