Khamis, 11 Disember 2014

Janji Di Tepati

Memang ada niat untuk ajar Asyraaf menabung walaupun ibu dia dah mula simpankan duit dia di Tabung Haji pada tahun kelahiran dia 2006. Masanya sampai dan sesuai bila Asyraaf bersekolah dari umur 5 tahun. Untuk galakan  belikan dia tabung yang murah je. Orang beri dia duit, duit raya dan baki duit belanja sekolah di simpan dalam tabung. Sentiasa aku ingatkan belanja tu jangan habiskan simpan duit dalam tabung, sampai la sekarang ni.




Sejak pengal kedua persekolahan di Putrajaya ni pun duit belanja sekolah dia RM 6. Tak tau la cukup ke tidak, memang macam banyak tapi sebenarnya sekolah pagi dan petang dan aku risau kalau dia tak cukup belanja. Mula-mula kata cukup, lepas tu kata tak cukup. Entah apa dia makan entah apa dia beli agaknya. Jadi butjet tahun depan mungkin sama atau mungkin bertambah.

Bab belanja sekolah aka makan asyraaf di sekolah aku tak berapa berkira sangat, kesian!!!! risau dia tak cukup makan, sekarang ni lagi la badan dia kurus. Kerap jugak aku membebel, makan yang berkhasiat, makan nasi lebih kenyang dan tahan lama. Ini entah makan apa entah "batang anjing" yang dia makan. Aku pun geli nak makan.

" Batang anjing" tu sosej sebenarnya. Sejarahnya masa cuti sabtu ahad zaman sekolah dulu aku selalu ikut mak kerja warung, saje cari duit lebih. Semasa aku basuh pinggan aku ternampak anjing mengawan, nampak le batang anjing, sebab tu le aku tak makan sosej "geli mak nyah" Batang anjing pun panjang dari batang orang huhuhuhu..... Alamak lucah le pulak!!!! hahahahaa....

Panjang jugak mukadimah aku, nak cerita pasal duit tabungan Asyraaf, tapi!!!!! merepek meraban, melucah pun ada aduhai!!!! Nak story yang aku dah simpan duit dia didalam Tabung Haji. Aku dah janji, cuti sekolah nak bawak Asyraaf simpan duit dalam bank. Nah!!!! hari ni dia ikut, masuk syiling dalam mesin kira2, tunggu guliran.

Aku sengaja ajar dia menyimpan dengan simpanan ni la boleh sambung belajar, beli kereta ke, beli rumah ke?Beli la apa yang dia nak, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau dah besar duit tu akan semakin banyak. Maklum la
duit dalam tabung di rumah tu dah bersih, ada pun saki baki duit syiling, seposen dua kot.

Akaun tabung haji ni memang bukak sejak Asyraaf kecil, simpankan duit raya dan orang bagi.

Nampak gayanya duit Asyraaf lebih banyak dari duit ibu di Tabung Haji, sebab ibu baru bukak akaun tabung haji tahun ni, hahaha... Poyo. Duit Asyrraf tu memang duit dia sendiri, ibu dia simpan pun untuk pulangkan duit dia yang ibu terpakai. Itu pun  tengah menghitung berapa banyak yang dah terpakai untuk dipulangkan. Kalau dah habis pulang tak de le ibu dia simpan lagi, sebab ibu nak simpan duit untuk masa depan ibu, termasuk merancang hidup lebih sempurna untuk kami berdua jugak.... 

Setiap tahun tabung haji akan bagi bonus, jadi tunggu je la bonus setiap tahun. Ibu dia akan siapkan apa yang mampu. Rancang nak buat insuran untuk Asyraaf, tapi macam tak berapa nak rajin. In syaa Allah ada rezeki lebih buat la....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA