Aku ada terbaca mengenai Jin yang jatuh hati pada perempuan aka manusia. Berpunca daripada perempuan yang suka berpakaian seksi semasa tidur dan ini menarik minat Jin.
Kerana Jin itu menganggap yang perempuan itu kekasih dia, menyebabkan perempuan tu tidak kawin atau ada Sahaja halangan jika ingin berkahwin, kerana jin itu yang menyebabkan keadaan jadi begitu untuk pertahankan kekasih nya dari dimiliki atau dirampas oleh orang lain jadi Jin cuba pertahankan kekasih nya si perempuan dalam tak sedar.
Salah 1 tanda adalah kesan lebam di bahagian tubuh perempuan dan berbintik atau titik 3. Ini le sebenarnya yang menyeramkan aku..... Hwaaaaa..... Lebam tu ada kat lutut aku, berderau darah aku. Takutnya, tak kawin tak pe, tapi jadi pasangan Jin tu seram bunyinya, selisih 44 malaikat.
Ini hanya cerita tak pasti kebenarannya, selepas aku baca artikal tu, nak tidur aku pakai baju elok sikit, tapi memang da lama aku tak pakai baju tidur aka yang seksi, yang singkat, yang jarang, yang tali spaghetti aka tali halus. Dah lama rasanya aku simpan dan ter letak elok dalam laci di almari.
Sebelum ni pun pernah berubatkan mak aku raya kemarin, ustaz tu pun ada tegur ada yang singgah Kat rumah awak tu.... Haa tu diaaaaaa.... Kecut perut aku..... Apa yang penting Mohammed semuanya hanya mimpi bukan realiti In shah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan