Agak sensitif untuk diperkatakan. Aku tak akan sekali-kali menceritakan siapa aku kepada orang lain, nak buat apa buka pekung sendiri, ada yang memandang lain bila tau siapa aku, jadi aku putuskan merahsiakan, bukan tak terima kenyataan siapa aku sekarang, tetapi status yang bukan untuk dibanggakan atau bermegah-megah.
Jadi!!! yang mana tau tu tau la, rata-rata yang tau kerana ada mulut disampai-sampaikan oleh orang lain. Bukan dari mulut aku sendiri. Aku bercakap atas dasar menjawab soalan dari orang lain khususnya orang tua, yang rata-rata kaum ibu, syukur ada yang faham, tapi aku tau lebih ramai yang rasa kurang senang.
Tak semua orang faham, hanya orang mengalami dan merasai lebih mengerti kenapa???? Kita hanya manusia yang lemah yang hanya mampu merancang, setiap masalah ada jalan penyelesaian, namun jalan bagi setiap orang adalah berbeza. Apa yang perlu dijelaskan aku tak pernah menyesal. Hakikatnya kini aku lebih senang dan berlapang fikiran tanpa tekanan dan bebanan, terlepas dari azab sengsara. Tanggungjawab tetap aku laksanakan dengan penuh rasa syukur dan rasa sayang dengan apa yang aku ada.
Bila cakap tak de sesiapa, ramai pulak yang tak percaya, alasan dia orang "kerja sana sini, bergaya sakan, tak kan le tak de". Kalau nama kerja, maka kerja la tu, aku bukan pandai mengurat, zaman muda belia dulu pun aku di ngurat.
Ingat ada kuasa ke aku nak fikir semua tu, jodoh Allah yang tentukan, apa kes nak cari2, dulu memilih-milih salah pilih juga, jadi sekarang aku da malas nak layan semua ni.
Apa yang pasti siapa nak aku ada syarat, setuju dengan syarat aku, dan lulus dengan syarat yang ditetapkan aku terima.... orang tak nak aku, aku pun tak hadap, aku selesa sendiri, begini, tak perlu nak fikir @ jaga hati seorang "lelaki". Hati sendiri pun belum pasti senang lagi kalau berpasangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan