Isnin, 27 Jun 2016

Projek

Ini bukan projek buat parit,buat jalan, buat rumah, buat kek, buat botol, buat bodoh, ke projek tak baik ganggu laki orang, duda atau bujang eh!!. hahahaha.... ini tugasan seterusnya, yang bermula sejak minggu lepas lagi. Mendapatkan maklumat mereka yang berasal dari Tangkak atau Ledang. Memang ada group whatapp, tapi semua tak kenal. Invite dalam group hanya sorang yang respon. 

Jadi Kenangan
Nak buat majlis tapi tak ada orang, macam mana tu?. Sudahnya aku mesej kawan-kawan di FB, tiba-tiba masuk group whatapp schoolmate, jemput lagi, tanya kawan-kawan untuk maklumkan program ni, kawan kepada kawan, adik beradik kepada kawan, yang mana menetap di sekitar putrajaya dan KL juga selangor.

Tak cukup itu, cari pulak senarai anak-anak kelahiran johor melalui PSM dengan bantuan kerani. Alhamdulillah dapat, tapi masih tak selesai kerana IC 01 ramai, tapis lagi  cari menggunakan no K/P jadi dapat kesan mereka yang telah mendaftar dan pengundi di Parlimen Ledang, haaaa ini yang betul-betul pengundi YB. 

Alhamdulillah, dapat respon sikit-sikit. Kehadiran bersama keluarga sangat la membantu untuk meramaikan lagi. Persiapan bukan susah sangat pun, tapi tak tau la kenapa aku sangat lambat buat kerja sekarang ni. Tak seperti di jabatan sendiri. Semangat kerja, cekap dan pantas. Buku Program pun baru nak print, printer pulak lambat proses. MasyakAllah pening. 

Sampaikan aku sendiri tak sempat nak tukar baju. Permulaan majlis agak menyedihkan. Kerana kehadiran yang agak slow... separuh pun tak sampai. Tapi majlis tetap diteruskan. My big BOS pun ada komen dalam ucapannya. hahahaha..... dia tak tau, aku siap buat group whatapp lagi untuk maklumkan aturcara, tempat parking kereta. 

Aku tau my M (medium) bos marah, orang tak berapa ada. Nak buat macam mana, hari bekerja orang balik kerja baru boleh gerak. Yang nak datang bukan semua dari putrajaya,  yang tiba-tiba tak dapat datang pun ada. Yang datang entah dari mana-mana sumber aku pun tak tahu. Tapi Alhamdulillah Akhirnya, ramai jugak bak kata PA 80% kehadiran. Yang tak berapa berjaya jamuan. Oowww.. oooww... bukang  aku yang pilih catering. sekian. Aku sendiri pun membatu dalam mencari catering sudahnya orang kementerian jugak yang di pilih.

Di majlis itu jugak aku jadi Juruacara, laaa.... memang tak senonoh la, protokol aku tak sebut nama VIP di meja VIP.... aku terus jalan. Kan tak senonoh tu. Aku tak cakap dengan sesiapa pun kesilapan ini. hahahahaa...  majlis berjalan seperti biasa, buat muka tak bersalah, boleh gitu ek...

Aku juga jemput PENTARAMA untuk buat persembahan, daripada kosong atau BOS M aku suruh beli CD la main lagu la. Semua aku nak kene buat. Ini pun 1 masalah jugak sebab mintak dibayar OT mereka, kami tak ada butjet. Alhamdulillah, mereka setuju. 

Tapi yang lebih terharu, kawan-kawan sekelas pun ada datang 4 orang, kalau tak ada 6 orang, 2 orang tak diizinkan untuk bertemu. Bayangkan 19 tahun @ hampir 20 tahun baru berjumpa selepas masing-masing habis SPM tak pernah jumpa. Jumpa jugak classmates yang aku admire dulu, dia pun tahu aku admire kat dia. Dulu!!! sekarang masing2 yang berumah tangga, aku je berumah tak bertangga, lif terus. Wife dia pun super duper meletop gaya bagai retis gitu. 

2 orang classmate aku, sorang datang solo, 3 orang dengan family yg paling hensem le tu aku admire, tapi bini dia x boleh lawan kikikiki
Berbalik pada majlis tadi, sedikit demi sedikit, orang datang. Tak sangka Ahkirnya ramai. Amat terharu ada yang sanggup menunggu sehingga moreh. Dan dapatlah bergambar kenang-kenangan beramai-ramai seperti gambar diatas. Kanak-kanak dapat la duit raya daripada YB.

Ini adalah projek aku, sebenarnya sepatutnya berdua, tapi tu la... aku dengan yang mereka-mereka yang bukan status pegawai yang buat kerja, itu pun syukur Alhamdulillah mereka sudi membantu apa yang patut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA