Khamis, 30 Jun 2016

Sampainya hati............

Kesian dia!..... ada ibu jauh, dan sibuk bekerja, ada abah pulak dah berbini lain, dan bininya pulak tak serasi dengan Asyraaf, dan Asyraaf pulak dah tak suka dan tak boleh terima ibu tiri dia yang memang macam mak tiri. Kesiannn memang kesiaannn.......



Jadi sekarang asyraaf masih mengharap kasih dari ibu dia, yang tak pernah kurang kasih dan sayang terhadap dia. Bila dah banyak berhubung dengan abah dia, baru la dia tau dengan ibu dia jugak dia selesa nak meminta itu dan ini. abah dia tu memang berkira sejak azali lagi aka kedekut, sebab tu hidup sama je macam takuk dulu.

Masalah dia berpunca pada raya beberapa tahun yang lepas. Sebelum aku ke Putrajaya lagi. Biasa la anak aku ni nak marah tak boleh tinggi suara, yang boleh ibu dia je. Kalau orang lain dia jadi tak suka. nak tegur dia kene macam orang dewasa. Cakap elok-elok, in shaa Allah dia akan dengar kata. Asyraaf bukan anak yang terejal. Dia dengar kata kalau cakap baik-baik, malah boleh disuruh dan dah boleh diharap pun sekarang. 

Cuma tak tau la apa masalah dia dengan ibu tiri dia. Cemburu ke dengan asyraaf sebab da dekat dengan abah dia. Marah ke bila bapaknya beri perhatian pada anaknya. Dah engkau pilih duda padan le dengan muka. Siap kutuk aku cakap ada jantan kat sini, eh!!!! dah kenapa? aku burukkan dia pun tak, suruh asyraaf baik-baik dengan dia lagi ada. Mental pompuan ni.

Dah dia tu dulu terang-terang kawan dengan laki orang, tak sedar diri. Lom cerai lagi tu. Agak dah tak laku sangat ke apa ops!!! terkutuk pulak, bapak asyraaf memang le suka dapat tumpang senang bininya, ke sana sini dengan kereta bini, walaupun belum kawin. Sekarang duduk pun rumah mak pak mertua. Eeemmm.... faham sangat lelaki mata duitan lagi papa kedana macam dia tu. Mencari dahan untuk berpaut. 

Sudahnya sekarang asyraaf langsung tak nak datang rumah mak tiri dia. Kesian bila dengar Asyraaf cerita, kene cubit la, lain-lain tak ya la cerita. Bila aku sampaikan kata aku buat cerita "BERDOSA"... Ek eleh.... bini sendiri yang mental problum tak sedar, akhirnya dia tau jugak. Aku memang tak kuasa nak layan. Memang sejak dulu aku tak hinggin nak bercakap dengan bini dia. pandang muka pun aku tak hinggin. Jangan kata aku cemburu. Aku pun tak hinggin lelaki yang dia hingginkan sangat tu.

Sebab abah asyraaf memang lelaki yang tak layak jadi lelaki, tak mampu nak sattle problum. asal ada masalah tak boleh terima, asal ada masalah tak mampu atasi. Lom kira baran dia yang gila tu... huh!!! memang tak guna la jantan zaman sekarang. Tau nak bebini masalah sikit pun tak reti nak cari jalan penyelesaian. Sebab itu anak dengan bini pun tak mampu nak damaikan.

Aku pun pelik, perempuan yang dah tahap tua kot!, tak kan dengan budak pun engkau nak lawan nak gaduh, dengan budak pun tak kan nak sakit hati. Dah budak tu pun anak kepada lakinya, itu pun bukan sesiapa bukan pun orang asing. Memang pelik perangai. Patut le tak beranak lagi. Agaknya orang yang tak ber anak ni memang mental eh, tak tahan diuji dan diduga, sampai bende yang tak sepatutnya pun jadi gaduh, jadi emo.

Sebab tu aku pun risau kalau ada pasangan macam mana hubungan dengan si bujang senang aku ni. Sebab tu, orang yang nak aku tapi tak pernah tanya pasal anak aku, aku dapat rasakan yang dia nak aku je. Kalau tak kenapa tak peduli dengan anak aku. Boleh ke terima anak aku. Asyraaf pulak boleh tahan cemburu macam bapak dia. Bila dia cemburu dia akan buat perangai yang buat aku marah. Macam-macam hal. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA