Ahad, 17 Februari 2013

Ahad hari untuk istirehat

Eeeemmm..... hari ni je la masa untuk rehat secukup2nya. Maklum la selepas cuti Tahun Baru Cina naik kerja memang di kerja kan betul2.

Pada 14hb "Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 Bagi Daerah Ledang Fasa 2 DUN Bukit Serampang dan Majlis Penyerahan Cek Bantuan Ribut Dun Bukit Serampang" di Felda Sri Jaya. Dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, TPM yang juga Ahli Parlimen Pagoh. 








Petang raptai "Majlis Penyampaian Sijil Dan Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian Negeri Johor" di Kawasan Lapang Tapak Pasar Malam Serom 3.

Malam pulak sivik Info Bestari K1M Kg Konggo Sagil Pt 1, di Surau Kg Konggo.






Pada 15hb pulak "Majlis Penyampaian Sijil Dan Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian Negeri Johor" di rasmikan oleh Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor, yang juga ADUN Kawasan Serom.


Petang Sambung Mesyuarat Program PLKN di Balai Raya Kg Sagil Parit 1.

Malam Sambung lagi Info Bestari K1M Kg Paya Kepong di Surau Kg Paya Kepong, oleh kerana pergi sendiri naik motor, aku bawak la anak buah dengan bujang aku yang seorang tu.






Sabtu 16hb sambung lagi Sivik Peruntukan K1M Kg Pt Ghani tapi berbentuk  kursus jati diri di Kolej Komuniti Ledang.....





Eemm.... penat!!! untuk bulan ini, baru lepas Sehaji sejiwa program yg tertangguh, Info Bestari da lepas 4 program, masih ada 6 lagi yang perlu dilaksanakan pada bulan ini, bagai nak putus nyawa aku dibuatnya. 

Sempat juga makan malam dengan sahabat baik, tak sempat nak jumpa pada 14&15 dimana hari jadi aku dan dia hanya selang sehari. Kiranya ini la masa untuk celebrate, just dinner  je, sambil aku serahkan hadiah untuk dia. Dia kasi aku awal, aku kasi dia lewat, bagus le tu huhuhu...

hanya dia sahaja kawan yang ada setakat ini huhuhu.........

2 ulasan:

  1. Kalau macam ni punya banyak program, dah penuh la buku LOG awak IDAH utk tahun 2013...ala..tulis jer dalam sesi pembelajaran...dah ok la tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ah ek!!!! tak terfikir pulak saya, tapi buku log tahun 2013 mcm lom nampak bayang lagi kan....

      Padam

SESEDAP RASA