Isnin, 6 Jun 2016

Salam Ramadhan

Sempena Ramadhan ni, Salam Ramadhan diucapkan bagi mereka yang membaca blog saya. Maaf Zahir & Batin, semoga Kita semua di dalam rahmat Dan lindungannya selalu.

Kepada yang megenali mohon maaf zahir dan batin, andai ada salah dan silap, saya juga memaafkan sesiapa saya yang pernah menyakiti hati saya sama ada dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja, maklum la kita manusia, dan manusia itu hakikatnya tidak ada yang sempurna. 

Sesungguhnya kemaafan itu akan membuatkan kita sentiasa berlapang dada, tanpa dendam dan sakit hati. Kalau tak percaya, sila nyatakan siapa yang kita marah dan benbi saat ini, perasaan yang menyakitkan pasti akan terasa dalam hati, dari hati akan melahirkan perkataan yang kasar dan kesat. Tetapi bila kemaafan itu ikhlas, kita dah tak fikirkan mereka2 itu lagi. Kerana perasaan benci mahupun sakit hati dan terkubur dengan kemaafan.  

Apa pun Alhamdulilah ramadhan kali ni walaupun pada awal agak kelam kabut dapat jugak bawak Asyraaf ke Masjid Besi untuk terawih pada hari pertama, Malah berbuka pun di masjid, berbekal dengan lauk daging deng deng dengan sayur kangkung, permintaan bujang senang. Ikutkan hati berbuka saja  di masjid tak payah susah-susah masak. Tapi buah hati punya pasal. Layankan aje.



Cuma aku tak layan bila dia nak buka puasa di rumah. Huh!!! Tak sanggup  nak terkejar-kejar basuh pingggan la, nak gerak ke masjid la, nak cari parking, malam pertama tarawih penuh parking. Nasib baik masjid tu biasa pada aku so parking tempat biasa. Pada yang tak biasa, ramai yang tak tau Ada ruang parking yang disediakan bertingkat di bahagian belakang. Syukur dapat parking.

Sebagai persiapan Ramadhan kali ini aku hanya berganti telekung je. Nasib tak menyebelahi aku sebab telekung tahun lepas hilang, tinggal kain je. Jadi hajat nak beli telekung warna hijau pun tercapai Alhamdulilah. Asyraaf pun aku belikan jugak pakaian untuk terawih, kurta je. Siap beli baju raya sekali.

Puasa ni aku cuti 4 hari, kemas rumah sikit-sikit. Jaga bujang tua sempena cuti sekolah. Luang masa bersama beli baju raya dia, baju untuk tarawih. Dapat la jugak untuk bersama-sama ke masjid. Eeemmmm..... Mengimbau tempat kami melepak pada tahun lepas. Cuma lepas naik kerja ni tak tau dapat ke singgah ke masjid. In Shaa Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA