Lagu 5 Tahun Saja - Haida
Eh aku jatuh cinta
begini rasanya
ini tak biasa
Eh dia lebih muda
memang lebih muda
aku tak biasa
Memanglah cinta tak pandang usia
tapi tetap saja
buat ku tak selesa
Terlebih saat dia dekatiku
sikapnya seperti berkata
iya iya iyaa
Dik cuba dengarkan saya
usia kita berbeza lima tahun saja
dik sudikah kau menjadi kekasih hati ini
kita saling setia
Itulah saja ingin aku bicara
masih rencana tak tahu lagi bila
semoga saja masa itu kan tiba
bersama indahnya
Frist time terdengar lagu ni aku terus cari, hari ni aku dengar lagu ni berulang-ulang, sampai dua tiga orang tegur, asyik lagu ni jer.... Hehehee ada le tu kene mengena.... Tepat pulak tu 5 tahun.... Amboi terperli aku. Bukan le buah hati aku, sekadar berkawan je pun... apa salahnya, dia pun bujang trang tang tang... hahaha... bukan salah aku, dia yang beriya nak kawan... bila tau status aku pun dia still nak kawan... So aku kawan je la, yang penting bukan laki orang.
Tapi tu la "aku tak biasa" hahahaha..... dah la muda, kecik pulak tu, memang terasa macam adik-adik pulak. Kalau dulu masa aku bujang memang aku tak pandang lelaki muda dari aku walaupun beza setahun, sebaya pun aku tak minat, nak jugak cari lelaki lebih tua, beza dengan abah asyraaf pun 6 tahun. Baru betul boleh panggil abang kan!!!! hehehe.... kalau dah muda nak panggil apa.... ingat dulu masa kawan dengan kaz, dia suruh panggi B, aku tanya B tu apa.... dia kata hubby tak pun baby.... aduhai geli hulu hati aku mendengonya ingatkan bulat ke, berat ke, buncit ke, boroi ke, yang sesuai dengan badan dia yang gendut tu!!!! hahahahaha saje aku melawak kat dia.... kesian dia selalu kene perli dengan aku.... redha je la dia dengan peel aku, aku dengan dia hanya tinggal sejarah. Tutup cerita. Sekarang ni open minded sikit..... la kawan je pun kan.....
Cuma apa yang aku belajar, kematangan seseorang bukan kerana usia atau jaraknya, tetapi pengalaman dalam kehidupannya dan pembawakan diri dia dan yang penting sekali keikhlasan seseorang lelaki boleh digambarkan dengan sikap mereka. Kerana itu aku yakin dan percaya pada perkenalan dari pertemuan, mereka lebih menghormati perempuan. Hormat yang bagaimana??? Yang tak mengambil kesempatan.
Mungkin lelaki muda ni, tak berani nak macam-macam sebab kita tua dari dia, jadi cakapnya tak melampau tak menggatal atau lucah. Sikapnya agak terkawal tidak dengan sengaja nak sentuh santan bagai, dah kawin lain cerita peluk pun x pe, 1 terapi bagi wanita.... baca dalam majalah le entah ye entah kan tidak. Perkara yang lebih penting tak de nak ambik kesempatan untuk pinjam duit aku.... Itu yang aku pantang dengan perangai lelaki, lelaki kalau nak aku, mesti berkemampuan, kalau tak!!! boleh jalan. Memang boleh timbang rasa tapi sebelum halal tak de kompromi.
Kerana itu aku masih kekal dengan adik sorang ni. Walau pun muda, tapi tak mengada-ngada. Aku pun rasa selesa, walaupun muda tapi berani, bukan macam sesetengah lelaki, tak tau sebab apa, tapi tak suka kalau aku bawak anak. Dari situ aku boleh lihat keikhlasan seseorang lelaki. Apa pun keadaan aku tak harap apa-apa dari hubungan seorang kawan, cuma bila takdir menentukan itulah takdir kadak dan kadar aku, maka pada ketika itu aku harus redha. Lelaki yang kita suka bukan bererti baik untuk kita, yang penting lelaki yang boleh terima aku apa adanya. Bukan nak senang dengan apa yang aku ada dan tak sanggup dengan apa yang aku tiada. Moga Allah temukan aku dengan seseorang yang tinggi iman dan sabarnya.Amin!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan