Sabtu, 16 Februari 2013

Tiga Puluh Dua Tahun

wajah Seusia 32 huhuhuhuhu...........
Alhamdulillah, genap usia 32 tahun, seusia ini kesihatan  dalam keadaan yang sangat memuaskan dan badan pun OK lagi kot huhuhuhuuu, rezeki yang tetap emmm... alhamdulillah cukup la untuk dua beranak, urusan perjalanan dalam kehidupan ini di mudahkan perjalanannya walaupun banyak liku-liku.


Aku pun tak sangka, hidup aku banyak berubah. Setiap manusia tak akan sama perjalanan hidupnya. Walaupun perjalanan hidup aku ada cacat celanya, aku bersyukur dan rehda dengan semuanya. Aku patut bersyukur kerana perjalanan hidup aku cukup teratur. 

Jika memandang aku sentiasa tersenyum, namun hidup aku tak seindah senyuman suka duka datang dan pergi, aku belajar dan aku pasrah ia lumrah kehidupan. Masih ramai lagi manusia yang lebih teruk nasibnya berbanding aku, aku tahu esok lusa masih tak pasti,  tetapi sekarang yang menentukan hari esok. Bukan kesempurnaan yang aku cari, kerana aku pun tahu aku tak sempurna, tiada manusia yang sempurna kala ini, hanya menaruh harapan agar lebih baik dari sebelumnya, dan aku hanya ingin jadi yang terbaik, cuba buat yang terbaik, usaha untuk kehidupan yang lebih baik mengikut kemampuan diri sendiri.

Andai diimbas kisah silam, aku hanya orang kampung yang pelajarannya tak tinggi, hidup dalam kesederhanaan, dari belasan tahun aku da pandai cari duit, untuk duit poket sendiri. Cuti sekolah @ hujung minggu ikut mak kerja di warong, dalam hidup aku tak de istilah enjoy. Semuanya berkaitan dengan kerja, dan melaksanakan kerja rumah telah jadi amalan dari remaja lagi. Keluar rumah hanya atas urusan membeli barang, keluar malam jarang2, tak sangka sampai sekarang jadi amalan. Cuma tuntutan kerja sekarang tak mengira masa, pagi petang dan malam, malah bukan sekadar hari cuti , cuti umum tertentu pun bekerja.

Dulu habis SPM malah dalam exem SPM aku di duga dengan penyakit gatal2, hahahha macam pelik tapi benar, gatal2 1 badan, da macam monyet jadian tergaru-garu, nak buat macam mane da gatal,  tapi bernasib baik tak de kesan luka pada badan Alhamdulillah, molek kulit aku. Tapi penyakit ni menyebabkan wajah aku buruk macam orang tua, Hebat!!! tekanan perasaan masa tu, beberapa bulan jugak aku jadi suri rumah hehhehee. Akibat penyakit misteri.... 

Tak de niat nak sambung belajar, malas tahap gaban kata org muda2 sekarang, niat nak kerja nak beri  mak duit, Alhamdulillah, niat di tunaikan, barangkali sebab itu perjalanan hidup aku teratur untuk setakat dan saat ini. 

Kerja punya kerja, banyak kilang aku kerjakan, dari Kilang Mei @ Mitsotoyo aku ke SUGA, lepas tu ke National/Panasonic tukar ke Pionner, kerja pulak di Hospital Muar sebagai Kerani Sambilan dan sekarang KEKAL dan berpencen. itupun kalau rezeki disitu, manusia hanya merancang dan itulah untuk setakat ini.

Sejak bekerja kerajaan "TETAP DAN BERPENCEN" hehehehe... Nasib semakin berubah, tak lama, aku bertemu jodoh, Lepas Kawin je terus ambil lesen, kemudian mengandung, selepas menerima cahaya mata, rezeki bertambah bila "Pak Lah" umumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam, rezeki untuk semua kakitangan kerajaan, Alhamdulillah.

Dengan kenaikan gaji, melayakkan aku untuk membeli rumah, bukan kos rendah @sederhana, tapi teres biasa, bukan high taste tapi memikirkan rumah yang dibeli tak perlu di ubah suai, sebab rumah kos rendah @ sederhana dapurnya sangat sempet, aku pulak dalam membeli rumah plannnya pun aku ambil kisah, ruang dapur dan ruang tamu perlu besar, beli rumah bukan untuk duduk anak beranak je, tapi aku fikirkan kalau buat kenduri ada ruang untuk tetamu duduk. Alhamdulillah rumah yang aku pilih kene dengan taste aku. Walaupun aku org kampung tapi aku pun ada cita rasa tersendiri, bab2 menghias rumah memang aku minat, selain menjahit dan mengemas modal je tak de, kalau tak perancangan jadi kenyataan, rumah lebih cantik dari sekarang, tapi tak de rezeki nak duk umah sendiri, yang penting ada jugak side income

Aku!!!! memang manusia yang sangat cerewet dalam hal rumahtangga, walaupun sekarang ada rumah tak bertangga huhhu apa pun hidup bukan untuk mementingkan diri sendiri, kesihatan diri dan keluarga perlu dijaga bermula dengan pemakanan seimbang, wajib ada sayur dan lauk, kebersihan rumah dan susur atur supaya tak semak kepala aku bila balik rumah. Selain daripada suka memasak, masa bujang dulu duduk dengan mak suka mengemas jer, mak aku tukang masak, tapi sebenarnya memasak lagi cepat dan tak penat, berbanding mengemas, tapi bila ada sakit 'M' tu yang payah, ramai kaum ibu yang suka makan luar, tapi kalau masak sendiri, kita menyediakan bahan dan memasak, kita tau, kita masak lebih bersih dari di kedai, itupun bagi kaum hawa yang mementingkan kebersihan. Alamak!!!! panjang pulak cerita pasal rumah, ke masak ke kemas. 

Kata pepatah Hari tak sentiasa cerah, begitu juga takdir untuk aku, dugaan, tekanan, tak kan pernah terhindar dari dalam hidup ini, selagi nyawa dikandung badan. Dari zaman remaja lagi aku telah menghadapi tekanan, lifestyle aku tak sama macam orang lain. Tapi aku tetap menangis saat sedih menyapa hati nurani, aku wanita yang punya hati dan perasaan.

Dugaan dalam hidup sentiasa ada untuk manusia yang dinamakan Makhluk Allah, aku sedari itu, dan dalam keadaan begini aku hanya berserah. Menanti takdir dan rezeki yang ditentukan Allah untuk aku pada masa akan datang. Yang kini aku tak pasti esok lusa aku dimana, hanya mengharap yang terbaik.

3 ulasan:

  1. Test = ujian
    Taste = citarasa

    High taste not high test...

    Lifestyle (gaya hidup) not live style...

    Hehe...

    BalasPadam
  2. HITAM atau PUTIH kehidupan ini adalah kita sendiri yang menentukannya. Oleh itu, hadapilah hidup ini dengan penuh KEIMANAN.

    BalasPadam