Rasa…. adakala rasa
ini mengganggu fikiran, mengganggu emosi, mengganggu tumpuan. Rasa
menghampakan, rasa dipersenda, rasa yang sebenarnya aku tak ingin rasai,
acapkali aku mengelak dari rasa ini, namun aku tewas kerana rasa ini aku lalui,
aku hadapi, aku rasai kepedihannya.
Sebenarnya rasa ini
cukup menyesakan dada, mematahkan semangat, melemahkan jiwa, walau dibibir
terukir senyuman, dihati cukup menyedihkan, yang tak mampu aku dustai.
Ya!!! Allah, aku
sedar, apa yang aku rasa ini adalah ketentuan, barangkali dugaan didalam
kehidupan yang penuh dengan rahsia Mu.
Aku yang kerdil lagi
lemah ini, hanya mampu berharap agar jalan untukku kau luruskan, yang kabur kau
jelaskan, yang gelap kau terangkan, andai jalan ini terlalu jauh dan amat
sukar. Kau tutupkan pintu hatiku dari menangung rasa ini, sakit aku rasakan,
derita aku hadapi, cukup la setakat ini.
Kau berilah hidup yang aku lalui ini dengan rasa
yang gembira, agar aku mampu tersenyum, dengan penuh keikhlasan, bukan
kepalsuan. Aku hanya menanti takdirmu untuk ku dan aku berserah!!!!!!!!!!!
Aku Yang Tersakiti – Judika
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan