Khamis, 28 Februari 2013

Ngidam Air Teh Mak!!!!!!!!!!!!!!!

emmm buat sendiri jer...
Dah hampir sebulan mak aku tak berniaga, tak sihat sakit perut, sakit kepala haiiii semuanya sakit. Ajak p hospital (kecemasan) tak nak rawatan lebih cepat, sanggup tahan sakit. Akak da bawak p klinik kesihatan tapi masih tak elok, makan ubat je, dah le terlepek je terbaring, aku dengar pun takut macam sakit sangat, nak buat macam mane da tuan badan da tak nak sihat. 


Akhirnya Isnin 25hb.2 baru mak nak ke hospital, mengeluh dia asyik dapat ubat je, ubat yang sama  pulak tu, iu kira dah tak tahan sangat le tu, ingat kene tahan wad. 

Alhamdulillah, esoknya ada perubahan, semangat nak ambik BR1M le tu huhuhuhuhu....... 27hb 2. Mak duit banyak, tempoh hari dapat duit kebajikan makan tak habis dapat pulak BR1M, wah!!!!! belanja anak beranak kat Sri Makmur, dengan Salim abang angkat aku anak beranak datang dari Segamat. 

Cerita pasal abang angkat, dia ni memang mak bela dari kecil lagi, akak aku cemburu betul dengan dia, sebab!!!!! apa dia nak mak bagi jer huhuhuhuhuhuuu.... 

Dulu aku tak berapa baik dengan dia dengan bini lama dia merangkap sepupu aku hhuhu, tak sebulu, naik menyampah, meluat aku, duduk serumah. Aku dengan mak pulak da macam menumpang di rumah sendiri. 

Sekarang ni baik2 gitu je dengan sepupu aku tu, dia kalau jumpa mak aku, tak sudah2 burukkan bekas laki dia, dah buruk tu buat apa nak cerita lagi, ingat mak aku suka nak dengr agaknya.. La ni abang angkat aku da kawin baru OK la, nampak bahagia dapat lagi sorang anak lelaki yang sebiji muka dia masa kecik huhuhuhu....

Panjang pulak cerita, awalnya nak cerita pasal mak sakit, jadi da lama tak berniaga dan lama jugak aku tak minum air teh dia, ngeteh kat warong mak, depan rumah aku jer.... tak sampai 10 langkah da sampai hahahahaha.... Tapi tu la teringin nak minum air teh mak. Tak sama dengan teh orang lain, teh mak cukup rasa teh dengan lemak susunya.  

Aku nak minum buat la sendiri, kadang lagi sedap @ sama rasa dengan teh mak, tapi tetap nak teh mak jugak..... Alahai... macam2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan