Rabu, 13 Ogos 2014

Selesai 1 Hutang


Antara hutang yang aku tanggung untuk beberapa bulan. Aku masuk kuarters hujung bulan 12 2013, sampai la bulan 6, tak bebayo... tapi seronok duduk rumah tanpa bayar.... tapi lagi beronok ronok kene bayar sekali gus hahahhhaa.... Emm.. nak buat macam mane bukan salah aku, dah Johor buat sijil gaji akhir untuk aku lambat!!!!! macam mana HQ nak buat pemotongan gaji, johor masih bayar kalau johor baik sangat hati nak bayar gaji aku.

Oleh kerana tak nak tanggung bebaban tak diduga, aku buat keputusan bayar je la cash. Senang tak ya potong gaji. Kalau semua potong gaji apa yang tinggal..... slip gaji je la.... kesian... makan je la slip gaji tu ye!!!.. Tak sanggup aku, biak kebulok tak pe hahaha... slim lagi badan aku... Hehehe ini le orang bila hidup sendiri..... Yang penting aku tau menguruskan kewangan. Sikit cukup banyak Alhamdulilah...

Aku nak bayar sebelum raya lagi, tapi suruh bayar lepas raya, eemmm... ye la.... Aku simpan duit kat rumah je.... balik raya dengan selamba..... Mana boleh bayar kang kedai2 aku beli susah pulak. Aku ni bab berjimat pandai jugak tapi terlebih pandai bab2 berbelanja...... Doa je la semoga tak berlaku apa.apa. Alhamdulillah, tak ada apa pun yang berlaku.

Entah kemana suratnya aku pun tak tau, apa pun yang penting resit ini kene simpan, apa-apa hal ada bukti.



4 ulasan:

  1. banyaknya duit IDah...simpan duit dalam bantal ke apa ni??? tapi mmg betul la, suah bila hidup berhutang ni...kalau dah setel baru la rasa lega.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada le tempatnya misah selit sana selit sini, ini sebahagian dari 10 K yang saya dapat gaji bulan lepas. Gaji tertunggak.

      Padam
  2. saya selit juga duit..tapi asyik ingat jer kat mana saya selit...sebab tu akan habis juga duit walau selit celah mana...

    BalasPadam
  3. saya pelupa misah.... duit sekolah asyraaf dia yang ingat saya simpan kat ne? puasa sebulan semua lupa hehehehe

    BalasPadam

SESEDAP RASA