Selasa, 5 Ogos 2014

Air Tangan Sendiri



Aku dari dulu  lagi memang suka memasak, bila kata bertunang je, aku dah mula belajar masak memasak, p kije pun bawak bekal masa bekerja di Johor Bahru dulu. Aku tak pernah kisah dengan cara orang lain, aku buat hal aku dengan cara aku bawak bekal ke tempat kerja. Tak perlu fikir nak makan dimana, keluar ke mana. 

Bila kata dah kawin pulak, dan bila selalu memasak terasa jemu dengan menu yang sama setiap kali memasak. Mula belajar menu baru. Antara pilihan manu adalah di majalah mingguan wanita. Aku beli mingguan wanita bukan sebab rajin membaca, tapi sebab nak resipi hehehehhe.... Tapi dalam masa yang sama memang ada ilmu yang berguna yang boleh diadaptasikan dalam hidup berumah tangga. Cuma sekarang ni aku punya rumah tak punya tangga.... Tetapi sehingga kini aktiviti memasak masih aku lakukan, walaupun tak de pasangan tapi aku masih punya anak yang perlu diberi makan.




Bila cerita pasal memasak ni, aku suka memasak ada sebabnya. Orang tua-tua kata nak tambat hati suami dengan masakan kita, ini dulu-dulu punya cerita la.... Aku bukan jenis tinggi ilmu, belajar pun bukan tinggi mana. Tapi ilmu ada dimana-mana, sekarang ni maklumat hanya di hujung jari. Aku ada terbaca artikal mengenai ganjaran seorang isteri yang menyediakan makan minum untuk suami. MasyakAllah memang besar pahalanya. Tak sia-sia aku memasakkan!!!! walaupun untuk beberapa ketika cuma.
Tapi tu la apa yang memelikkan ramai isteri-isteri zaman sekarang kurang minat memasak. Memang mudah kalau beli. Tapi bersolek berjam-jam boleh pulak...huhuhuhu.  Sebenarnya memasak bukan perkara yang sangat susah, masa yang perlu untuk aku memasak hanya 1 jam. Aku yang sorang uruskan keluarga boleh je. Apa yang aku tak buat, mengemas, mengelap, mengemop, menyapu, membasuh, menyidai, melipat, mencuci pinggan dan tandas, menggosok baju, menunggang, memandu, memandikan anak, mengajar anak, menanggong kos sara hidup sedirian, Ha!!!! berapa punya banyak M.... Tapi 1 M boleh melumpuhkan segala M yang lain iaitu Malas..... Pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Memang pahala tak nampak, tapi kalau kerana ikhlas, bukan apa ganjaran yang diharapkan tetapi memadai kepuasan diri kerana dapat melakukan semuanya sendiri, selebihnya biarlah malaikat yang menilainya.
Memasak sendiri sebenarnya lebih bersih dari makan di kedai, isi kandungan makanan, pengambilan produk mesti kita akan memilih produk yang halal untuk diberikan kepada ahli keluarga yang disayangai. Aku pulak kalau memasak tak guna ajinomoto, cukup gula dan garam. Cuma lain orang lain la pulak caranya. Makanan yang disediakan kepada ahli keluarga juga salah 1 faktor untuk menjaga kesihatan dari segi pengambilan makanan. Aku memang sangat menitik beratkan pengambilan makanan seimbang, iaitu mesti ada sayuran, lauk pauk antara ikan, ayam atau daging, daging pun tak boleh makan hari-hari sebab lambat hadam dan tak lupa jugak buah-buahan. Masa Bulan Ramadhan lepas aku suka beli mangga, tak sangka Asyraaf pun suka mangga, mangga sebiji Asyraaf tinggalkan 2 potong jer untuk aku, "ini untuk ibu" katanya.... Hok Aloh.... bertuah punya anak, bab2 makan dia yang lebih, aku punya yang koret-koret....
Aku ni pak kal le hidup sendiri. Kalau anak orang kaya atau punya pasangan kaya raya. Aku sanggup berhenti kerja uruskan rumah tangga je jaga anak, jaga suami eh!!!!! suami pulak!!!, seronok tengok rumah kemas, anak segak ke sekolah, boleh la tumpukan masa mendidik dia di rumah. Tambah ilmu agama, maklum le aku ni cetek ilmu agamanya. Tapi tu la!!! angan-angan majnun!!!! Hakikatnya aku perlu berusaha untuk memiliki apa yang aku inginkan.... Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan. Semoga kesyukuran ini akan memberikan rezeki yang melimpah ruah dimasa akan datang amin!!!!!. 

4 ulasan:

  1. Saya dari dulu kini dan mungkin selamanya memang setiap hari masak IDah...Pergi kerja pun saya bawak bekal dari bujang sampai la sekarang. Memang betul kalau kita masak lebih jimat dan lebih bersih. Kalau makan kat kedai, mungkin basuh sayur atau lauk pauk cincai jer....yer la nak masak banyak, mana nak sempat cuci bersih macam kita masak kat rumah. Sampai pengarah Haji hamdan kata sana ni jawa kedekut...hari2 bawak bekal bungkus kertas....Tapi saya tak kesah yang penting saya tak menyusahkan orang dan tak mintak makan pada orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la misah..... besar pahalanya..... hanya orang yang macam kita yang memahami cara kita..... orang lain kaya sangat duit berlebih2...... atau malas.... sebab tu suka makan di luar......

      Padam
  2. kadang tu bila ada nasi makan malam tak habis, saya bungkus bawak bekal ke pejabat. Untuk anak saya masakkan nasi panas. Tak lah menyusahkan orang jaga anak, sekurang2 nya saya dah mudahkan pengasuh anak ...tinggal tuang dalam pinggan dan pandailah anak saya makan.

    Orang lain malu nak bawak bekal idah...yer la keje pejabat, tapi bawak bekal. Saya la yang hari2 makan bekal bungkus kertas ...org lain mana ada buat macam tu.

    BalasPadam
  3. dulu saya kat opis tasek selatan pun bawak bekal misah, tapi masuk dalam bekas @bekal. Masak malam tu, jarang join dia org mkn. Duit OT & TNT boleh simpan lagi, boleh bagi mak, gaji pun cukup walaupun masa tu 600++ je .....

    BalasPadam

SESEDAP RASA