BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia, pertama-tamanya, aku rasa bersyukur sangat2 Alhamdulillah, permohonan aku diluluskan, hanya melalui on line jer. Aku mohon untuk bujang RM250.00 huhuhu... tapi dalam surat dari Kementerian Kewangan Malaysia lulus untuk RM 500.00. Ada cerita disebalik permohonan kali kedua ni.
Tahun lepas malas nak mohon sebenarnya, ye la RM500, rasa biar la orang lain mohon, apa yang ada da cukup, tapi selepas dipujuk kawan kerana layak untuk memohon, dan melihat penerima ramai dari kakitangan Pejabat Daerah, aku pun cuba mohon jugak.
Mak ai!!!! sakitnya hati permohonan di tolak, tak puas hati pergi ke LHDN untuk membuat rayuan, rupanya nama Asyraaf da ada dalam senarai pemohon lain, sape lagi!!! bapak dia ler...... Tambah terbakaw hati aku bila anggota LHDN suruh aku letak nama orang lain pulak. Boleh pulak macam tu... Alahai sudah lah balik le dengan hati yang terbakaw tu.
Masa tu le macam2 perasaan marah pada banyak pihak, termasuk le bapak si yap tu, menggong betul!! nafkah anak pun bagi tak cukup, sebok pulak nak duit kerajaan yang dia kata kerajaan rasuah huhuhuhu.... orang PAS le katakan. Akhirnya aku redha, bukan rezeki aku.
Tapi siapa sangka untuk tahun ini aku dapat, Alhamdulillah. Tapi masih macam tak percaya sebab lom dapat duit lagi, 27hb ambik kat Dewan Jubli Intan, hehehe.... Bila da dapat duit, betul..betul.. betul... bukan mimpi hehehehe
Apa lagi aku belikan TV 24' RM 550.00 jer hehehehe tambah le RM 50 itu pun dapat duit jadi MC, yang penting tak perlu hutang dan aku beli pun bukan duit sendiri sumbangan kerajaan dan atas tugas sebagai amcee.
emmm.... Sebenarnya nak simpan tapi kesian kat Asyraaf, rumah tu apa pun tak de, mesin basuh memang senarai terakhir kalau nak beli, peti ais pun tak de huhuhuhuhu.... tumpang peti ais kat umah mak kalau beli lauk pauk untuk memasak, lagi pun ada 2, 1 aku punya tapi malas nak angkut sana sini.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga beli TV idah...yang penting tak perlu lah berhutang. Allah swt maha adil dan maha bijaksana...dia akan dengar doa kita..Insya Allah.
BalasPadamemmmm tu la Misah Syukur Alhamdulillah, hampir sebulan tak tengok TV hehehehehe....
BalasPadam