Selasa, 2 Disember 2014

Naik Cruise Tasek Putrajaya Pulak le kita!!!


Tak jauh pun aku berjalan di Putrajaya je, lama niat nak ajak Mak naik Cruise Tasek Putrajaya ni. Alhamdulillah tanggal 01.12.2014 jadi tarilh keramat,  Kononnya!!!! Makanya 3 generasi ini tercapai hasrat menaikinya dan mengelilingi kawasan sekitar Putrajaya.




Ingatkan Asyraaf je yang teruja  nak naik cruise ni, rupanya atok dia pun sama, suruh asyraaf ambik gambar guna telefon dia, nak tunjuk pada cucu kat kampung hehehehe. Macam2 hal. Eemmm.... Masa mula bergerak,  ada la sedikit taklimat berkaitan Putrajaya, aku pun tak berapa nak ingat. Kemudian semua dibenarkan keluar untuk ambil gambar atau menyaksikan wilayah persekutuan ke 3 di Malaysia ni.



Alhamdulillah memang rezeki, petang tak hujan. Maklum la sekarang ni musim tengkujur, kalau hujan memang tak dibenarkan keluar, antara sebab aku nak naik cruise ni sebenarnya nak tengok, pemandangan dari tasek ke rumah aku, dari rumah memang nampak tasik, dari tasik tak berapa clear, tapi nampak la jugak cuma jauh sikit, selalu nampak cruise lalu dan jadi pemerhati. So "ini kalilah" naik hehehe




Bagi yang nak cuba dan teringin bila sesekali ke Putrajaya ni boleh la. Macam aku ni, sekali pun jadi la kosnya tak la mahal sangat untuk warganegara RM 30 bagi dewasa, RM 20 child, 1/2 harga untuk warga emas RM 15. Ada pakej 2 dewasa 2 child RM 84, @ 2 dewasa 3 child RM 88, @ 2 dewasa 4 child RM 90++. Ber acon sesuai jugak kalau bawak baby.





Selain itu, ada juga ular dan burung kakak tua dipamerkan untuk pengunjung bergambar, mahai memang aku ta layan. RM 20 sekeping. Memang aku tak minat, tak de kepentingan. Asyraaf pulak nak main kayokal kih....kih....kih.... Itu nama aku yang beri sebab bukan Ahmad albab Yang punya Haah...  tak tau apa nama rasminya, bende alah tu macam basikal dan kene  kayuh. 20 minit RM 10 je, tapi Asyraaf main lebih 20 minit ajak makan pun tak nak masalah betul, dah makan pulak tak reti kenyang, aje pelik budak sorang ni perut dia dengan tong sampah lebih kurang, semua nak disumbat.



Sempat la jugak bergambar sekitar laman putra, Anak Dan cucu, aku nanti2 la tunggu pakai cun2 baru boleh snap pic cun2 huhuhuhu.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA