Jumaat, 12 Disember 2014

Kawan v/s Kenal



Bila aku terlalu berdikari, bila apa jua aku uruskan sendiri, bila aku tak mengharapkan sesiapa, bila kawan-kawan sekadar kawan biasa, bila aku mengasingkan diri, bila aku hidup dalam dunia aku sendiri.............

Rupa-rupanya ada juga yang mengganggap tak perlu jadi begitu?????????? Diri aku, hidup aku, urusan aku..... merupakan tanggungjawab aku. Prinsip aku, selagi aku mampu lakukan sendiri selagi itu akan aku buat tanpa bergantung dan berharap belas kasihan dari sesiapa.




Kawan!!!!!!!!!! memang perlu, itu tidak aku nafikan, tapi dalam prinsip berkawan pulak, aku tak suka menyusahkan kawan2. Aku tak kisah kalau ketawa bersama tapi menangis untuk merasai kedukaan aku tak perlu bersama, kerana aku sendiri tidak  mahu berkongsi. Hanya orang tertentu akan aku kongsikan cerita. Itu pun setelah aku ada rasa percaya. Keikhlasan seseorang itu boleh diketahui walaupun tidak di luahkan. Maka ia bukan 1 paksaan, andai suka teruskan, andai tidak hentikan.




Aku memahami, setiap manusia ada masalah, ujian, dugaan masing2. Adakalanya kita sendiri pun tak tahu kalau tak diberi tahu, kerana  kawan pun memilih kawan yang dirasakan selamat dan percaya untuk berkongsi cerita. Walaupun begitu andai ingin berkongi cerita dengan aku, aku terbuka untuk mendengarnya.



Hidup aku pelbagai cabaran, dugaan yang dialami, sehingga 1 ketika aku rasa tak de siapa yang mampu membantu aku, walaupun ibu sendiri. Saat itu aku hanya menangis dan bersabar walaupun kesabaran itu antara ada dan tidak. Akhirnya keadaan yang tegang menjadi reda walaupun memerlukan masa yang melelahkan nafas aku menyerabutkan kepala hotak aku.. Ternyata Allah memberi dugaan untuk aku belajar bersabar kerana hanya Dia yang mampu membantu. Dari situ aku bersikap tenang andai tiba2 ada musibah menimpa, kerana aku tahu setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.... Ia satu proses yang aku lalui sendiri. Bukan pengalaman orang atau bacaan dimana2.

Aku bukan tidak suka berkawan atau anti sosial, tetapi memang hidup dari dulu begini, berkawan hanya dengan seorang dua. Pengalaman mengenali sikap manusia jugak mempengaruhi Siap aku agar sentiasa berhati-hati.

Bagaimana harus aku percaya konsep berkawan andai kawan makan kawan, andai kawan tak puas hati kawan lain berbaik2. Sikap sampai menyampai untuk mengeruhkan hubungan yang baik. Adalah sesuatu perkara yang pelik bila berhadapan seperti teman yang sangat baik tetapi di belakang seperti musuh ketat. Nauzzubillah... ini perangai manusia kebandaran barangkali.

Jadinya aku berkawan cukup sekadar kawan biasa, tiada niat untuk mengambil kesempatan, cukup sekadar menghormati sikap, cara, gaya, masing2. Andai tak suka aku sekadar bertegur sapa. Apa yang lebih penting aku sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua, tetapi tak de niat untuk merapati sesiapa kerana aku tak yakin untuk percaya.


Aku selesa dengan cara dan hidup aku begini, dan 1 perkara yang orang tak tahu, aku tak mahu ditudung menagih simpati, mengambil kesempatan, menyusahkan atau dituduh murahan hanya kerana mengharap pertolongan. Aku tak kisah andai berjuta hinaan terhadap aku, tetapi terlalu sedih dan pedih andai tuduhan dilempar sampai ke telinga aku. Kerana itu aku begini.......... kerana itu aku menyendiri......... dan cara begini serba sedikit mengurangkan umpat cela orang terhadap aku. Apa yang lebih penting aku bahagia dengan kehidupan aku.... biar nampak tak sempurna tapi bagi aku dah cukup sempurna, kerana dalam hidup ini tidak ada yang benar2 sempurna....

Satu perkara, kenal tu tidak  semestinya kawan, tapi kawan sudah pasti kenal. Ramai salah faham, mengenainya. Andai orang mengatakan mengenali aku, bukan bererti kawan aku, Dan bila bukan kawan adalah orang yang tak kayak be rada di Facebook, kerana bimbang salah faham, Dan bimbang kerana fb kononnya rapat dengan aku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA