Hari ni kerja aku tampal dinding, hehehe... seronoknya bila da siap. Alhamdulillah, kadang kala buat sesuatu yang kita suka terasa bahagia. Puas dengan hasilnya walaupun ini bukan bidang aku, walaupun hasilnya tak seberapa, tapi oleh kerana dari titik peluh sendiri sabar menyiapkannya, rasa seronok tak terhingga.
Aku beli di kaison harganya RM 36.90 segulung dengan ukuran 53 cm X 10 meter, aku main agak2 aje beli 3 roll alhamdulillah cukup, syukur. Design blossom warna hijau cair, berbunga2 kecil. Ini saje yang berkenan. Aku nak cari bunga besar, tapi tak ada. Jadi ini pun x pe la.
Kali ini wallpaper nya tanpa gam, berbanding sebelum ni, siap gam. Walaupun tanpa gam ini lagi bagus kerana walaupun da lekat di dinding, ia masih boleh di buka untuk ratakan wallpaper mengikut permukaan dinding.
Kali ini persiapannya lebih rapi, al maklum le, masa nak beli walpaper ni siap tengok youtiub hehe.... memang macam2 versi, tapi aku ikut apa yang memudahkan aku, walaupun bukan semudah KACANG kikiki. Selebihnya ikut kepala aku.
Dari jam 2 petang++ sampai jam 11 malam lebih kurang, termasuk solat, peh!!! Berjam-jam. Part paling susah di plug, aku bukak plug tu supaya nampak lebih kemas. Ini pun ikut youtiub hehe.... memang kemas. Tapi lebih payah plug tang atas. Keduanya di bahagian tepi dan selebihnya di kawasan nan rata selamat dan cepat sikit di kerjakan.
Memang betul tau, bukan senang nak senang, sebab tu bila siap rasa "puas hati aku". Hahahaha... berjaya menyiapkan dengan rasa penuh kesabaran, bak kata aku ni, bio layankan bende alah ni dari melayan kerenah manusia yg belum tentu menyenangkan hati. Gitu!!!!! Tiba2 je kan ko da kenapa? Hahaha.... saje iklan...
Nah!!!! Hasilnya, berkat usaha yang tak berapa nak keras, tetap menjadi- jadi. Ini dikatakan aktiviti persendirian .... foto dibawah ni, pandangan dekat, yang lucunya ada pulak yang tegur, adeh malunya. Aku pasang terbalik, aku pun berseloroh je, sekarang rumah terbalik pun ada so wallpaper terbalik tak de masalah la... hahahaha... walaupun terbalik tak berapa perasan dan tetap cantik jugak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan