Rabu, 6 Februari 2013

Quran ReadPen








Aku da lama berhayat nak beli Al-Quran digital ni, Akhirnya dapat juga, ansuran tu 3 kali bayar Alhamdulillah dah habis bayar pun. Kebetulan ada budak datang opis promot. Oleh kerana niat tu dah ada, aku pun beli la, memang mahal RM 399.00. Kalau henset boleh beli tak kan Al-Quran pun nak berkira...


Kelebihannya, kita boleh dengan semua surah dalam Al-Quran tu, sama ada untuk baris ke baris atau nak dengar semua ayat atau bacaan 1 surah. Sambil buat kerja sambil dengar ayar suci Al-Quran, Asyraaf selalu dengar nasyit yang ada dalam readpen tu, dia da pandai da. Readpen ni pun boleh merakam suara. Qarinya pun ramai, terpulang pada kita nak dengar bacaan Al-Quran dari Qari yang mana 1. 

Selain itu disediakan jugak panduan mengaji Ikraq, doa2, panduan haji, selain Al-Quran. Readpen hanya perlu di caj macam henset kalau dah habis.

Tujuan aku beli sebenarnya nak semak bacaan aku, maklum le orang pandai baca quran, lepas tu tak berapa nak rajin pulak tu.... huhuhu.... Nak belajar dengan orang tak mampu nak beri komitmen sebab kerja tak tentu masa, jadi ini le jalan terbaik bila ada masa boleh semak al-Quran, tak de masa boleh dengar jer, jadi hari2 boleh dengar, sambil dengar bacaan dari Qari yang bertauliah. 8 orang Qari dari Arab disediakan untuk pilihan. 

Aku pun manusia tak sempurna, tapi masih  memikirkan hal Akhirat jugak, walaupun adakalanya aku nampak moden dan bergaya, tapi aku tetap macam dulu orang kampung yang memerlukan panduan, sokongan dan ilmu untuk ditambah dari masa ke semasa, maklum le usia semakin meningkat, anak semakin membesar. Mati pun tak tentu bila, bukan jaminan untuk mati pada usia tua, sekarang lebih ramai orang muda mati dari orang tua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan