Sabtu, 12 November 2016

Baby pinky


tengok tu pandai dia bergambar

Ketemu jua akhirnya dengan si baby pinky, memang cantik la kulit dia senyum dia alolololo.... jadi la cium anak orang aku tak de anak dara, anak bujang pun da besar, nak cium selalu pun tak dapat da jauh da. Si baby pink ni anak kepada officemate di KLN, dah pun balik jabatan dan bertukar ke negeri kelahiran kelate marie. Masing-masing dah bertukar 2 orang keluar dari KLN, sorang tukar bahagian lain yang tinggal sorang je ditempat lama aka roommate aku.


Al-Kisahnya, dia nak balik kelantan, tak dapat2, biasa la tak de kekosongan, kalau ada in shaa Allah boleh dapat. Aku dengki ngandung le boleh bagi alasan kan. Beria tak nak, ye la jauh kan berulang alik tak naik bas naik flight kepek punggung dia kata, hahahah tub-tub eh!!! ngandung!! Dalam tak nak tak nak tu, tak lama kemudian dapat la dia bertukar.

Makanya kebetulan dia bercuti ke Putrajaya jemput la bertandang ke rumah, so ramai-ramai la officemate datang rumah riuh sekejap, seronok melayankan baby pink ni, mek klate memang cantik kulit demo uih!!!! Asyraaf pun dulu tak gini. Tapi putih jugak la, sekarang ni je kelabu asap.

Sama juga dengan officemate lagi sorang tapi situasinya berbeza. Dia nak anak tapi suami tak nak. Senang je aku cakap, pujuk je la suami tu. Aku ni sebab tak berlaki lagi kalau tak, silap-silap anak dah cukup 5, ceh angan-angan taik lembu nak berlaki pun kemain cerewet Kikiki... Tapi itu la, aku tahu bahawa ini takdir aku, jadi aku berserah je la. Walaupun kadang kala yang datang itu sekadar persinggahan mengisi ruang waktu untuk seketika cuma. Hakikatnya itu bukan Jodoh untuk jadi pasangan sebagai suami.

Sampaikan ada yang mengutuk dan menghentam aku sesuka hati, aku hanya mampu bersabar inilah namanya kada dan kadar  Allah, yang hakikatnya ramai manusia yang masih tak mampu mahupun tak bersedia  menerima, bukan ke pelik nak mengajar aku mengenai Rukun Iman yang ke 6 tetapi diri sendiri pun tak gagah untuk Percayakan Rukun yang ke 6 tu. Aku tak kisah, aku faham memang ada manusia yang begitu, yang kecewa, jadi aku abaikan, lama kelamaan dia akan sedar sendiri.


Cuma apa yang dia perlu tahu, yang dia komen tentang post aku ni tak semua boleh terima aku seadanya, terima anak aku adalah ditujukan kepada dia sendiri tanpa dia sedari, Kenapa aku kata dia? Dia sendiri pun tak pernah tanya pasal anak aku. Pasal status aku, maka aku pun tak pernah cerita apa pun tentang aku dengan anak aku. Eemmmm..... itu le manusia, pandai sangat nak bercakap, tapi tak sedar apa yang orang katakan adalah dia, dan sebenarnya lelaki yang rapat atau mengenali aku, tahu tentang diri aku anak dan kerja, cuma dia je tak bertanya sebab dia dah tahu terlebih dahulu tentang aku melalui blog tanpa pengetahuan aku. Aku pun tak kuasa la nak layan manusia pendusta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA