Isnin, 27 Jun 2022

Cari Teman

Sebenarnya Aku nak luah semua yang aku pendam, sedih dan duka. Tapi Aku tahu ada yang membaca dan bimbang akan ditertawakan.

Cuma yang pasti, sekarang Aku ingin mencari teman mengisi kekosongan untuk menghabiskan sisa hidup aku yang berbaki sementara tinggal di JB ni.

Menetap di JB ni buat aku rasa hidup Tak bermakna. Hanya melangkah mengikut takdir yang telah di tentukan.

Kerana itu rasa ingin tamankan zaman solo yang dah berkurun lamanya x berjumpa pasangan. Bukan tak usaha tapi memang x ada yang serius dan meyakinkan. Lebih suka masa tengah happy, diduga sedikit tak mampu nak hadapi. Ternyata aku memerlukan pasangan yang kuat mental dan fizikal, rohani dan jasmani. Sedia hadapi sebarang masalah termasuk la dalam melayani peel wanita. Bukan sukar pun belajar la memujuk, perempaun ni bukan mintak barang kemas, bawak berjalan tetapi memadai mengalah untuk memenangi hati wanita.

Tak pernah mengimpikan hidup umpama dikayangan memadai sederhana yang penting ada pasangan yang memahami dan beri kebahagiaan. Tetapi hati ni terkadang aku sendiri tak faham. Tiba2 jadi tawar, tiba2 Tak mahu. Kadang2 Aku rasa macam ada sesuatu yang menghalang, takut jugak kalau2 ada ganguan.

Kerana itu aku perlukan pasangan yang sabar, tahan dengan peel Aku yang serba berubah2. Suka berdebat. Setakat ni masih belum Ada yang kuat mental dan fizikal mengadap peel aku. Sebenarnya aku duga je. Semua tu gimik untuk lihat sejauh mana kesungguhan lelaki untuk memiliki aku.

Sudahnya mungkin sampai mati aku x berpasangan. Aku redha je, aku cukup tahu bahawa perancangan Allah itu yang terbaik. Cuma sebagai manusia biasa yang punya perasaan terkadang kesedihan menerpa, namun tetap lalui liku-liku hidup ini seperti biasa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA