Isnin, 18 Ogos 2014

Myvi XT




Pertamanya aku mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya aku dapat memiliki kenderaan 4 roda pulak sekarang ni. Memang betul2 masa yang tepat. Sebab selepas ni, Slip gaji ada potongan kuarters yang akan menyebabkan aku perlu ada penjamin. Dalam rasa nak tak nak, ye tak ye. Aku berhubung dengan budak Produa yang aku booking kereta masa Jom Heboh di Putrajaya, dimana masa tulah hendset aku rosak. 

Bosan dengan budak mira tu, aku ke produa Presint 15, dah memang nak beli so bayar la deposit RM 50 je pun. Dalam masa yang sama aku masih berurusan dengan si mira. Bila dah comform dengan Nazir dari Produa Presint 15, aku jalan je. Dijadikan cerita 4 bank call untuk merebut loan. Tapi aku beli kereta dengan nazzir, memang excellent servis dia. Seminggu lebih je proses da dapat kereta, kalau dalam seminggu je, oleh kerana booking no Johor so yang terlebih hari. Aku ok je.... Kereta pun dia hantar ke rumah.... dah ada kemudahan guna la. Nak suruh aku ambik, memang tak la mana aku tau bawak kereta, jadi penumpang selalu le.

Perasaan aku kali ni lain tak macam biasa kalau membeli  yang baru mesti teruja, tapi bila beli kereta macam orang tak de perasaan. Sebabnya bertambah lagi hutang aku. Kan !!!!!! Tapi kalau tak berhutang bila le pulak boleh dapat kereta. Keduanya, aku da la tak pandai bawak kereta, jadi perasaa tu takut yang lebih.

Sepatutnya serah hari khamis dimana pesawat MH17 ditembak jatuh. Oleh kerana meeting tak habis2, aku suruh hantar hari Jumaat pagi, Penghulu segala hari. Semoga ada keberkatan di sebalik pemilihan hari amin!!!!!.. Tapi dokumentasi memang tercatat tarikh yang sama MH 17 terhempas, maknanya ada lah memori yang sama antara negara dan aku huhuhuhuhu..... kononnya....

Aku pilih myvi je la.... warna ha!!!!! tu dia..... hijau beb.... my favorite color tu. Memang susah la nak nampak warna ni, nak pilih pink, macam dah banyak sangat kelihatan. So!!!! hijau jadi pilihan. Memang tak silap pilih la..... memang menarik hati aku.

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..tahniah IDah..dah ada kereta. Kereta automatik ke manual ni??? Mula-mula bawak kereta memang ada perasaan takut tapi bila dah bawak hari-hari dah hilang rasa takut Idah...Tapi seronok juga bila pandai bawak kereta kita leh ke sana ke sini tanpa perlu bayar tambang teksi yang semestinya mahal walaupun jarak dekat. Lagisatu kalau g shopping leh la bawak barang banyak2 sebab dah naik kereta... hahahaha

    BalasPadam
  2. hehehehe........ ni auto misah... saya beli kereta sebab fikirkan asyraaf misah, keselamatan dan keselesaan dia. Balik kampung susah.... Betul la kalau naik kenderaan awam banyak masa terbuang.. tapi seronok jugak... dapat tengok persekitaran TBS..... tapi bila kereta sendiri memang cepat, masa kita yang tentukan,..... sama ada kenderaan awam ke kenderaan sendiri memang keluar duit, kereta sendiri la lagi banyak bulanan, servis, minyak lagi....

    BalasPadam
  3. Sekarang dah boleh pandu sendiri ke?? Saya kereta pertama manual...dah 8 tahun saya bawak kereta tu ke sana sini. Skrg ambik kereta second hand yang auto pulak....cari yg bonet besar sebab boleh isi banyak barang bila balik kg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Da misah, sehari je belajar, tak sangka da balik tangkak 2 Kali, da sampai Jasin, da sampai muar hehehehe hati kering, kalau x usaha sendiri macam mane, x due org Lain yg boleh bergantung harap

      Padam

SESEDAP RASA