Ahad, 5 Jun 2016

Black Boot H&M



Memandangkan boot yang ada da rosak, makanya aku servay cari yang baru, dengan keadaan masa yang terlalu mencemburui dan terhad untuk ke sana ke mari, aku terpaksa mencari boot baru kerana tugas seterusnya ke Kelantan dan Terengganu. Akhirnya sedikit masa lapang di Hotel Pan Pacific memberi ruang aku bernafas dan mencuri masa yang ada untuk berjalan ke Mall bersebelahan hotel.




Ya, dapat yang berkenan di hati dengan boot dari brand H&M ni. Orang yang bekerja lapangan dan selalu bergerak pantas dengan kasut seperti ini sangat sesuai untuk dijadikan pilihan. Malah kasut seperti ini bukan sekadar melindungi kaki dari sinaran matahari, malah selamat dari keadaan jalan yang pelbagai permukaan yang yang penting sekali ia juga menutup aurat.
Oleh kerana dah pun selesai bertugas di Kelantan dan Terengganu, maka aku putuskan bahawa kasut ini memang sangat selesa. Dengan tapaknya yang diperbuat darpda getah, ia selamat dipermukaan licin. Lembut bila berjalan. Tumit yang sedikit tinggi pun agak selesa dan tak terasa letih. 

Dengan Design yang simple dan diperbuatan dari fabrik seperti baldu, mudah menghilangkan kotoran di permukaan kasut. Memang sesuai untuk pergerakkan yang lasak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA