Ahad, 31 Ogos 2014

Merdeka Punya Cerita

Pada dasarnya Aku memang tak bertugas, tapi arahan last minutes. Terima je la, memang macam ni le kerja kat sini. Layannnnnn.......

Pepagi buta da bersiap jam 3 lebih, nasib baik Asyraaf nak bangun sebab nak tengok sambutan merdeka, kalau dia tak bangun, memang Aku tak pergi. Setakat Aku sorang tak pergi tak ada masalah punya sikit pun tak cacat persembahan.

Selepas selesai acara perbarisan menteri bergambar dengan kumpulan koir. Main gitar je, tu pun maiming huhuhuhu.... Tapi selepas tu menteri datang kat aku dan kami2 org yg duk memegang gitar. Aku pun ambil peluang bergambar dengan menteri KKMM.

tada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Masa ni la menteri bisik,  datang makan tengahari. Tapi selepas selesai, tak de siapa pun pelawa, maklum le semua untuk koir kan!!!!! Dalam group whatapp pun bukan ingat Anak buah . It's OK la, selesai hantar gitar ke hotel. Aku dengan pemuzik ke laman aset negara, di stadium merdeka. Makan siap2. Baru gerak lokasi show buskers d padang merbok. 

Sesampai je kat tempat tu, Aku turun Ven, belepuk!!!!!!! Henset Aku jatuh pulak, pecah pulak skreennya, aduhai penning kepala Aku, mula-mula pagi2 terhilang, tertinggal d hotel masa nak ambik seluar pemuzik, beriya aku mengikut ingat ada untuk aku jugak, huhuhuhu..... tak de rezeki, orang tak penting pun kan!!!!

Tapi bila da dapat semula telefon, pecah pulak. Agak penting jugak kepala aku. Sangkak betul la 31 ogos 2014. Serba tak kene. La ni lom repair lagi  Nokia XL. Tak pe la, dari hilang, pecah pun pecah la, masih boleh digunakan lagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA