Selasa, 12 Februari 2013

Cuti Panjang

Tahun Baru Cina, mula2 x perasan cuti panjang, sabtu kerja jugak ke kuil hehehehehehe... pesta punggal, baru aku tau punggal tu rupanya makanan, D.O. dengan Y.B. Ahli Parlimen turut sama hadir program yg tertangguh tahun lepas baru ni buat, pendek kata bukan salah aku, cuma ada perkara yang amat sulit untuk diperkatakan. 


Macam biasa la cuti aku bukan kemana, ingat nak p karaoke kat muar, alamak duit tak keluar, nak keluar guna buku, tu pasal malas. Da tau duit x berapa nak ada makanya duk umah ler, wah!!!!!!! memang bosan, TV x de, handset aku jadi mangsa dengar lagu yg ada, da banyak lagu aku download dari 4sheard ke pc, hehehe... aku bosan2 dengar la lagu kat talipon sendiri. 

Dah duduk rumah, buat kerja rumah je la, masak, basuh kemas, rumah bukan besar mana pun, sekangkang semut jer, huhuhu... da siap semua kerja, tidur!!.

Punya tak senonoh kenduri rumah mok de pun aku tak pegi, ingat nak pegi tengahari lepas beli kek, lepas makan boleh ngantuk pulak, apa lagi layan mata la, tidurrrr.......... memang tak senonoh. 

Malam ingat nak pegi, owwww....... malas jugak, akak aku je la pegi kirim kan kek yg aku belikan sekali. akak aku singgah rumah lepas balik kenduri, dia cakap "semua orang tanya ngko", huhuhu.... lantak la.... masa mok de jemput pun dah ada suara sumbang cakap, "ntah datang tak". Tergamak cakap macam tu, "dah la mcm tu", kalau x suka aku sudah le molot tu jaga le, macam le aku kacau laki dia, macam le aku mintak makan minum kat umah dia. Meluat betul. Mulut aku pun kurang ajo jugak tapi agak2 le, tak fikir perasaan orang ke, kalau dia di tempat aku mau melenting sahaja.


Akhirnya, aku duk terperap je kat umah, nak keluar rumah pun malas, nak buat macam mane, memang pesen aku macam ni. Orang nak sakit hati, ada aku kisah, kang aku keluar banyak persoalan pulak, manusia bukan reti bertanya, bersangka buruk je taunya, itu pasal aku malas nak campur orang aku tido je tak de le dengar orang mengumpat mengata. kadang-kadang meyendiri pun ada baiknya, terhindar dari dengar umpatan orang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan