Segala keperluan sekolah anak dah siap aku sediakan, rasa macam sekejap je dia dah nak ke sekolah semula darjah 1, uniform pun baru. RM 100++ juga la habis. Baju sekolah rendah 2 pasang, baju sekolah agama 2 pasang, samping 1, stoken, beg sekolah, sepatu sekolah, selain stationary seperti pensil box 1 free 1, colours pensil, pemadam, pembaris, pengorek, gunting, gam, termasuk le kapur kasut dan boxer lagi hahahaha ada jugak untuk ke sekolah.
Abah Asyraaf belikan juga songkok, stoken, sepatu dan beg sekolah yang dalam gambar tu jadi ada la dua beg sekolah dengan 2 pasang sepatu sekolah, sepatu tahun lepas pun elok lagi, boleh pakai. Bila aku tanya nak pakai sepatu yang mane dulu dia kata "sepatu yang ibu beli yap pakai pergi sekolah pagi, sepatu yang abah beli yap pakai pergi sekolah petang" Amboi!!!!! pandai dia, haa h!!!! aku ni yang penat nak basuk sepatu dia pulak.
Tadi uruskan sekolah anak pulak sekolah rendah, aku orang ke lapan so, datang awal la jugak belum kul 9.00 pun seperti dalam surat, lepas daftar kat kelas dia, aku terus beli buku RM121.70 semuanya, siap beli buku jer terus taklimat untuk pelajar tahun 1. Selesai taklimat, selesai juga urusan di sekolah rendah. Alhamdulillah nasib baik beli buku cepat, kerana semakin ramai orang datang untuk membeli buku, maklum le dari darjah 1-6 mau tak ramai, masing2 tertumpu pada hari ini jugak, esok last untuk beli buku.
Sepupu Asyraaf pergi lewat sikit, aku da siap beli buku dia baru nak cari kelas, kemudian taklimat, lepas taklimat masih tak beli buku lagi, walaupun pergi suami isteri, urusan di sekolah masih tak selesai, Kalau macam tu bagus aku lagi walaupun sendiri, semua urusan teratur.
Lepas siap urusan di sekolah rendah sarapan di warong mak pulak, kemudian ke sekolah agama, Alhamdulillah untuk kelas asyraaf orang tak ramai aku orang ke 3, tak sampai 1/2 jam urusan da selesai RM 110.90 bayarannnya, tapi bukunya di bagi kemudian. Hanya dimaklumkan masuk jam 2 petang hingga 3.30 petang dan diberikan lencana khas.
Selesai semua baru ke bank keluarkan duit, walletnya dah kempis hehehehehe.... sempat beli sampul buku, tak teringat da beli buku baru perasan, masih ada juga yang masih belum dibei. Petang ni nak bayar sewa rumah pulak RM300.00.... eeemmmmm.... banyaknya duit keluar kan....
Duit yang aku dulukan untuk sumbangan kemanusiaan gaza kepada jabatan pun baru pulang RM 200.00 masih tertunggak RM600 lagi, semalam buat program backdroup RM128.00 da dulukan duit sendiri pun lom kembali lagi... Mudah-mudahan dia orang bayar la duit aku, kalau tak!! tak de duit aku nak pindah nanti. Duit Dalam Bank Rakyat simpan dulu, nafkah anak pun tak keluar semua, sewa rumah separuh da terpakai akibar sumbangan gaza tak kembali lagi.... jangan sampai aku jadi mangsa korban sudah la, aku da korbankan duit aku dulu, semuanya nak cepat.
Dah cakap dengan Asyraaf, malam ni program kita sampul buku. hanya urusan pengangkutan Asyraaf ke Sekolah masih belum dapat di selesaikan, kalau tak aku le yang kene hantar dia kesekolah, tak pe la pelan2 yang penting urusan pembayaran Alhamdulillah selesai.
Anak saya baru nak masuk Tadika 5 Tahun, saya sekolahkan dia kat Tadika Perpaduan je, Jimat dan Dekat dgn rumah. Nak masuk tadika swasta mahal..dah tu susah pulak nak balik rmh sbb saya bekerja. Tadika Perpaduan ni sblh rumah jer..leh la pengasuh anak tu ambik dia nanti.
BalasPadamok la tu Alhamdulillah ba besar kan ank.... sekejap jer...
BalasPadamTu la, rasa macam baru semalam saya lahirkan Aiman. skrg dah sekolah. Kejapnya masa berlalu. Dan maknanya usia saya dah semakin bertambah...dah tua saya ni..huhuhu
BalasPadamhehehehe saya pun rasa da tua da aku ni kan....
Padam