Ahad, 20 November 2016

Upah Orang

Emmmm..... haaaaaaa bukan upah bunuh orang tau.... Sekian lama menunggu masa, Alhamdulillah akhirnya baru la dapat aku selesaikan masalah barang-barang yang terperap dan tersimpan sekian lama, sejak berpindah sehingga kini, ada barang-barang yang diberli disimpan dulu.

Keratan iklan tersimpan didalam tab lama, so bila dan repair dan boleh on semula, aku cari keratan iklan yang aku snap tu Alhamdulillah ada. Mesej bunga-bunga cinta pun hadoo tak leh tahan ada gambar bhahahahaha, baik-baik semua dah aku lupus dan hapus kira tub-tub ada pulak gambar orang lain yang tak berkenaan malah dah terputus hubungan.. terbaca pulak mesej, tertengok pulak gambo kan, ada rasa gelihati disitu bhaahahahaha. Cit!!! iklan pulak.

Aku pun call la, lepas dia bersetuju upah la orang tu untuk tebuk dinding, memang banyak, lubang untuk fream, Soap Dispenser, jam and more importantly penyangkung langsir eemmmm... selebihnya untuk kelambu, ini pun penting jugak, sebab tebuk di syiling ok bukan didinding, dan barang yang aku beli rasanya lebih setahun clothes hanger 3 rods pun telah selamat dipasang, haaa kan cantik terletak je tang situ.

Alhamdulillah semuanya terletak di tempat yang telah ditetapkan. Ada lagi sebenarnya nak tebuk dinding, teringin nak letak bunga yang tergantung, tapi tu la, tunggu dulu banyak baru aku panggil abang tu untuk tebuk lagi. Apa yang penting aku puas hati biula semua barang-barang yang diperap didalam stor telah dikeluarkan.

Aku pun post la dalam FB, kebiasaanya aku post dan aku biarkan @ tak tunggu pun orang komen.ada pulak yang komen, "untung siapa dapat (nama penuh aku la kan)" kadang kala aku tak jangka komen orang bila aku post kat FB, aku terharu dengan ayat itu cuma aku pun tak mampu untuk melawan takdir, jawapan selamat aku senang je "tak de orang nak" bhaaahahahaha... bodygruad X bos, kata pui!!! bhaaahahahaha. Sebenarnya "belum ada yang betul-betul berkenan dihati" lebih selamat "jodoh tak ada lagi".. haaa baru betul.

 Sebenarnya, aku lebih perlukan duit dari suami, kerana dengan duit aku boleh upah orang untuk buat apa yang aku nak, atau apa aku nak aku boleh beli. Bersuami belum tentu mampu memberi aku duit bhaahahahahaha....

Inilah sementara free sebelum busy eh!!!!! ye ke??? ke selepas busy sekarang dah banyak free... kikiki Sekian wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA