Ahad, 3 Februari 2013

Selagi belum tutup mata kerja..kerja..kerja....


emmmm..... amcee pertama bagi Februari ni. macam biasa, aku cuak sikit, programnya da la jauh, malam pulak tu dan seperti kebiasaan, bila tugas macam ni, aku pergi sendiri, naik motor le apa lagi.

Niat hati memang nak pergi cepat, alamak busu pulak datang umah, aku tengah mandi pulak tu, lepas mandi aku sembahyang, ada aku kisah orang datang umah, hehehee.... 


Baik2 aku nak cepat, lambat jadinya, aku singah opis dulu, biasa la buat skrip, siap 7.30 lepas magrib aku gerak. 40-45 minit perjalanan, dalam 36-40 km, kalau pergi balik jadi berapa km???? naik kereta boleh clem, naik motor.... aku pun tak hadap... apa yang penting kerja aku jalan. Ada kenderaan asyik tolak kerja pun susah jugak. dah biasa tengah2 panas, pagi2 buta, tengah2 hujan basah kuyub baju, apa lagi tengah2 malam.. aku da bosan sebenarnya. 

Eeemm... aku da biasa dah jadi lali dibuatnya, asal kerja hari cuti da faham sangat la, jangan harap bos akan arahkan sesiapa untuk bawa aku bertugas. Kebetulan ada kalau ada P.A. aku faham. Tapi kalau tak de pun dia tak akan keluarkan arahan, dah banyak kali aku tugas mesyuarat selain MC, tapi pergi sendiri. Walhal dia patut fikir keselamatan aku, dan aku keluar untuk bertugas bukan pergi makan angin. Kadang2 aku terfikir biar 1 hari aku excident masa pergi bekerja, masa tu la jabatan akan bukak mata, macam biasa la da terhantuk baru nak mengada2, masa tu baru la tau itu tanggungjawab siapa. 





Berbalik kepada cerita awalnya, bila aku sampai, tak tau nak cari siapa, call Yani Pegawai dari Pejabat Daerah Ledang tak dapat pulak. Aku pergi le balai raya, sempat pulak bergambar dengan J.Sham Artis jemputan pada malam tu, selain J. Sham dengan Siti Nordiana, tapi tak dapat nak ambik pic dengan SN tu dia lalu tangga lain, malas aku nak kejar2 dia....  

Emm aku tengok da dekat jam 9 masih tak ramai orang, aku pun turun ke padang. Tanya orang nasib baik urusetia ada, bunyi macam marah, aku datang lambat katanya, walhal aku duk kat balai raya, mane le tau nak cari dia orang d mane, biasanya orang dari pejabat daerah ada, kali ni tak de pulak.  

Majlis berjalan dalam 1/2 jam tak silap, aku tau ada yang marah, aku releks jer, senyum jer, dia suruh itu aku buat, suruh cakap aku cakap, senyum jer..... biasa la aku, malas nak banyak cakap, senyummm..... lagi....dan .... lagi...

Majlis diserahkan kepada DJ yang biasa bekerjasama dengan dia orang. Eeemmmm.... itu pasal aku tak suka dengan kebudayaan tu, dia da ada orang buat apa panggil penerangan lagi, jalan sekali apa salahnya. Dulu lagi mintak MC dengan P.A. tub2 tak perlu, sakitkan hati jer, pagi2 buta bekerja nak jayakan majlis orang tiba2 ada orang lain. 



1/2 jam RM 100 siapa tak nak hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan