Ahad, 31 Ogos 2014

Merdeka Punya Cerita

Pada dasarnya Aku memang tak bertugas, tapi arahan last minutes. Terima je la, memang macam ni le kerja kat sini. Layannnnnn.......

Pepagi buta da bersiap jam 3 lebih, nasib baik Asyraaf nak bangun sebab nak tengok sambutan merdeka, kalau dia tak bangun, memang Aku tak pergi. Setakat Aku sorang tak pergi tak ada masalah punya sikit pun tak cacat persembahan.

Selepas selesai acara perbarisan menteri bergambar dengan kumpulan koir. Main gitar je, tu pun maiming huhuhuhu.... Tapi selepas tu menteri datang kat aku dan kami2 org yg duk memegang gitar. Aku pun ambil peluang bergambar dengan menteri KKMM.

tada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Masa ni la menteri bisik,  datang makan tengahari. Tapi selepas selesai, tak de siapa pun pelawa, maklum le semua untuk koir kan!!!!! Dalam group whatapp pun bukan ingat Anak buah . It's OK la, selesai hantar gitar ke hotel. Aku dengan pemuzik ke laman aset negara, di stadium merdeka. Makan siap2. Baru gerak lokasi show buskers d padang merbok. 

Sesampai je kat tempat tu, Aku turun Ven, belepuk!!!!!!! Henset Aku jatuh pulak, pecah pulak skreennya, aduhai penning kepala Aku, mula-mula pagi2 terhilang, tertinggal d hotel masa nak ambik seluar pemuzik, beriya aku mengikut ingat ada untuk aku jugak, huhuhuhu..... tak de rezeki, orang tak penting pun kan!!!!

Tapi bila da dapat semula telefon, pecah pulak. Agak penting jugak kepala aku. Sangkak betul la 31 ogos 2014. Serba tak kene. La ni lom repair lagi  Nokia XL. Tak pe la, dari hilang, pecah pun pecah la, masih boleh digunakan lagi.





Sabtu, 30 Ogos 2014

Kasut Celeste & Edric



Beberapa hari ni aku kerja di KL Sentral, huhuhuhu memang dekat dengan media kasut ni, apa yang menarik dari jauh da nampak harga..... Dan beberapa hari Aku pandang dari jauh. 

Tiba-tiba teringin nak beli kasut. Tak pasti brand bagus ke tak, dan beli bukan kerana jenama, aku pun tak mampu, tapi sebab murah 30 hinggit je, Aku pun beli,  yang pasti kasut ni nak pakai untuk 31 Ogos. Tapi tu la "merah mak ngah" huhuhuhu.... 


Nak beli warna hitam da ada walaupun bertumit, nak beli putih, putih le pulak, takut cepat kotor nak-nak aku yang pakai kan!!!! Biru x Kene dengan baju, lagi la kalau kuning lari jauh dari baju yang nak d pakai masa 31 Ogos nanti.Ha tu dia, nak beli warna pun ikut warna bendera huhu, boleh gitu. Itu pasal pilih merah sebab warna baju hitam, putih, merah. Hahahaha.. Gitu pulak!!!!!

But not bed la, cute jugak kasut ni, material dari baldu, simple design harap selesa, in syaa Allah, tumit pun tak de. Da try tu.

Aku da plan baik punya, skaf tudung merah, tudung Putih & hitam, seluar hitam, kalau tak dapat seluar subsidi kerajaan la huhuhuhu......

Eh!!!!!! Panjang pulak ceritanya. Sekian sadakallahhulazim...... Da mcm mengaji le pulak.... What ever!!!!!!! Huhuhuhu...



Selasa, 26 Ogos 2014

Selesai Sudah


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku melepasi puasa enam walaupun di penghujung shawal. Dalam keadaan sebok dengan kerja dengan jamuan bagai, sampai terpaksa berpuasa pada hari ahad baru ni. Memang tahun ni puasa nam dalam sejarah sebab aku tak pernah berpuasa pada hari cuti. Oleh kerana memang nekad aku puasa jugak walaupun tak berapa nak sahur kat tangkak, balik pulak ke Putrajaya, aku memang nak puasa, makanya genaplah 6 hari pada hari Isnin.

Seronok rasanya nasib baik, tak piriot, siap niat dalam hati "Ya Allah!!! izinkanlah aku cukupkan puasa enam ni". Niat yang baik, Alhamdulillah di balas baik. Nasib tu menang tersangat baik la Tub2 lepas cukup  puasa 6 semalam, hari ni aku  piriot... Ha!!!! tu dia baru betul raya hahahaha!!!!

Aku dah puasa tak mencatit, lupa pulak masa puasa tu start bila rasa pada 13hb aku puasa, tapi rasa macam was-was, itu yang kelam kabut, tak pe la biar lebih jangan kurang dan yang penting sekali aku dapat puasa enam, bayar cuti puasa ramadhan dan niat puasa sunat yang mana pada hari Isnin dan Khamis.

Cerita pasal puasa sunat ni. Dulu aku rajin jugak puasa sunat, masa anak kecil, masa tu kerja tak macam sekarang jadi setakat puasa isnin Khamis tak jadi masalah. Cuma sekarang ni, macam2 kerja. Bila terkene pada Hari Isnin atau Khamis. Aku memang tak puasa. Aku nak puasa bila Isnin dan Khamis memang tak de kije. Kadang-kadang meeting la bagai. 

Lebih-lebih lagi kerja sekarang lebih rencam dan banyak pergerakkan. bukan setakat duk setempat. Kalau aku duk setempat memang aku tengah takde kije le tu... Apa pun lepas ni aku nak terus puasa sunat Isnin Khamis. Harap-harap dapat la.

Isnin, 25 Ogos 2014

Safi Minyak Zaitun



Pilihan aku memang banyak ikut pada harga, kalau murah pilih yang murah. Tetapi selalu guna Safi, Minyak zaitun ni banyak kegunaannya, boleh dikatakan untuk seluruh tubuh badan. 

Tapi aku guna hanya  untuk 3 tempat, disebahagian badan kulit yang meregang dan betis sebab kering. Memang sentiasa ada dalam tandas lepas mandi lap badan terus pakai, selepas mandi memang masa yang sesuai disapu pada kulit kerana tengah lembab. 


Ahad, 24 Ogos 2014

Nivea Fruity Shine Cherry Lips



Lip glose nivea no antara pilihan, menang banyak pilihan.Bibir Aku ni memang sentiasa bergantung dengan pelembab, kalau tidak bibir akan kering, lebih menyakitkan bila bibir terkoyak akibat kekeringgan. Memang pantang Teresa ada kulit kering di bibir,tangan ni rasa nak kopek je. Tu yang jadi bibir berdarah.

Jadi ini adalah pilihan terbaik, Dan serasi dengan bibir Aku. Ke pejabat jarangpakai lipstick, cukup sekadar lips gloss ni.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Ambi Pur Car Vent Clips



Biasalah semua orang yang memiliki kereta akan membeli pewangi untuk kereta. Aku memilih Ambi Pur Car Vent Clips sebab warnanya. Hehehehehe!!!! Aku kan memang semua nak hijau.

Memang tak menghampakan baunya memang sedap. Ini antara keluaran terbaru dari Ambi Pur rasanya sebelum ni macam tak nampak, atau mungkin sebab aku yang  tak pernah perasan, maklum le sebelum ni tak de kereta. 

Jenis ini sesuai untuk orang yang ada anak kecil dan tak reti duk diam. Dengan bentuknya yang kecil dan tak tertumpah atau lebih senang cakap "pakai buang" je. Jadi lebih selamat. Sekian terima kasih.

Agak-agak aku boleh tak jadi duta Ambi Pur.... hahahaha dah tu tolong iklan dalam blog sendiri... lom masuk dalam sesaljubayu lagi. Lagi le laku huhhuu....

Khamis, 21 Ogos 2014

Pengalaman Yang Tak Berpengalaman


Ceh cerita pasal kereta lagi ek!!!!! Tak pe la yang penting cerita pasal diri sendiri. Kereta green love ni sudah genap sebulan  bersama aku, Alhamdulillah harap semuanya OK hingga ke Akhirnya. Semoga Allah sentiasa melindungi aku, hanya pada-Nya aku berlindung dan memohon perlindungan Amin!!!!!!.

Bukan setakat sebulan je tapi hampir ke 1000 km, masa pun dah sampai untuk servis. Aku ambik cuti disamping nak rehat, rehat ke???? memang tak la!!! Asyraaf pun tak sekolah demam, dia la jadi body gruad aku. Bukan setakat servis, sempat jugak cuci kereta luar dan dalam RM16,emm tak pe la yang penting puas hati tak susah di alamanda je.... senang... tak perlu mengunggu, letak je kereta p la merayap syoping, kononnya!!!.  Tak cukup itu, aku beli khas perfume untuk kereta ni.... wah!!!!!! sungguh wangi. Seharian habiskan masa memanjakan green love aku ni dengan si bujang aku... bershoping menghabiskan duit beli pewangi kereta dan rumah serta pencuci rumah.

Tapi disebalik kereta ni, ada cerita yang terselindung sebelumnya aku membeli kereta. Aku memang tak tau memandu. Lesen je ada dah bertahun-tahun. Lepas dapat kereta pada hari Jumaat hari Sabtu aku terus belajar bawak kereta pulak,  memang da masuk dalam perancangan ni  hehehehehe...... 

Dari tengahari sampai ke petang sampai ke nilai pulak tu, berbuka pun di nilai. Bila dah belajar perasaan teruja untuk memandu tu lain macam. Wah!!!! esoknya lepas sahur dengan baju tidur dengan tak mandi, memang tak la kalau tak kije pepagi buta nak mandi  hehehehe.... sempat merayap ke kawasan parking di opis, masjid putra, ke pasar tani. Ceh!!!! ambik side konon2nya dan beberapa kali jugak bawak ke opis sebelum raya. Sampai jugak ke Cyberjaya, majlis berbuka. Di pwendekkan cerita balik

memang da ada niat dalam hati balik kampung nak bawak kereta Keinginan aku sangat kuat, bila terasa betapa susahnya membawa barang dan anak bila menaiki kenderaan awam. Maklum le banyak barang nak bawak penuh bonet kereta, walaupun 2 beranak. Makanya balik aku bawak kereta, dengan tak pernah lalu jalan tu, dengan keadaan baru memandu. Aku hanya ingat pesan pandu ikut lorong. 

Aku sendiri terkejut dengan kemempuan sendiri eceh!!!! kononnya. Tapi itu le perasaan yang aku rasai. Aku tak sangka sebegitu berani aku membawa kereta dalam perjalanan yang jauh 2 jam, jam 5 pagi selepas sahur. Tapi da nama pun kereta baru tak boleh memandu lebih 90 k/j, tapi aku terlajak jugak. Kenderaan lain belesap lesup punya laju. Aku orang hoon pun aku buat tak kisah, perasaan takut tu..... macam x de perasaan. Main minyak je la tak sudah. Dalam keadaan cuak aku boleh sampai ke Mydin Jasin, dengan mak akak dan anak2 buah, anak aku sekali. Sampai pulak aku ke Muar, balik lalu jalan biasa. 

Aku tak sangka aku seberani itu. Bila dah memandu ni. Perasaan berbeza dengan menunggang. Bawak kereta memang rasa lebih selamat. Bila aku cerita dengan kengkawan. Aku dikata "hati kering" aka berani. mau tak berani, dah macam-macam pengalaman hidup yang aku lalui. Tiada sesiapa untuk bergantung dan boleh diharapkan kalau bukan dengan usaha sendiri.

Tapi perkara yang menyentuh perasaan aku, bila bos gegirl aku cakap dia bangga tengok perubahan ke kemajuan, dari dulu dengan kenderaan awam, sekarang ada kenderaan sendiri. Emm....Alhamdulillah.... semuanya atas izin-Nya.

Isnin, 18 Ogos 2014

Myvi XT




Pertamanya aku mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya aku dapat memiliki kenderaan 4 roda pulak sekarang ni. Memang betul2 masa yang tepat. Sebab selepas ni, Slip gaji ada potongan kuarters yang akan menyebabkan aku perlu ada penjamin. Dalam rasa nak tak nak, ye tak ye. Aku berhubung dengan budak Produa yang aku booking kereta masa Jom Heboh di Putrajaya, dimana masa tulah hendset aku rosak. 

Bosan dengan budak mira tu, aku ke produa Presint 15, dah memang nak beli so bayar la deposit RM 50 je pun. Dalam masa yang sama aku masih berurusan dengan si mira. Bila dah comform dengan Nazir dari Produa Presint 15, aku jalan je. Dijadikan cerita 4 bank call untuk merebut loan. Tapi aku beli kereta dengan nazzir, memang excellent servis dia. Seminggu lebih je proses da dapat kereta, kalau dalam seminggu je, oleh kerana booking no Johor so yang terlebih hari. Aku ok je.... Kereta pun dia hantar ke rumah.... dah ada kemudahan guna la. Nak suruh aku ambik, memang tak la mana aku tau bawak kereta, jadi penumpang selalu le.

Perasaan aku kali ni lain tak macam biasa kalau membeli  yang baru mesti teruja, tapi bila beli kereta macam orang tak de perasaan. Sebabnya bertambah lagi hutang aku. Kan !!!!!! Tapi kalau tak berhutang bila le pulak boleh dapat kereta. Keduanya, aku da la tak pandai bawak kereta, jadi perasaa tu takut yang lebih.

Sepatutnya serah hari khamis dimana pesawat MH17 ditembak jatuh. Oleh kerana meeting tak habis2, aku suruh hantar hari Jumaat pagi, Penghulu segala hari. Semoga ada keberkatan di sebalik pemilihan hari amin!!!!!.. Tapi dokumentasi memang tercatat tarikh yang sama MH 17 terhempas, maknanya ada lah memori yang sama antara negara dan aku huhuhuhuhu..... kononnya....

Aku pilih myvi je la.... warna ha!!!!! tu dia..... hijau beb.... my favorite color tu. Memang susah la nak nampak warna ni, nak pilih pink, macam dah banyak sangat kelihatan. So!!!! hijau jadi pilihan. Memang tak silap pilih la..... memang menarik hati aku.

Sabtu, 16 Ogos 2014

In2It Eye Shadows



Ini koleksi raya.... kononnya!!!!! la... Aku ni bukanya pakai sangan bendealah ni. Kadang-kadang je bila ada  mood nak bersolek.  Terminat pulak tengok warnanya. 

Natural, tak de koleksi aye shadows warna ni. Belia la.... Pakainya kadang-kadang, yang ada pulak tak terpakai. Aku bukan retis nak cantik-cantik ke opis kang orang salah tengok kata aku pulak artis, kesian kat artis tak boleh cari makan hehehehehe

Jumaat, 15 Ogos 2014

Ambi Pur - Lavender Breeze



Inilah dia antara pilihan pewangan rumah. Sebenarnya bukan ambi pur je yang digunakan air wick pun ada, semua jenama ada keistimewaannya sebab wangian setiap produk berbeza. Tapi Bila aku beli baru air wick macam bermasalah so beli la ambi pur. Wangian yang best ambi pur ni bamboo.... memang best.

Pewangi untuk rumah ni, bergantung kepada masing-masing. Ada yang suka ada yang tak kisah. Bukan wajib ada pun untuk rumah, asalkan rumah bersih itu kira dah OK la. 

Cuma aku ni memang suka bau-bauan atau wangi-wangian. Selesa, segar dan tenang rasanya bila rumah harum. Bila terasa rumah dah tak berbau hidung aku ni tau2 je. Hati mula le tak senang, Aku suka haruman yang lembut. 

Khamis, 14 Ogos 2014

Women Shoes Polo Hill


Inilah dia kasut raya aku. hehehehehehee memang tak canitk dan tak glamour macam orang lain. Tujuan aku beli kasut ni sebab menutup aurat hehehe... Selain tu senang tapaknya pun tak tinggi mana dan selesa sebab getah. Memang selesa untuk dipakai.

Sebenarnya aku beli ni untuk ke opis je. Sampai di opis beratur kasut yang lain, siap kasi orang pulak tu. Kasut ni murah je, tengah offer. Sebelum ni pun nak beli tapi tak jadi. Oleh kerana nak raya, so konon2nya kasur raya la. 

Aku kalau beli kasut, selalunya ada bunga ke, reben ke, kupu-kupu ke..... ala!!!!! perempuan sangat kan.... Aku memang perempuan bukan betina... yang rupa macam perempuan tapi semua tak tau huhuhuhhu....




Rabu, 13 Ogos 2014

Selesai 1 Hutang


Antara hutang yang aku tanggung untuk beberapa bulan. Aku masuk kuarters hujung bulan 12 2013, sampai la bulan 6, tak bebayo... tapi seronok duduk rumah tanpa bayar.... tapi lagi beronok ronok kene bayar sekali gus hahahhhaa.... Emm.. nak buat macam mane bukan salah aku, dah Johor buat sijil gaji akhir untuk aku lambat!!!!! macam mana HQ nak buat pemotongan gaji, johor masih bayar kalau johor baik sangat hati nak bayar gaji aku.

Oleh kerana tak nak tanggung bebaban tak diduga, aku buat keputusan bayar je la cash. Senang tak ya potong gaji. Kalau semua potong gaji apa yang tinggal..... slip gaji je la.... kesian... makan je la slip gaji tu ye!!!.. Tak sanggup aku, biak kebulok tak pe hahaha... slim lagi badan aku... Hehehe ini le orang bila hidup sendiri..... Yang penting aku tau menguruskan kewangan. Sikit cukup banyak Alhamdulilah...

Aku nak bayar sebelum raya lagi, tapi suruh bayar lepas raya, eemmm... ye la.... Aku simpan duit kat rumah je.... balik raya dengan selamba..... Mana boleh bayar kang kedai2 aku beli susah pulak. Aku ni bab berjimat pandai jugak tapi terlebih pandai bab2 berbelanja...... Doa je la semoga tak berlaku apa.apa. Alhamdulillah, tak ada apa pun yang berlaku.

Entah kemana suratnya aku pun tak tau, apa pun yang penting resit ini kene simpan, apa-apa hal ada bukti.



Selasa, 12 Ogos 2014

Tugas Khas Kononnya


Ini semua kerana Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 18 Ogos akan datang. Oleh keranajabatan khususnya bahagian memerlukan tenaga kerja untuk edarkan ini, maka aku sukarela offer diri untuk edar tapi untuk block aku jer....

Tapi bila masuk meeting, makanya bukan block A sahaja, aku bahagi dua dengan kawan yang duduk 18R8... so aku ambik A,B,C dan dia ambik D,E,F... Dapatnya pada 11hb Isnin. 

Ceh dia org buat group whatapp..... Mak aiiii... rajinnya aku dah nak tidur dengan baju kelawo.... dia post pic tengah edar flyer. Tercabar sungguh aku, jam...jam tu jugak aku tukar baju.

9.30 pm aku gerak dengan asyraaf. biasalah block aku dulu.... Best jugak dapat tengok rumah orang, walaupun hanya dari pintu depan. Aku ingat rumah aku je ada alas kaki depan pintu, rupanya ramai... Jadi tak pelik la kalau aku letak alas kaki depan pintu. Rumah aku tu pintu bilik dengan stor je tak de alas kaki. Cakap je tak reti beralas.... hwaaa... kah..kah..kah...


Siap aku ajar asyraaf macam mane nak letak kat grill supaya tak jatuh. Habis aku edar ke 3, 3 block, mak ai dalam diam2, 2 jam rupanya. Penat boleh tahan menggengkang aku dibuatnya, penat bukan mainan. Yang aku geram, last house asyraaf boleh cakap tak tahan... nak terkencing.... dan terkencing dalam liff dengan sengaja.... Mak iiiiii, sakit kepala otak aku. Nak main, nak makan, nak jalan, nak berak pun tau cakap.... kencing tak tau nak cakap.... hangin aku 1 badan....


Tub2 hari selasa aku dapat tau, flyer yang terdiri daripada kopon cabutan bertuan dan makluman majlis tu KIV dulu.... Hok aloh!!!!!.... punya le penat aku buat, punya le gayat bila tinggkat makin tinggi. Sekarang tak jadi cabutan bertuah.... Nampaknya memang tak bertuah betul nasib aku. Dalam banyak2 program jabatan ini kira paling kelam kabut kerana mayat pesawat  MH17 akan kembali. Dari tarih 16 pinda 18, dari malam ke petang, sekarang pagi pulak, tempatnya dari Istana kehakiman ke Perbadanan Putrajaya kembali semula lokasi asal di Istana Kehakiman.....

Eeemm...  macam2 hal.... kalau nak cerita esok lusa tak habis. Boleh buat drama berepisod... hahahaha... SEKIAN... 

Isnin, 11 Ogos 2014

Beng tangan dan Kasut Vincci Hitam





Inilah antara pilihan kasut dan beg dari Vincci, bukan 1 set tapi di suai padan biar nampak Matching.   

Mungkin ini antara jenama pilihan aku untuk seterusnya, Ini je la yang mampu jenama lain tu lagi le mahal maklum le Alamanda bukan mudah dapat barang murah. Rata-rata kasuk memang tak de yang bawah seratus. Tapi di Vincci ada pilihan nak yang mahal atau yang murah pun ada. Di Vincci kasut harga RM 20++ masih ada tapi yang lama aka tak laku kot.... so jual la berlambak.... berbanding di tempat@jenama lain, susah nak jumpa.



Sabtu, 9 Ogos 2014

Nivea Extra Whitening Deodorant Roll-on



Deadorant pilihan aku sejak bertahun-tahun ini lah dia Nivea Deo 24 Hr Extra Whitening Deodorant Roll-on. Lebih selesa dengan jenis Stick sebab dia tak melekit. 


Bila dan selesa dengan deadoran ini, makanya hanya ini lah aku gunakan, biasalah siapa tak tau ia untuk apa, bukan perisa makanan tapi perisa tubuh badan yang asam macam aku. Bila badan berbau inilah ubatnya. Kalau tak pakai bangla dengan aku pun tak boleh beza hahahaha...


Khamis, 7 Ogos 2014

Haida - 5 Tahun Saja



Lagu 5 Tahun Saja - Haida 

Eh aku jatuh cinta
 begini rasanya
 ini tak biasa

 Eh dia lebih muda
 memang lebih muda
 aku tak biasa

 Memanglah cinta tak pandang usia
tapi tetap saja
buat ku tak selesa 

 Terlebih saat dia dekatiku
 sikapnya seperti berkata
 iya iya iyaa

Dik cuba dengarkan saya 
usia kita berbeza lima tahun saja 
dik sudikah kau menjadi kekasih hati ini 
kita saling setia 

 Itulah saja ingin aku bicara 
masih rencana tak tahu lagi bila 
semoga saja masa itu kan tiba 
bersama indahnya


Frist time terdengar lagu ni aku terus cari, hari ni aku dengar lagu ni berulang-ulang, sampai dua tiga orang tegur, asyik lagu ni jer.... Hehehee ada le tu kene mengena.... Tepat pulak tu 5 tahun.... Amboi terperli aku. Bukan le buah hati aku, sekadar berkawan je pun... apa salahnya, dia pun bujang trang tang tang... hahaha... bukan salah aku, dia yang beriya nak kawan... bila tau status aku pun dia still nak kawan... So aku kawan je la, yang penting bukan laki orang. 

Tapi tu la "aku tak biasa" hahahaha..... dah la muda, kecik pulak tu, memang terasa macam adik-adik pulak. Kalau dulu masa aku bujang memang aku tak pandang lelaki muda dari aku walaupun beza setahun, sebaya pun aku tak minat, nak jugak cari lelaki lebih tua, beza dengan abah asyraaf pun 6 tahun. Baru betul boleh panggil abang kan!!!! hehehe.... kalau dah muda nak panggil apa.... ingat dulu masa kawan dengan kaz, dia suruh panggi B, aku tanya B tu apa.... dia kata hubby tak pun baby.... aduhai geli hulu hati aku mendengonya ingatkan bulat ke, berat ke, buncit ke, boroi ke, yang sesuai dengan badan dia yang gendut tu!!!! hahahahaha saje aku melawak kat dia.... kesian dia selalu kene perli dengan aku....  redha je la dia dengan peel aku, aku dengan dia hanya tinggal sejarah. Tutup cerita. Sekarang ni open minded sikit..... la kawan je pun kan.....

