gambar lama |
Dalam dunia yang serba cangih di zaman milinium ini, semuanya berkemungkinan. Perkenalan tanpa pertemuan bukan sesuatu yang mustahil. Aku juga mengalaminya. Perasaan hanya seperti mimpi dalam mimpi hadir sekadar menghiburkan hati mengisi masa sunyi.
Walaupun hakikatnya adalah realiti, tetapi aku happy, tak perlu berjumpa, tak perlu mengenali rupa, tak perlu tahu kau dan aku siapa. Cukup sekadar dengan nama samaran, dan handphone sebagai perhubungan selain dari laman sosial yang bermulanya perkenalan. Berborak apa saje, tentang tanggungjawab, kehidupan, politik, masalah yang boleh dikongsi bersama malah melawak sehingga kutuk mengutuk hahahahahaha.... Apa yang penting sama-sama ketawa.
Aku seperti biasa, nak cakap yang "aku punya suka nak cakap apa", tapi tak sangka dia happy bila berbicara dengan aku, walaupun aku tau dia punya bahasa "mak aii kasonya bahasa" aku layankan jer... kejap lagi turn aku kutuk dia pulak, seronok dok kene mengenakan orang. Ahh!!!! dia pun sama... Cerita kehidupan aku yang cukup biasa dan sederhana banyak memotivasikan dia.
Walaupun tidak mengenali satu dengan lain, tapi aku tahu siapa dia, bukan sebarangan orang, dari apa yang dia cerita sejarah kehidupan lalu, dan kerana ada keserasian dalam perbualan dia sering hubungi aku sekadar berkongsi masalah yang kebiasaanya berkaitan dengan kerja, begitu juga aku punya masalah serupa.
Dari hubungan ini 1 kesimpulan yang dapat aku rasakan bahawa, aku perlukan seseorang untuk berbicara apa sahaja tetapi bukan pasangan hidup. Aku selesa begini, tiada fitnah, tiada umpat cela, namun aku masih boleh bicara dan ketawa.
Terkadang hati perlukan kekuatan untuk menangkis segala macam dugaan yang datang. Masih tak bersedia menghadapi kemungkinan yang bakal tiba yang hakikatnya tak sanggup rasa kecewa. Rasa ingin mencuba bimbang dipersenda. Keikhlasan bukan sekadar ungkapan, hati manusia sukar dijangka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan