Khamis, 28 Februari 2013

Ngidam Air Teh Mak!!!!!!!!!!!!!!!

emmm buat sendiri jer...
Dah hampir sebulan mak aku tak berniaga, tak sihat sakit perut, sakit kepala haiiii semuanya sakit. Ajak p hospital (kecemasan) tak nak rawatan lebih cepat, sanggup tahan sakit. Akak da bawak p klinik kesihatan tapi masih tak elok, makan ubat je, dah le terlepek je terbaring, aku dengar pun takut macam sakit sangat, nak buat macam mane da tuan badan da tak nak sihat. 

Rabu, 27 Februari 2013

BR1M 2.0




BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia, pertama-tamanya, aku rasa bersyukur sangat2 Alhamdulillah, permohonan aku diluluskan, hanya melalui on line jer. Aku mohon untuk bujang RM250.00 huhuhu... tapi dalam surat dari Kementerian Kewangan Malaysia lulus untuk RM 500.00. Ada cerita disebalik permohonan kali kedua ni.

Selasa, 26 Februari 2013

Isnin, 25 Februari 2013

Berat Bertambah


emmm.... aku jadi terkejut bila timbang berat naik 4 kg, timbang lagi naik 2 kg, mak ai!!!!! berapa banyak berat mau tambah.

Patut la nak beli baju saiz yang sama sendat lagi ketat, tak boleh lepas huhuhuuu tapi tang 1 tempat jew, tang lain ok lagi. La ni baju yang ada nak pakai kene try dulu, muat ke tak, adoi kacaw.... baju jadi sendat, da macam sarung nangka, hehehe tapi cantik lagi badan aku kot dari nangka punya sarung. Pakai Seluar pun ada yang dulu longgar sekarang jadi penuh dan ketat, memang terasa babat yang buat aku berisi...huhu


Ahad, 24 Februari 2013

Sup Ekor Ala Thai Ida

Sup Kegemaran..... Fuyoooooo!!!! mawerles huhu.......


Bahan bahan :
 1 Ekor lembu 
2 labu bawang besar belah 4 
3 ulas bawang putih di ketuk
3 inci halia di ketuk
4 batang serai di ketuk
12 biji cili api di tumbuk kasar
3 biji limau kasturi ( bergantung pada kemasaman yang dikehendaki)
1 biji tomato di belah 4
5 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak
Air Secukupnya



Cara-cara :

1. Masukkan separuh labu bawang besar, halia dan juga ekor ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
2. Tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan serai dan juga separuh lagi bawang besar tadi. Kacau sebentar.
3. Masukkan tomato, daun limau purut dan juga cili api. Tumis sebentar. Masukkan ekor beserta air rebusannya tadi.
4. Didihkan sup tersebut. Masukan garam dan gula. Perah limau kasturi. Sedia untuk dihidangkan.



Sabtu, 23 Februari 2013

Terganggu

Setiap hari adalah hari2 biasa untuk dilalui. Tapi semuanya sedikit pun tak pernah menjemukan, hanya perlu sedikit ruang untuk melapangkan fikiran dan merehatkan diri dari segala kesibukkan yang di hadapi.

Dalam apa jua yang dihadapi, sama ada sengaja atau pun tidak, dalam terancang mahupun tidak sengaja, adakalanya tiada persediaan untuk menghadapinya. 

Khamis, 21 Februari 2013

Status!!!!!

Agak sensitif untuk diperkatakan. Aku tak akan sekali-kali menceritakan siapa aku kepada orang lain, nak buat apa buka pekung sendiri, ada yang memandang lain bila tau siapa aku, jadi aku putuskan merahsiakan, bukan tak terima kenyataan siapa aku sekarang, tetapi status yang bukan untuk dibanggakan atau bermegah-megah. 

Rabu, 20 Februari 2013

Ayam Berlada


Bahan-bahan :

1. 2 biji  bawang merah
2. 1 ulas bawang putih
3. 1inci halia
4. 2 senduk besar lada kisar
5. 1 senduk sos cili
6. 6 potong ayam ( yang telah di jual garam dan kunyit)
7. Minyak untuk menumis
8. Sedikit air asam jawa

Caranya:

Kisar bahan 1-4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga wangi, masukkan pula lada kisar air asam jawa dan kacau lagi. Apabila pecah minyak masukkan ayam, kecil kan api dan biarkan ayam sehingga masak. Setelah masak masukkan pula sos cili garam dan gula secukup rasa. Gaul raya dan sebati, masakan siap dihidang.

P/s : Saya tidak goreng ayam, untuk jimat masa dan minyak masak

Selasa, 19 Februari 2013

Kurung Moden Pink Dengan Mutiara



Pink, memang aku suka, juga koleksi dari peace. Dah lama beli tapi tersimpan di dalam almari aje, tunggu ada majlis @ untuk tugas Juruacara baru akan di pakai, kalau setakat di pejabat, aku seperti biasa berbaju kurung. Simple jer, nak buat apa lawa2 p pejabat. Kalau Jadi juruacara lain, penampilan berbeza, lebih suka bergaya.

baju ni bukan dihiasi dengan mutiara tapi manik bulat, walaupun baju ini kelihatan biasa, taburan manik2 di bahagian dada, pergelangan tanngan dan kaki baju kelihat sedikit menarik. 

Secara rasminya di pakai untuk Majlis Kurniaan Bungkusan oleh D.Y.M.M. Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. 





menarik dengan taburan manik di bahagian dada, lengan baju

Ahad, 17 Februari 2013

Ahad hari untuk istirehat

Eeeemmm..... hari ni je la masa untuk rehat secukup2nya. Maklum la selepas cuti Tahun Baru Cina naik kerja memang di kerja kan betul2.

Pada 14hb "Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 Bagi Daerah Ledang Fasa 2 DUN Bukit Serampang dan Majlis Penyerahan Cek Bantuan Ribut Dun Bukit Serampang" di Felda Sri Jaya. Dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, TPM yang juga Ahli Parlimen Pagoh. 

Sabtu, 16 Februari 2013

Tiga Puluh Dua Tahun

wajah Seusia 32 huhuhuhuhu...........
Alhamdulillah, genap usia 32 tahun, seusia ini kesihatan  dalam keadaan yang sangat memuaskan dan badan pun OK lagi kot huhuhuhuuu, rezeki yang tetap emmm... alhamdulillah cukup la untuk dua beranak, urusan perjalanan dalam kehidupan ini di mudahkan perjalanannya walaupun banyak liku-liku.

Khamis, 14 Februari 2013

Ketam Masak Lemak Ciri Api Cara Ida

BAHAN :

2  ekor ketam
1 mangkuk kecil air masak jawa
1 mangkuk besar santan kelapa
2 biji bawang Putih (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
5 tangkai cili merah (dikisar)
4 tangkai serai sederhana besar (diketuk)
5 cawan air
1/2 biji lobak merah (sebagai hiasan)
Garam dan gula secukup rasa


CARA :

Masukkan air ke dalam periuk  dan bahan yang dikisar, garam gula dan serai apabila mendidih masukkan air asam jawa dan kacau seketika, kemudian masukkan  lobak merah dan ketam, biarkan hingga mendidih lagi kemudian masukkan santan kelapa pula dan biarkan beberapa ketika sambil kacau kuah supaya santan tak pecah. Selepas kuah serasi dengan santan dan mendidih siap untuk dihidang.

P/s : ini cara saya, perasa diletak awal supaya serap dengan isi ketam. Santan di le tak kemudian supaya kuah tak perlu di kacau sentiasa @ santan boleh pecah jika kuah tidak  di kacau.









Rabu, 13 Februari 2013

Hadiah Untuk Aku.....

dari sahabat baik
Eeemmm..... aku tak sangka pulak yang aku dapat hadiah my brithday tapi lom sampai lagi Jumaat ni baru le sampai tarikhnya, cukup umur 32.... eeeee da tua..... Macam biasa la, setiap tahun sekadar wish kat FB oleh kawan2 jer tu pun yang tau, tak tau pun tak pe, da biasa la. Tapi tahun ni best freind aku bagi hadiah pulak, tak pernah2 umur, bagi aku hadiah. Orang dah kasi ambik la, hehehehe.... kene balas ni jawabnya, faham2 je la huhu. Pandai dia ek!!!! Da ada dalam fikiran apa yang aku nak beli, InsyakAllah adalah bahagian untuk dia. Dia lahir pada 14hb Februari  dan aku selang sehari.

Selasa, 12 Februari 2013

Cuti Panjang

Tahun Baru Cina, mula2 x perasan cuti panjang, sabtu kerja jugak ke kuil hehehehehehe... pesta punggal, baru aku tau punggal tu rupanya makanan, D.O. dengan Y.B. Ahli Parlimen turut sama hadir program yg tertangguh tahun lepas baru ni buat, pendek kata bukan salah aku, cuma ada perkara yang amat sulit untuk diperkatakan. 

Isnin, 11 Februari 2013

Tekad Dan Niat


Hari demi hari silih berganti, semakin banyak yang dilalui dugaan datang dan pergi, berlaku dan berlalu jadi kenangan. Namun kehidupan perlu diteruskan, apa pun keadaan, apa pun yang datang harus diharungi jua, suka mahupun duka, inilah lumrah. Tiada istilah sabar lagi kerana semuanya harus ditempuh dan dihadapi.

Ahad, 10 Februari 2013

Ku Mahu - Siti Nurhaliza



Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Melarutkanmu dalam kasihku

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu

Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti
Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku kenang
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu

Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti
Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu
Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pon terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Ku mahu!

Sabtu, 9 Februari 2013

Rasa... itu



Rasa…. adakala rasa ini mengganggu fikiran, mengganggu emosi, mengganggu tumpuan. Rasa menghampakan, rasa dipersenda, rasa yang sebenarnya aku tak ingin rasai, acapkali aku mengelak dari rasa ini, namun aku tewas kerana rasa ini aku lalui, aku hadapi,  aku rasai kepedihannya.

Sebenarnya rasa ini cukup menyesakan dada, mematahkan semangat, melemahkan jiwa, walau dibibir terukir senyuman, dihati cukup menyedihkan, yang tak mampu aku dustai.

Ya!!! Allah, aku sedar, apa yang aku rasa ini adalah ketentuan, barangkali dugaan didalam kehidupan yang penuh dengan rahsia Mu.

Aku yang kerdil lagi lemah ini, hanya mampu berharap agar jalan untukku kau luruskan, yang kabur kau jelaskan, yang gelap kau terangkan, andai jalan ini terlalu jauh dan amat sukar. Kau tutupkan pintu hatiku dari menangung rasa ini, sakit aku rasakan, derita aku hadapi, cukup la setakat ini.



Kau berilah hidup yang aku lalui ini dengan rasa yang gembira, agar aku mampu tersenyum, dengan penuh keikhlasan, bukan kepalsuan. Aku hanya menanti takdirmu untuk ku dan aku berserah!!!!!!!!!!!


Aku Yang Tersakiti – Judika


Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Rabu, 6 Februari 2013

Quran ReadPen








Aku da lama berhayat nak beli Al-Quran digital ni, Akhirnya dapat juga, ansuran tu 3 kali bayar Alhamdulillah dah habis bayar pun. Kebetulan ada budak datang opis promot. Oleh kerana niat tu dah ada, aku pun beli la, memang mahal RM 399.00. Kalau henset boleh beli tak kan Al-Quran pun nak berkira...

Selasa, 5 Februari 2013

Sampai lagi pada aku..........

Ya Allah!!!!! tolong la aku dah tak de hati lagi kat sini. Semangat semakin hari semakin hilang, semakin malas. nak buat!!! nak buat!!! tapi aku tak buat2, nak2 bila nak buat ini, kene buat itu, nak buat itu disuruh buat ini. 

Senangkan kerja kalau duk mengarah aje. Tak kisah le, aku dah biasa dan hakikat sebenarnya aku memang suka kongker semua kerja, jadi aku akan tau semua, sebab aku suka belajar, dan banyak yang aku pelajari. 

Ahad, 3 Februari 2013

Selagi belum tutup mata kerja..kerja..kerja....


emmmm..... amcee pertama bagi Februari ni. macam biasa, aku cuak sikit, programnya da la jauh, malam pulak tu dan seperti kebiasaan, bila tugas macam ni, aku pergi sendiri, naik motor le apa lagi.

Niat hati memang nak pergi cepat, alamak busu pulak datang umah, aku tengah mandi pulak tu, lepas mandi aku sembahyang, ada aku kisah orang datang umah, hehehee....