Cuma apa yang aku belajar, kematangan seseorang bukan kerana usia atau jaraknya, tetapi pengalaman dalam kehidupannya dan pembawakan diri dia dan yang penting sekali keikhlasan seseorang lelaki boleh digambarkan dengan sikap mereka. Kerana itu aku yakin dan percaya pada perkenalan dari pertemuan, mereka lebih menghormati perempuan. Hormat yang bagaimana??? Yang tak mengambil kesempatan.

Mungkin lelaki muda ni, tak berani nak macam-macam sebab kita tua dari dia, jadi cakapnya tak melampau tak menggatal atau lucah. Sikapnya agak terkawal tidak dengan sengaja nak sentuh santan bagai, dah kawin lain cerita peluk pun x pe, 1 terapi bagi wanita.... baca dalam majalah le entah ye entah kan tidak. Perkara yang lebih penting tak de nak ambik kesempatan untuk pinjam duit aku.... Itu yang aku pantang dengan perangai lelaki, lelaki kalau nak aku, mesti berkemampuan, kalau tak!!! boleh jalan. Memang boleh timbang rasa tapi sebelum halal tak de kompromi.

Kerana itu aku masih kekal dengan adik sorang ni. Walau pun muda, tapi tak mengada-ngada. Aku pun rasa selesa, walaupun muda tapi berani, bukan macam sesetengah lelaki, tak tau sebab apa, tapi tak suka kalau aku bawak anak. Dari situ aku boleh lihat keikhlasan seseorang lelaki. Apa pun keadaan aku tak harap apa-apa dari hubungan seorang kawan, cuma bila takdir menentukan itulah takdir kadak dan kadar aku, maka pada ketika itu aku harus redha. Lelaki yang kita suka bukan bererti baik untuk kita, yang penting lelaki yang boleh terima aku apa adanya. Bukan nak senang dengan apa yang aku ada dan tak sanggup dengan apa yang aku tiada. Moga Allah temukan aku dengan seseorang yang tinggi iman dan sabarnya.Amin!!!!!!

Rabu, 6 Ogos 2014

Lifebuoy Body Wash



Mandian lifebouy ni antara kegemaran aku. Lebih kurang macam dettol la jugak berubat berbanding banyak produk mandian untuk cerah, untuk lembab atau sekadar wangi.

Aku suka yang ini sebab banyak buih, dan banyak-banyak mandian dari lifebuoy, yang biru tua ini juga jadi pilihan. Wangiannya buat aku tertarik yang lain-lain tu rasanya macam biasa je atau senang cerita bau dia tak sedap dihidung aku. 

Dah lama juga aku menggunakan lifebuoy ni, mencecah tahun jugak le, selesa dengan bau dan buih yang memang banyak kalau dibanding dengan mandian lain. Sebab tu bila try yang lain kembali memilih yang ini jugak, buih yang banyak boleh menyental 1 badan.

Selasa, 5 Ogos 2014

Air Tangan Sendiri



Aku dari dulu  lagi memang suka memasak, bila kata bertunang je, aku dah mula belajar masak memasak, p kije pun bawak bekal masa bekerja di Johor Bahru dulu. Aku tak pernah kisah dengan cara orang lain, aku buat hal aku dengan cara aku bawak bekal ke tempat kerja. Tak perlu fikir nak makan dimana, keluar ke mana. 

Bila kata dah kawin pulak, dan bila selalu memasak terasa jemu dengan menu yang sama setiap kali memasak. Mula belajar menu baru. Antara pilihan manu adalah di majalah mingguan wanita. Aku beli mingguan wanita bukan sebab rajin membaca, tapi sebab nak resipi hehehehhe.... Tapi dalam masa yang sama memang ada ilmu yang berguna yang boleh diadaptasikan dalam hidup berumah tangga. Cuma sekarang ni aku punya rumah tak punya tangga.... Tetapi sehingga kini aktiviti memasak masih aku lakukan, walaupun tak de pasangan tapi aku masih punya anak yang perlu diberi makan.




Bila cerita pasal memasak ni, aku suka memasak ada sebabnya. Orang tua-tua kata nak tambat hati suami dengan masakan kita, ini dulu-dulu punya cerita la.... Aku bukan jenis tinggi ilmu, belajar pun bukan tinggi mana. Tapi ilmu ada dimana-mana, sekarang ni maklumat hanya di hujung jari. Aku ada terbaca artikal mengenai ganjaran seorang isteri yang menyediakan makan minum untuk suami. MasyakAllah memang besar pahalanya. Tak sia-sia aku memasakkan!!!! walaupun untuk beberapa ketika cuma.
Tapi tu la apa yang memelikkan ramai isteri-isteri zaman sekarang kurang minat memasak. Memang mudah kalau beli. Tapi bersolek berjam-jam boleh pulak...huhuhuhu.  Sebenarnya memasak bukan perkara yang sangat susah, masa yang perlu untuk aku memasak hanya 1 jam. Aku yang sorang uruskan keluarga boleh je. Apa yang aku tak buat, mengemas, mengelap, mengemop, menyapu, membasuh, menyidai, melipat, mencuci pinggan dan tandas, menggosok baju, menunggang, memandu, memandikan anak, mengajar anak, menanggong kos sara hidup sedirian, Ha!!!! berapa punya banyak M.... Tapi 1 M boleh melumpuhkan segala M yang lain iaitu Malas..... Pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Memang pahala tak nampak, tapi kalau kerana ikhlas, bukan apa ganjaran yang diharapkan tetapi memadai kepuasan diri kerana dapat melakukan semuanya sendiri, selebihnya biarlah malaikat yang menilainya.
Memasak sendiri sebenarnya lebih bersih dari makan di kedai, isi kandungan makanan, pengambilan produk mesti kita akan memilih produk yang halal untuk diberikan kepada ahli keluarga yang disayangai. Aku pulak kalau memasak tak guna ajinomoto, cukup gula dan garam. Cuma lain orang lain la pulak caranya. Makanan yang disediakan kepada ahli keluarga juga salah 1 faktor untuk menjaga kesihatan dari segi pengambilan makanan. Aku memang sangat menitik beratkan pengambilan makanan seimbang, iaitu mesti ada sayuran, lauk pauk antara ikan, ayam atau daging, daging pun tak boleh makan hari-hari sebab lambat hadam dan tak lupa jugak buah-buahan. Masa Bulan Ramadhan lepas aku suka beli mangga, tak sangka Asyraaf pun suka mangga, mangga sebiji Asyraaf tinggalkan 2 potong jer untuk aku, "ini untuk ibu" katanya.... Hok Aloh.... bertuah punya anak, bab2 makan dia yang lebih, aku punya yang koret-koret....
Aku ni pak kal le hidup sendiri. Kalau anak orang kaya atau punya pasangan kaya raya. Aku sanggup berhenti kerja uruskan rumah tangga je jaga anak, jaga suami eh!!!!! suami pulak!!!, seronok tengok rumah kemas, anak segak ke sekolah, boleh la tumpukan masa mendidik dia di rumah. Tambah ilmu agama, maklum le aku ni cetek ilmu agamanya. Tapi tu la!!! angan-angan majnun!!!! Hakikatnya aku perlu berusaha untuk memiliki apa yang aku inginkan.... Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan. Semoga kesyukuran ini akan memberikan rezeki yang melimpah ruah dimasa akan datang amin!!!!!. 

Isnin, 4 Ogos 2014

Ahad, 3 Ogos 2014

Skirt Lace



Skirt Lace di suai padankan dengan baju kain jenis lycra yang memang fit ikut body. Boleh di gayakan dengan dua cara sama ada baju di luar atau di dalam. 






Sabtu, 2 Ogos 2014

Gaun Maxi Lace Hijau/Krim


Dah lama beli baju ni, biasa la aku kan.... Beli bukan terus pakai. Aku simpan dulu kot-kot ada majlis ke dinner ke, boleh pakai. Simpan macam peram buah tunggu masak hehehe.... Finally aku buat baju raya je la
save budget. 

Aku memang berkenan sungguh dengan baju ni, macam cantik je kan.... beli tak boleh try. Nasib baik balik try boleh. Ngam2 dengan badan aku, terkecil pun tak terbesar pun tak, sedang elok terletak je. Nasib baik. pakai la raya ke tiga. 

Tapi!!!!! badan aku ni kejap nampak kecic kejap nampak berisi... kejap lagi aku pun pening. 





SESEDAP RASA