Tadaaaaa.... akhirnya dapat jugak pasang wallpaper Mr. DIY ni, kalau aku pernah post wallpaper yang warna kelabu, ini adalah seangkatan dengan wallpaper tu, banyangkan punye le lama. Rasa macam nak beli wallpaper macam dalam master bedroom tapi sayang pulak wallpaper ni ada, malah banyak lagi ada 3 ke 4 corak.
Dari petang sampai ke malam aku kerjakan. Terasa susah sikit yang ini berbanding wallpaper kertas yang mahal tu. kerana yang ini bila kerap ditarik jadi kembang, walaupun siap dengan gam, tapi agak leceh bila dah melekat ke dinding.
Apa pun wallpaper ini nampak cantik bila siap dipasang, dengan bunga yang besar, memang nampak cantik. Yang tak puas hatinya walpaper ini pendek, so bawah kene sambung. Bila nak sambung susah nak mach kan. Sambung sebelahnya pun sama tak ada kesinambungan. Jadi aku pun pasang je la. Dalam bilik pun.
Ingat nanti nak pasang wallpaper yang mahal aka kertas kat hall, sebab walaupun leceh atau banyak kerja, tapi sangat puas hati kertasnya tebat berbanding dengan wallpaper ini. Almaklum la yang ini hargabnya RM 3.50 ke 3.90 1 roll. Mana nak sama dengan RM 36.90 kan. sekali ganda beza harganya.
Apa yang penting dah pun siap pasang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan