BAHAN :
2 ekor ketam
1 mangkuk kecil air masak jawa
1 mangkuk besar santan kelapa
2 biji bawang Putih (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
5 tangkai cili merah (dikisar)
4 tangkai serai sederhana besar (diketuk)
5 cawan air
1/2 biji lobak merah (sebagai hiasan)
Garam dan gula secukup rasa
CARA :
Masukkan air ke dalam periuk dan bahan yang dikisar, garam gula dan serai apabila mendidih masukkan air asam jawa dan kacau seketika, kemudian masukkan lobak merah dan ketam, biarkan hingga mendidih lagi kemudian masukkan santan kelapa pula dan biarkan beberapa ketika sambil kacau kuah supaya santan tak pecah. Selepas kuah serasi dengan santan dan mendidih siap untuk dihidang.
P/s : ini cara saya, perasa diletak awal supaya serap dengan isi ketam. Santan di le tak kemudian supaya kuah tak perlu di kacau sentiasa @ santan boleh pecah jika kuah tidak di kacau.
Sedapnya ketam masam lemak....tp bila makan malas nak kopek kulitnya...mmmm
BalasPadamketam kalau banyak isi ok misah, semua bahagian penuh, org kata nak beli @ mkn ketam time bulan penuh isi ketam banyak
Padam