Rabu, 31 Disember 2014

Ikan Patin MZ Cafe


Tempat makan yang baru diketahui, memang sedap lagi serasi dengan selera aku, masakan atau lauk pauk dan nasi, sesuai dengan orang yang punya selera kampung seperti aku. Dua ke 3 kali berturut makan di sini tapi orang belanja. Alhamdulillah rezeki.

Tempatnya di Presint 18, tempat Kompleks Futsal 1Malaysia, buka dari jam 7 pagi hingga 8 malam buat setakat ni la kata cashier. Yang paling sesuai untuk lunch la, banyak pilihan, tempay pun selesa bersih, tandas OKU pun ada.



Selasa, 30 Disember 2014

Meja Belajar Asyraaf


Inilah tempat untuk Asyraaf belajar, walaupun boleh menulis di meja makan dan tak salah pun, tapi aku tetap belikan untuk dia khas untuk tempat dia belajar dan bukan itu aje, segala barang sekolah, seperti buku, alat tulis, tabung beg sekolah pun tempatnya disini.





Tapi yang jadi masalah bila mainan dia bersepah, kadang2 buat aku stress, nak mengelap meja dia tu bukan takat lap, nak susuh menatang2 yang kecik2 tu, adoi, jadi kerja aku pulak. Rajin aku layan la jugak, tapi bila aku dah tak rajin, memang macam singa benita le aku menjerit suruh Asyraaf kemas sendiri, kije ibu dia dah la banyak.




So cadangannya untuk 2015, aku nak masukkan meja belajar ni dalam bilik Asyraaf, ingat nak masak pagi2, so jimat masa, balik sekolah dah boleh makan selepas mandi, waktu malam lepas isyak terus masuk bilik ajar dia, maknanya tak perlu tengok TV, kalau tengok pun berita je la.... atau hujung minggu, eemm.... hal dunia kadang2 memang tak berapa nak penting dipedulikan.....

Ini selepas yang sebelum tak payah la, bukan macam sarang tikus, ke lipas ke, sarang penagih ke, tapi sarang asyraaf... kije buat sepah memang kije dia......

Isnin, 29 Disember 2014

Ahad, 28 Disember 2014

Sabtu, 27 Disember 2014

Rancangan 2015



Ini bukan rancangan TV kegemaran anda hehehehe. Masa kecik2 dulu selalu cerita pasal azam tahun baru. Pada aku pulak aku berazam nak cari boyfriend nama azam, boleh gitu hahahaha. Acah je tu, tak de maknenya aku nak mengejar lelaki kalau sekadar menyakitkan hati sendiri.

Apa yang penting untuk 2015, cukup untuk merancang menambah simpanan dengan langkah berjimat cermat, peh!!!!! Macam ucapan PM lagaknya. Tapi boleh ke aku ni kaannnn!!!!! In syaa Allah, displin kene  kuat, semangat perlu kental.

tabungku yang senyum seperti aku hahahahaha....................
Selain menyimpan untuk kecemasan, ada beberapa barang yang dirancang nak beli, antaranya home theater, sofa baru, katil di master bed room, mesin jahit, oven, repair motor, selain dari standby roodtex for my car dan motor sekali. Emm... Semua perlukan duit. Hasil pendapatan sendiri.

Kalau la ada rezeki dapat la BR1M, BONUS pun ada Syukur Alhamdulillah, selain tu Eemm... Ada juga duit refund cola terlebih bayar yang johor kene  bayar kepada aku sampai sekarang masih x selesai. Ada dalam 1K jugak, dapat pada 2015 pun OK jugak, boleh simpan tak simpan enjoy hahahahaha.... Aku ni, angan-angan mat sentol betol... Adeh!!!!!

buku rekod, buku eventri, & buku catatan (nak beli & dah beli) atas dairy dan buku rekod 2014
Selain merancang untuk menyimpan, macam biasa buku kira2 pun bukak baru untuk 2015, da start untuk gaji bulan disember, almaklum le disember cover januari. Tabung pun dah mula diisi untuk baki november, tabung ni sebulan sekali je simpan aka baki bagi bulan akhir.

Tak tertinggal jugak bagi tahun 2015, frist time bukak buku rekod untuk pembelian barang baru dapat bukak walaupun dah bertahun merancang untuk buat macam tu.

Apa pun keadaan semua perlu consistent, kalau tak apa pun tak boleh jadi. In syaa Allah harap2 semuanya akan successful, in syaa Allah semoga Allah memberkati rezeki buat aku dan anak,amin!!!!!!

.


Jumaat, 26 Disember 2014

Keperluan Sekolah Asyraaf



Sekejap je masa berlalu, dah nak masuk 2015 dan cuti sekolah hampir berakhir. Alhamdulillah!!!! apa yang penting barang keperluan sekolah Asyraaf dan pun lengkap, ada pun mungkin selepas naik sekolah baru dapat beli seperti samping coklat dan tie.
Persiapan keperluan sekolah seperti pakaian aku dan beli awal Disember lagi, beli di Tangkak kebetulan cuti dan balik kampung, ambil kesempatan beli baju sekolah sekali memang dah rancang awal, nasib  baik beli di kampung, sekali tengok di putrajaya RM 40++, di tangkak RM 30++. Memadailah sekolah pagi 2 pasang sekolah petang 3 pasang, baju sekolah pagi tahun lepas ada lagi dan boleh dipakai, sekolah petang je bermasalah, pening kepala aku, zip rosak la, cangkuk tanggal la, lutut seluar semua koyak, agak jalan guna lutut ke fikir guna kepala lutut sampai seluar di lutut koyak... pening aku.

Memang sengaja beli awal sebab dah dapat pengajaran pada tahun lepas aku sebok kerja beli saat akhir menyebabkan tiada pilihan dan yang ada pun tak memuaskan hati. terasa sedih. Aku bukan nak beli yang mahal, cukup kalau dapat pilih yang elok untuk asyraaf, tapi bila dah tak ada pilihan terpaksa beli apa adanya.


 Selebihnya beli di putrajaya especially stationery, aku pilih STABILO. Stationery memang aku suka barang mahal sikit walaupun Asyraaf tak faham, tapi kualiti barang tu penting tak de le padam sampai terkoyak buku, atau masih ada kesan walaupun dah di padam. Asyraaf pun nak masuk darjah 3, so banyak stationery dia masih ada, seperti pensil, pembaris, gam, gunting. wah!!!! aku pun kalau beli suka buat stok, macam la anak sedozen, eemm.. dah faham dengan asyraaf, bila balik sekolah nanti pensel ke mana, pembaris ke mana, pengorek ke mana, pemadan ke mana ke mana lagi kepala aku kalau tak kepeningan. Kadang tu boleh bawak balik pensel lain le, pengorek lain le... apa-apa je le..



Aku memang tak berminat untuk beli saat akhir, al-maklum la aku nak keluar kos sekali gus bimbang tak cukup, so bila dan belanja awal, sekarang hanya fikirkan yuran sekolah je. Alhamdulillah dengan cara ni tak de la stress ke penting lalat ke, tinggal nak basuh baju sekolah je, selebihnya selepas sekolah. Oh!!!! Ye, darjah 3 dah ada persatuan, itu pun nak uniform, nak guna duit jugak. Apa pun fikir kemudian.



 La ni duk mengentel buku sekolah asyraaf, sampul bagi elok. Bagusnya semua buku baru-baru, sekolah baru le katakan, itu yang teruja nak menyampulkan buku Asyraaf. Tulis nama elok2, baru le nampak kemas, ini pun entah berapa lama le bertahan, is syaa Allah harap2 sampai ke hujung tahun. Ini untuk buku teks dan buku latihan buku tulis belum lagi, masuk sekolah nanti baru cikgu bagi senarai buku untuk dibeli, buku tahun lepas pun ada yang tak pakai.


Tapi la ni duk terfikif pasal duit belanja sekolah Asyraaf, tahun lepas 1/2 tahun pertama RM 5, 1/2 tahun kedua RM 6. Tak tau la cukup ke tak, nampak macam banyak tapi 3 kali rehat, kesian Asyraaf tak tau dia makan apa, selalu ingatkan dia bakan nasi atau makanan yang mengeyangankan. Tapi dia ada cakap nak bawak bekal, itu yang sikit masalah bin problem aku kalau tidur lambat macam mana Nak bangun cepat. Apa pun in syaa Allah aku Cuba, mungkin ini pun langkah berjimat cermat.

Aku bekalkan untuk Asyraaf dan untuk aku juga, lebih cantik kalau dapat masak untuk dinner so balik tinggal panaskan lauk jimat masa, lepas mandi makan boleh ajar Asyraaf buat homework. Tahun 2015 aku nak fokus kembali pembelajaran Asyraaf seperti darjah 1 dan PRA, harap-harap asyraaf boleh ikut la rentak aku, sedih tahun ni, merosot mata pelajaran dia, aku selalu out station homework dia banyak tak buat. Rasanya lebih elok kalau aku buat jadual... Eemm.. Very long story hwuaaa hahahahaha...


Khamis, 25 Disember 2014

Nivea - Body Lotion In-Shower Skin Conditioner Whitening


Kali ni Cuba body lotion in shower yang ini pulak. Eeemmmmm... Memang harum semerbak 1 toilet. Dapat la gunakan 2 botol first time beli RM 12.++. Tapi baru-baru ni Nak beli RM 16.++, pergi lagi kelmarin dan RM 17.++ pulak!!!!!!! Mak aiiiii!!!!! Apa macam nak beli tak sampai sebulan harga naik mendadak!!!! Tak agak-agak seh!!!!!

So pilihan ditangan sendiri, gunalah yang biasa warna putih atau biru semula, still harga tak naik teruk sangat. Ini pun berjimat menggunakan body lotion ni di bahagian badan yang kering, seperti tangan dan kaki. Bahagian lain pakai la lotion biasa.




Rabu, 24 Disember 2014

Lena Di Ulit Mimpi






Aku adalah antara manusia yang jarang bermimpi, dan aku bermimpi ada musimnya iaitu bila bulan ramadhan. Saban tahun begitu la, sampai dah jadi seperti musim buah @ tengkujuh lagaknya.

Tapi entah kenapa, kebelakangan ni aku kerap bermimpi tukar musim cuti sekolah pulak. Mimpi kan mak mungkin sebab aku fikirkan dia.



Termimpikan  Abg zul yang aku kenal masa kerja di pioneer dulu eemmm.... Banyak kenangan.... Teringat kenangan lama, kali terakhir aku berhubung masa aku bekerja di johor, baru dapat kerja kerajaan, tak sangka dia menjejaki aku, mendapatkan maklumat dari kawan2. Setahu aku lokasi terakhir dia bekerja di hotel Marriott Putrajaya, tearing in jugak untuk melihat dia, perkembangan dari dia.



Tak tertinggal jugak aku termimpikan mr. "R" tetiba2 je. Entah apa khabarnya dia, tiba2 rasa nak call tapi sebarang maklumat tentang dia dahaku hapus kan lagi pun memang tak nak tahu dan tak nak mengganggu dia, lagi pun memang dah lupakan semuanya.

 Paling menakutkan aku mimpi kereta hilang huaaaaaaa..... Nasib baik mimpi le, risau hati aku, kereta baru.... Walaupun bukan jenama hebat, tapi memadailah untuk aku bawak anak berjalan ke mana mana dengan selamat tak kira hujan atau pun panas, syukur alhamdulillah atas anugerah rezeki dari Allah.

Tapi mimpi aku dilamar ketua kampung lagi la tak boleh tahan, geli geliman dibuatnya. Ketua kampung beb bukan muda, bini dah dua, gaya memang muda tapi gaya je la, tua tetap tua, siap guna ilmu hitam bagai, tapi aku tetap menolak. Alahai ini macam pun ada.




Selasa, 23 Disember 2014

Pengat Ubi Ala Ida





Bahan-bahan :

2 biji ubi bersaiz sederhana
1 senduk gula merah
2 senduk gula melaka
1 mangkuk santan kelap
1/2 tin susu cair carnation
1 sudu kecil garam
1 1/2 inci halia
2 helai daun pandan
5 mangkuk air



Caranya :

Jerang air didalam periuk, masukkan ubi gula merah, gula melaka dan kacau perlahan supaya gula melaka dan gula merah larut bersama air dan biarkan seketika agar ubi cukup masak sambil di kacau sekali sekala.  Selepas mendidih masukkan halia dan daun pandan. apabila ubi empuk masukkan santan dan susu cair dan di kacau sentiasa perlahan-lahan dengan api sederhana. Selepas mendidih pengat pun sudah masak.

P/s : santan memang sengaja di masukkan kemudian untuk memastikan santan tidak  pecah kerana ubi perlu empuk terlebih dahulu, dan tidak  perlu sentiasa di kacau kerana santan di masukkkan kemudian.


Ahad, 21 Disember 2014

Belanja Dapur


Inilah rupanya sekali belanja untuk seminggu cukup atau tak belakang kira, tapi biasanya lebih, layu sayur di buatnya. Biasalah tak lain tak bukan di pasar malam la tempatnya, bantu peniaga bumiputra katanya. Kadang2 je beli di pasar raya kalau kalau barang da betul2 habis dan nak tunggu pasar malam lambat lagi.

Tapi sekarang seminggu sekali je pergi, pilihan hari jumaat. Saje Nak berjimat, selagi tak habis lauk pauk dalam peti sejuk tak boleh beli lauk baru. Alhamdulillah sebulan dua ni mampu berdisplin, Nak berjimat kononnya.

Barang dapur seperti bawang putih dan merah, asam jawa, lada kering, memang beli dalam jumlah sikit berbanding dulu, sebab bimbang busuk dan akhirnya buang je, membazir.

Aku ni walaupun selalu berbelanja barang dapur, tapi ada perkara yang agak dungu buat aku, bila orang tanya ikan ke ayam ke daging ke, bawang ke sayur ke, sekilo berapa aku pun tak tau, aku tak tengok harga, aku beli apa yang rasa nak di masak dan makan. Kensep membeli, pilih, bayar dan balik, senangnya hidup aku kan.

Kalau orang tanya baru la aku peke untuk tau harga. Kesian aku ni kan. Emmmm.... Bab berbelanja ni aku memang tak berkira, keperluan kan, kalau rasa teringin makan yang mahal2 macam ketam tu aku beli la, masak apa yang aku tau.

Setiap apa yang aku belanja aku akan catat untuk rekod dalam buku kira2. Itu le ceritanya. Mukadimah punya panjang berjela hahahaha.




Jumaat, 19 Disember 2014

Cukup Bulan



Fuh!!!! Akhirnya!!!!! da gaji...... Alhamdulillah, gaji awal bulan lepas dibayar awal, so nak tunggu gaji bulan ni sebulan lebih le juga. Rasanya bukan aku je yang duk ting tong pasal ni, ramai penjawat awam yang mengeluh, aku diam dan sabar je la.

Aku pulak bulan ni pun banyak keluar duit berrjalan, belanja sana belanja sini, memang target bulan ni semua pendapatan tak ada untuk disimpan, tujuannya 1 je nak bawak mak jalan2 terutamanya sekitar putrajaya, tapi x sangka dapat jugak menyimpan walaupun sedikit di tabung haji, syukur alhamdulillah,  apa yang lebih penting keperluan sekolah Asyraaf telah Siap siaga, beli kat kampung tempoh hari.

Tapi itu la, aku pun tak sangka baki duit dalam wallet RM 20.++ je, dari hari jumaat hingga hari ni, dalam tempoh seminggu aku dapat berjimat semata-mata nak mengelak keluar duit simpanan di ambank. Yeaaaahhh!!!!! Misi berjaya. Minyak kereta pun Nak habis, memang tepat pada masanya.

Hari ni apa lagi, keluar duit isi mintak dulu, baru isi perut. Terus belanjan barang keperluan rumah selepas balik kerja di mydin, Mak aiiiii!!!!! RM 200.++ sekali belanja, ini belanjan yang paling tinggi dalam sekali belanja, terkejut Mak cik. Tak cukup 1 troli yang biasa bawak tu. Patut le.....


 Balik rumah pulak, kemas barang belanja kemas rumah cuci toilet tub tab tub tab.......... jam 3.30 am. Wah!!!! agak penat la jugak, nak menyambut tetamu. Nak main masak2 kat rumah aku, so basuh barang macam cawan, perkakas yang nak digunakan. Huh!!!! Penat.




Rabu, 17 Disember 2014

Fikirkan Kamu - Didi Astillah





Fikirkan Kamu - Didi Astillah

Memikirkan kamu
Buang buang waktu
Aku tidak  mahu lagi fikirkan kamu

Anggap saja aku
Salah pulih kamu
Kamu yang belum beruntung dapatkan aku

Kau fikir aku bodoh tak tahu kelakuanmu
Kau kurang main cantik bohong bohong sama aku

Ku putuskan kamu itu kerana ulah mu
Kamu yang sakiti aku aku selingkuhi aku
Kamu la gila gila gila gila
Kamu la gila gila gila gila

Ku putuskan kamu itu kerana ulah mu
Kamu yang sakiti aku aku selingkuhi aku
Kamu la gila gila gila gila
Kamu la gila gila gila gila



Selasa, 16 Disember 2014

ragam melaram



Ini di Pejabat, tapi macam nak ke parti bak kata En. Megat office muda segak bergaya disini. Minggu lepas memang dan tanya kawan2 yang aku nak berpakaian seperti ini especially baju ni. Baju ni tak ketat, tapi tang tertutup yang terlebih, so cover dengan tudung.



Dah lama berkenan dengan skrit ni tapi tanya harga agak mahal di Putrajaya, so lupakan je la. Bukan penting pun kan!!!! Tapi masa balik kampung singah warta bangi nak ke Mr. DIY saja bawak Mak pergi ke tempat yang aku selalu pergi. So singah gerai2 jual pakaian, alamak!!!!! Sangkut le pulak, bila mata jatuh ke hati, ini macam la yang jadi. So beli la lebih murah dari harga di putrajaya. Rasanya macam da lama tak membeli pakaian baru.



So pakai la ke office, he he.... Tak sangka sang wanita2 disini berkenan pulak. Baju didalam kerana design skrit ni bertali @rebin di pinggang depan, manakala getah belakang. Labuh kain pun cukup selesa untuk dipakai.


Selebihnya gaya2 tak jadi.... Hehehehe.... 









Ahad, 14 Disember 2014

Betapa aku!!!!!

Memang pecah rekod la hujung minggu tak keluar berjalan2. Keluar rumah pun buang sampah je semalam. Hari ni nak buang sampah pun malas. Memang BETAPA sungguh aku di rumah, tapi sikit pun tak rasa bosan layankan TV, layankan si bujang senang, buat kerja rumah pun ala kadar je.





Maklum le hidung x sihat sejak jumaat lepas, selsama, aduh!!!!! Memang tak tahan meleleh macam budak berhingus gamaknya,  tapi best bila bersih x sudah2 Hahhahaha.



So alang 2 duk rumah target nak lipat baju sebakul, mana taknya basuh berkali2, nak melipat susah sekali, yang mana boleh sangkut selesai la tapi da banyak baju mana nak selesai.

Tapi ini kali memang pecah rekod 2 hari melipat baru selesai, sabtu malam sampai ahad, siap terbentang depan TV, sambil tengok TV, melipat, chet, haaaa gitu gamaknya, yang penting selesai la jugak sambil mengemas dan menyusun semula semua pakaian.





Sejak join deco Rumah Ku Syurga Ku, ramai yang berkongsi idea mengenai kitchen, bedroom, toilet, laundry area,  tempat cuci, garden, curtain, macam2 la temasuk storage pakaian bagai. Memang berkembang minat aku teruja nak mengemas seluruh sudut rumah, tak nak ada tempat yang terbiar, lebih kurang macam jaga diri sendiri la jugak, semua tempat dijaga huhuhuhu.

Segan nak share di situ so share la di blog sendiri, walaupun tak pe komen Dan pengkritik, boleh cerita panjang, aku kan suka bercerita, berkongsi tak reti nak berahsia, semua nak cakap..... Itu jujur namanya hahahah..... Tapi apa yang nak di cerita disini mengenai pakaian. Sambil cerita dihias dengan visual biar menarik, kalau filem macam cerita muzikal hahahha....



Di atas ni almari pakaian dibilik tidur bersama bujang senang, bilik ni aje full faniture, almari ni 85% pakaian Asyraaf. Hampir semua baju dia disangkut, t-shirts dan sedikit kemeja, pakaian sekolah dan t-shirts yang tak ada pasangan je dilipat. Senang lagi memudahkan jimat masa tak perlu melipat, tak de istilah berkembur, laci kecik tu untuk seluar kecik asyraaf, bawahnya pulak Nak cari bakul atau bekas yang sesuai untuk diletakkan di situ, kawasan bawah tak sesuai terdedah habuk banyak. 



Dalam almari yang sama di sebelah kiri pulak, letak toto, yang berlipat di atasnya pulak seluar dan singlet aku, senang nak ambik lepas mandi, basahan la katakan, dan yang bersangkut tu tempat letak hand bag, ada 3 je hand beg, 2 simpan 1 je digunakan untuk ke Pejabat.



Ini almari bilik tamu, yang ini semua baju aku, baju jalan Dan basahan inner pun disini cantik je tersusun colour full, pakaian yang sama bila le tak setempat mudah dicari, alhamdulillah memang mudah.



Yang ini dibawahnya pulak, untuk cadar dan selimut, sebab tu lipatanya besar2. Yang kecik itu sarung bantal solo  tak bercadar. Inilah antara koleksi cadar dan selimut, bila tengok cadar ni teringin nak tambah koleksi, nak pelbagaikan warna. Selimut pun benda yang penting bila rumah selalu dikunjungi tetamu, itu pun teringin nak tambah bermacam warna, tapi lain kali aje. Cedar ni, kalau da boring boleh tular2. Sebab itu ada banyak, ceria rasanya, seceria than dia Haah Haah..



Di sini pulak baju kerja blouse, Siap di pasang dengan skirt labuh. Ada beberapa helai baju melayu asyraaf. Bawah yang berlipat tu, pakaian basahan dari baju tidur dan segala kain dari kain batik, kain labuh, kain singkat aka skirt, dan kain dalam pun setempat juga macam ineer. Yang ada disini semua jarang dipakai.



Eemmmm.... Inilah sealmari yang dibawa dari tangkak, penuh!!!! Laci kecil untuk simpan dokumen. Yang besar dibawah pulak pakaian Mak, bawah sekali pakaian asyraaf yang dan tak pakai. Juga terlipat rapi.




Ha ini harta aku yang punya hahahahaa. Ini di master bedroom. Yang sebelah kiri pakaian basahan kerja rata2 baju kurung, ada juga la baju kurung dan kebaya, didalam bekas dibawah tu pulak underware, inilah tempatnya. Bawahnya dalam box tu blouse, sebelahnya alas meja, pelbagai saiz walaupun sama warna, kenangan masa di muar, beli di green points.



Di sebelah kiri pulak koleksi pakaian peace, long dress, disini pakaian yang jarang pakai aka pakaian cantik dan ada yang mahal. Bawahnya itu koleksi tuala mandi pulak, ini antara yang ingin ditambah koleksi warnanya, untuk tetamu yang datang, andai ada. Tuala basahan aku je ada 3. Sentiasa basuh. 




Ini dalam laci pulak, penuh dengan tudung bawal, Syria, scarf, yang mana perlu dilipat. Itu pun tak Awak semua tudung dari kampung, kalau tidak tak cukup lack ni.



Laci ni pulak untuk seluar slet, baju tidur yang seksi pun terletak disini, eemmmm.... Terasa dan lama sangat tak pakai. Almaklum le.... 

Inilah almari subsidi kerajaan aka disediakan BPH. Bahagian atas tu masih kosong. Maklum le tinggi tangga pun tak de, so biarkan dulu.



Eemmm.... Tak habis lagi, seterusnya tudung, jenis shawl, 1 hanger, yang ada awning pulak 1hangger, aduh!!!! BNyak sungguh tudung ni, Nak bagi orang sayang lagi. Ini juhak temp at untuk sidai bau yang Siap diiron biasanya, cuti sekolah ni tak de la, buat masa ni.

Ini juga di master bedrooms, masih kosong because no budget. In syaa Allah sedang dalam berusaha. Disini la tempat simpan pakaian yang lom berlipat, temp at iron baju dan tempay sembahyang.


Inilah dia storage pakaian aku 2 beranak. Simple. Yang penting kemas. Syukur Alhamdulillah dapat tinggal disini, Rumah yang besar dan selesa.






Sabtu, 13 Disember 2014

Jumaat, 12 Disember 2014

Kawan v/s Kenal



Bila aku terlalu berdikari, bila apa jua aku uruskan sendiri, bila aku tak mengharapkan sesiapa, bila kawan-kawan sekadar kawan biasa, bila aku mengasingkan diri, bila aku hidup dalam dunia aku sendiri.............

Rupa-rupanya ada juga yang mengganggap tak perlu jadi begitu?????????? Diri aku, hidup aku, urusan aku..... merupakan tanggungjawab aku. Prinsip aku, selagi aku mampu lakukan sendiri selagi itu akan aku buat tanpa bergantung dan berharap belas kasihan dari sesiapa.




Kawan!!!!!!!!!! memang perlu, itu tidak aku nafikan, tapi dalam prinsip berkawan pulak, aku tak suka menyusahkan kawan2. Aku tak kisah kalau ketawa bersama tapi menangis untuk merasai kedukaan aku tak perlu bersama, kerana aku sendiri tidak  mahu berkongsi. Hanya orang tertentu akan aku kongsikan cerita. Itu pun setelah aku ada rasa percaya. Keikhlasan seseorang itu boleh diketahui walaupun tidak di luahkan. Maka ia bukan 1 paksaan, andai suka teruskan, andai tidak hentikan.




Aku memahami, setiap manusia ada masalah, ujian, dugaan masing2. Adakalanya kita sendiri pun tak tahu kalau tak diberi tahu, kerana  kawan pun memilih kawan yang dirasakan selamat dan percaya untuk berkongsi cerita. Walaupun begitu andai ingin berkongi cerita dengan aku, aku terbuka untuk mendengarnya.



Hidup aku pelbagai cabaran, dugaan yang dialami, sehingga 1 ketika aku rasa tak de siapa yang mampu membantu aku, walaupun ibu sendiri. Saat itu aku hanya menangis dan bersabar walaupun kesabaran itu antara ada dan tidak. Akhirnya keadaan yang tegang menjadi reda walaupun memerlukan masa yang melelahkan nafas aku menyerabutkan kepala hotak aku.. Ternyata Allah memberi dugaan untuk aku belajar bersabar kerana hanya Dia yang mampu membantu. Dari situ aku bersikap tenang andai tiba2 ada musibah menimpa, kerana aku tahu setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.... Ia satu proses yang aku lalui sendiri. Bukan pengalaman orang atau bacaan dimana2.

Aku bukan tidak suka berkawan atau anti sosial, tetapi memang hidup dari dulu begini, berkawan hanya dengan seorang dua. Pengalaman mengenali sikap manusia jugak mempengaruhi Siap aku agar sentiasa berhati-hati.

Bagaimana harus aku percaya konsep berkawan andai kawan makan kawan, andai kawan tak puas hati kawan lain berbaik2. Sikap sampai menyampai untuk mengeruhkan hubungan yang baik. Adalah sesuatu perkara yang pelik bila berhadapan seperti teman yang sangat baik tetapi di belakang seperti musuh ketat. Nauzzubillah... ini perangai manusia kebandaran barangkali.

Jadinya aku berkawan cukup sekadar kawan biasa, tiada niat untuk mengambil kesempatan, cukup sekadar menghormati sikap, cara, gaya, masing2. Andai tak suka aku sekadar bertegur sapa. Apa yang lebih penting aku sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua, tetapi tak de niat untuk merapati sesiapa kerana aku tak yakin untuk percaya.


Aku selesa dengan cara dan hidup aku begini, dan 1 perkara yang orang tak tahu, aku tak mahu ditudung menagih simpati, mengambil kesempatan, menyusahkan atau dituduh murahan hanya kerana mengharap pertolongan. Aku tak kisah andai berjuta hinaan terhadap aku, tetapi terlalu sedih dan pedih andai tuduhan dilempar sampai ke telinga aku. Kerana itu aku begini.......... kerana itu aku menyendiri......... dan cara begini serba sedikit mengurangkan umpat cela orang terhadap aku. Apa yang lebih penting aku bahagia dengan kehidupan aku.... biar nampak tak sempurna tapi bagi aku dah cukup sempurna, kerana dalam hidup ini tidak ada yang benar2 sempurna....

Satu perkara, kenal tu tidak  semestinya kawan, tapi kawan sudah pasti kenal. Ramai salah faham, mengenainya. Andai orang mengatakan mengenali aku, bukan bererti kawan aku, Dan bila bukan kawan adalah orang yang tak kayak be rada di Facebook, kerana bimbang salah faham, Dan bimbang kerana fb kononnya rapat dengan aku. 

SESEDAP RASA