Isnin, 13 Jun 2016

Tak sihat

nampak tak.... macam hantu bungkus hahaha
Semalam elok jekije sampai malam. Tak sangka hari ni tiba-tiba selsema pulak, badan terasa bisa-bisa dan seram sejuk tapi still kerja. Alhamdulillah kerja pun di office je. Malas nak ke Parlimen alhamlum la pegawai semua dah ada.



Sayu pulak hati bila terasa aku sorang-sorang je berbuka, anak bujang dah balik asrama, dapat la berterawih dan berbuka bersama dalam seminggu, dia pun dapat la balik rumah putrajaya. Melayan permintaan si bujang nak ibu masak la, nak makan daging deng deng la.... "ibu masak sedap" haaa... itu ayat wajib dia...  

Bila dah sorang ni lebih sedih bila terawih, entah apa yang aku terkenang-kenang meleleh air mata, bila tak sihat ni hati sensitif rasanya. Terasa cepatnya masa berlalu, terawih dulu macam baru lagi, ini dah terawih lagi. Teringat setiap kali sujud doa tak putus supaya dosa di ampuni olehNya, dan bila terfikir sakit adalah penghapus dosa-dosa kecil, meleleh air mata walaupun tengah solat, ye la kita makbul le doa kan sama ada betul atau tidak, hakikatnya sakit itu penghapus dosa.

Yang lebih tak tahan, bila sujud meleleh air hidung ke karpet, nak 8 rakaat sayang nak tinggal, maklum le da tua baru nak terawih masa muda sebok kerja, tak de kawan, takut dan tak biasa. Dah tua ni baru le sedar sikit, Alhamdulillah tanda-tanda Allah sayang hahahaha...... In Shaa Allah. Bila rasa setiap apa yang kita doa sama ada secara lansung mahupun tidak langsung itu bererti Allah dengar. Yang penting sekali jaga hati sendiri, sebelum nak jaga hati orang lain, kerana yang nama manusia ni hati nya tak menentu, kasih boleh berubah. Tetapi kasih Allah kita diduga dan kita nikmati hikmahnya. Bagi mereka yang beringat. Amin!!!!

Kenapa pulak da macam tazkirah ramadhan pulak ni, hahahaha.... Alhamdulillah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA